Assalamualaikum readers kepada confessions dekat page ni. Kalau confession saya disiarkan, terima kasih banyak-banyak kpd admin page ni saya ucapkan hehe. Confession yang saya tulis ni pendek je regarding dengan tajuk yg saya tulis tu. Yes, pasal kelas memandu. First of all, i am just like the rest of us yang baru nak dapat lesen utk memandu and to be honest i have never done driving all by myself alone on the road. Yup, never hehe. Saya berdebo jugak la nak pi kelas memandu ni sbb tak pernah drive kan lagipun i once told my mom that i wanted to “try” a lil drive before attending the driving academy tapi malangnya my mom insisted that saya pi test sendiri la drive tu dkt sana nanti dan saya terima dan tidak melawan huhu. However sebelum saya pi lebih lanjut, saya nak cakap lah yang confession ni bukan sbb saya nak salahkan mak saya atau sewaktu dengannya so jangan emo & marah saya lebih-lebih haaa.
Basically utk day first saya belajar drive secara official dgn pengajar yg terlatih, everything went fine. It was such a breeze dan saya terrrramatlah bersyukur yg saya dpt tutor yg sangat baik. Dia bnyk membebel dkt saya tpi membebel in a fun way. Dan saya senang dgn tegurannya sepanjang saya berada di bwh kendaliannya for 2 hours. Tempoh tu bukan sekejap woo utk main pusing-pusing atas litar yg beshe-beshe je tu huhu. Tutor saya yg utk day first ni bnyk bagi kata-kata yg membakar semangat lah since i have lots of problem dgn driving maklumlah saya masih newbie dalam dunia memandu ni. My biggest problems are susah nk kawal clutch & saya ni species yg mudah kaget Allahu. Ya, saya belajo kereta manual je & tu pun atas cadangan mak saya dan ahli keluarga saya yg seangkatan perang dgn mak saya. Sebab day first ni bnyk sangat gelak dgn tutor ni kan, Allah hantarlah ujian kpd saya pada hari kedua saya di driving academy ni. Pada hari tersebutlah bermula la episod depression dalam hidup saya yg saya tak pernah bayangkan pun akan terjadi.
As usual, saya pi dkt kaunter & daftar sblm memulakan sesi driving dgn tutor yg random & saya tak pernah kenal pun. Saya ada “book” seorang tutor ni tapi i dont know lah kenapa saya tak pernah-pernah ada sesi dgn dia & so far ni mmg different tutors yg ajar saya yg serba noob bak kata sibling saya. So, utk permulaan harinya nama saya dipanggil oleh seorang tutor ni dan saya tebak yg dia lah akan jadi tutor saya pada hari tersebut dan saya akan jadi anak murid dia yg pertama utk hari tu. Penampilan dia ok dan from my observation pun i could tell that he’s maybe a strict tutor & saya dah start berdebor dah ni. Lepas sign satu borang ni pebenda semua, dia pun suruh saya duduk for a few mins sblm dia panggil balik utk drive dgn dia lah kan. Slps beberapa minit berlalu, masuklah saya ke dalam sebuah kereta manual ni dan di sinilah saya dimarah & ditegur oleh si tutor itu. Bab ni memang awal-awal saya surrender dan admit ni salah saya sbb saya tak hafal rutin sblm memandu yg dah sedia ada dlm buku teks memandu tu. Saya tak tahu lah pulak kena hafal sbb saya ingatkan tugas saya sblm dpt lesen ni just pi kelas memandu dan MEMANDU secara berperingkat sahaja. Dah tak hafal mmg padu ler saya kena goreng dgn tutor tu. Malu tu toksah kabor ler sbb kereta yg saya naik tu diparkir bebetul sebelah tmpt menunggu dan mmg ramai lah yg menunggu dkt situ. I dont know whether those people there could hear or not i got scolded by him for multiple times. Time tu dah start stress sikit huhu tambah-tambah lagi lps dia mcm nganjing saya sikit sbb saya cakap mat salleh. Sebut “lampu HAZARD” je pun tu pun terus kena sound. “Bukan lampu hazard ni haa tngk dlm buku ni isyarat kecemasan. Sibuk je nk ckp omputih.”. Like dude, my tutor sebelum dia pun ajar saya dgn sebut benda tu as lampu hazard adoi pebenda lah yg annoy sgt dgn perkataan english yg seketul tu.
