Aku Dengan Penyakit Mental

Assamualaikum hi semua, aku wanita berusia 30 tahun yang menghidap penyakit mental dan hampir musnahkan hidup aku.

Aku baru mulakan treatment dengan doktor dan terapi, sebab dah sampai tahap keinginan cederakan orang lain dan diri sendiri berulang kali.

Aku nak cerita macam mana aku boleh dapat penyakit ini..

Aku dari keluarga susah dan ayah aku pula seorang penagih dadah yang ada minum ketum, dari zaman aku sekolah rendah budak-budak kelas akan ejek aku “miera anak saad ketum, anak saad dadah”

Bayangkan dari sekolah rendah hingga sekolah menengah aku hadap, dari kawan-kawan yang tak tahu akhirnya tahu disebabkan budak-budak kampung aku yang tahu.

Waktu aku darjah 3 aku dicabul oleh pak sedara sendiri, berulang kali bila mak ayah aku tinggalkan aku dekat rumah mereka.

Sebab dah sampai tahap aku memang tak tahan, aku beritahu mak aku.

Memang mak mengamuk dan buat report polis, check doktor semua.

Tapi apalah malang aku, keluarga rayu untuk tutup kes kerana malu dan kecian pak sedara kena sebat,

Walau darjah 3 aku masih ingat mak sedara, orang kampung, 1 sekolah tuduh aku menipu dan aniaya pak cik aku selepas mak ayah tarik report.

Orang tak nak kawan aku, tak nak share apa-apa dengan aku sebab jijik, geli dengan aku.

Waktu aku form 4 kawan baik aku meninggal sebab kena langgar kereta api.

Tambah lagi 1 masalah dalam diri aku.

Aku cuba bunuh diri dengan overdose ubat, dan dimasukkan ke hospital.

Aku tukar sekolah dan mula kan hidup baru, waktu kat sekolah baru aku kena buli sebab bertudung labuh, teruk aku kena sampai takut nak pergi sekolah.

Sampai habis sekolah benda tu masih tak selesai, bila report cikgu semakin teruk aku kena.

Waktu aku belajar dekat university keadaan semakin okay, semua orang tak kenal aku siapa.

Tapi effect dari keadaan ini sangat-sangat teruk, aku shaking teruk, tak boleh nak present, tak