Lps settle kena bebel for about 30 mins according to him, dia pun suruh la saya gerak. It means that i have to drive lah ni aiyo madre saya dah berpeluh sakan dah ni tambah-tambah lagi lps kena sound dgn dia mcm ni “tak payah nak gelak sangat lah” huhu mmg major turn off betoi. Kan saya ada cakap saya lemah bab pengawalan clutch dan that little thing tu lah yang menjadi masalah saya as soon as dia cakap “ha drive lah”. Dan as expected, kereta saya bergerak mcm tersedut-sedut gitu haa bayangkan je lah ye dan dia pun sound saya “CLUTCH PUN TAK PANDAI NAK HANDLE LAGI KE KAN DAH BELAJAR KENA LEPAS CLUTCH TU SLOW-SLOW”. Dia punya terkejut lps kena mini jerkah tu memang padu beb & geram jugak saya nak kabor dkt dia yg bukan saya sengaja nk lps clutch mcm tu & for ur information saya struggle gila babeng nk release clutch tu slow-slow as his wish and as my wish too hadoiyai. Tu baru gerak sikit beb daripada tmpt parkir dan of course lah saya memandu dlm kegelisahan afterwards. Bnyk sangat saya kena mini jerkah dgn dia sampai saya fed up bebetul dgn dia. From this kind of face :) to this kind of face ):| real quick i would say & paling saya tak tahan masa part ni di mana kereta saya nyaris-nyaris nak kena hentam dgn satu lagi kereta ni & utk pengetahuan readers, ni bukan salah saya so dia tak “maki” lah saya tapi pemandu yg nk langgar saya tu lah yg kena jerkah dgn dia. I feel bad for that guy tho sbb obviously dia pun baru start belajar memandu mcm saya jadi saya rasa mcm logik akal fikiran lah kalau dia menggelabah. Dah nama lagi baru belajar drive kan so saya dgn that guy dua-dua menggelabah sbb dua-dua nak try the best utk tak langgar kereta masing-masing. Nak dijadikan cerita, tutor si lelaki itu stopped kan kereta anak muridnya & bagi isyarat dkt saya utk gerak masuk lorong tu dulu. Kan gelabah nak mati tadi kan so kereta saya pun al-mampos lah jawabnya bebetul depan kereta tu & guess what my tutor pun pandang saya dan jerkah “AWAK NI KENAPA DAH KALUT SANGAT KAN SAYA DAH KATA JANGAN KALUT BUKANNYA NAK TUKAR AGAMA KE APA EY”. When i first heard his statement tu fuh membara beb darah dalam tubuh ni dah kenapa nak sound saya mcm tu saya ni kan baru tiga kali pegang stereng & kali ketiga tu pun on that day so dia nak expect saya ni utk stay calm ke apa lps kereta nak collide sesama sendiri?! Haa saya pun reti jugak nak marah ni tapi pendamkan jelah kan sbb dia tu tutor saya so saya kena respect. My dear confessors, ayat yang dia jerkah tu didnt sound like hes joking and buat lawak pun. Memang serious. Serious nak mati. Saya dlm hati mmg dah %&#$%#& bagai sebab nak tahan marah sbb saya tak nampak reason kenapa dia nak sound saya se-serious mcm tu. Mmg hilang mood do kalau recall balik cara dia jerkah saya dan thats not only jerkahan yg i got for today. Bnyk gila babeng asdfghjkl sampai saya tk ingat apa yg dijerkahnya.
After insiden tu, mmg saya berdoa dlm hati nak cpt habis sesi ni sbb 2 jam haritu terasa mcm 10 jam kut!!! Dan apa yg paling potong mood saya on that day was skinship yg berlaku antara saya dgn dia. Ya, saya tahu perkara tu tak boleh dielakkan lagi-lagi kalau time kecemasan tpi dia boleh je sentuh stereng tu tanpa sentuh tangan saya. Whenever tangan dia mcm nak sambar stereng tu, saya cepat-cepat elak tangan saya turun bawah sikit utk bagi space supaya dia dpt gerakkan stereng tu just in case saya terlebih putar stereng tu kan. Jadi, part seterusnya ni, saya accidentally pusing stereng tu terlebih sikit & saya nampak tgn dia otw nak sentuh stereng tu dan mcm tindakan arka reflek saya turunkan sikit tangan saya sbb tak nak berlaku apa-apa skinship & sekali lagi saya dimarah “KENAPA NAK ALIH-ALIH TANGAN TU TIME ORANG NAK SENTUH NI LAH DIA KALUT NAK LARIKAN TANGAN”. i was like “eh kau ni kenapa nk sentuh tgn aku dah memang syarat nk pegang stereng kena bertindan dua tgn ke” walhal mmg jelas tangan dia sentuh tangan saya secara sengaja for a few times mak oi geram tu toksah cakap la & lagi geram sbb takleh sound dia balik. Rasa down terus kot lagi-lagi lps dia beberapa kali SENTUH mg left thigh with his freaking fingers sambil cakap “kaki ni lembut lah sikit tekan clutch tu”. Kalau sekali dia buat mcm tu i might still consider it as an accident tapi dah banyak kali ni memang nak makan lempang saya ei. Dan bnyk lagi lah kata-kata yg tidak elok atau bahasa mudahnya carut, yg terkeluar dari mulut dia throughout the session dan saya sejujurnya bukan jenis org yg boleh dengar org mencarut ni huhu rasa berdesing je lubang telinga bila dengar dia duk mencarut urgh.
Sesi saya berakhir dgn bebelan dia sekali lagi sbb saya takleh nk tarik keluar kunci kereta tu. Banyak kali kut saya try tpi maybe sbb mentally & physically tired so mcm takde tenaga ke mcm mana entah la nak huhu. Konklusi kpd confession saya ni, sama ada tutor tu baca atau tak luahan saya ni, saya nak kabo je lah yg saya harap encik tak jerkah-jerkah dah org lain lepas ni. Org yg pi kelas memandu ni bukan semua dah expert dalam memandu jadi tolong lah jgn expect kitorang utk drive smoothly tanpa ada cacat cela & gelabah lagi-lagi kalau ada insiden yg tak diingini berlaku. Saya tahu teguran tu penting utk bagi pengajaran kpd student tapi still u dont have to shout that loud sampai nak bergegor kereta??? saya pun mmg tabah habis harini & pecah rekod do tak nangis lps kena sound berapa ratus kali mmg memandu sambil berendam air mata je dgn encik huhu. Tapi semua yg berlaku ada hikmahnya dan kebaikan yg saya dpt drpd encik ialah pemanduan saya ada improvement sikit dan ketegasan encik tu membantu sedikit. P/s kepada readers, words yg saya caps lock-kan tu baca kuat-kuat dalam nada jerkah. Mmg gitu lah saya kena jerkah. Bukan lembut-lembut tpi mmg suara dia mcm speaker box time marah. Alhamdulillah lah sbb encik bantu saya hari ni utk jdi lebih penyabar dgn sikap encik dan tu another kebaikan yg saya peroleh. Sekian je lah drpd saya & terima kasih kalau sudi baca sehingga ke penghujungnya & penulisan ni bukan kecaman tapi lebih kpd utk membuka mata saya dan para pembaca dan maybe kepada tutorku itu supaya lebih muhasabah diri? Hehe maaf kalau ada typo atau ayat yg berbelit ya Assalamualaikum :)
– pemandu-to-be
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit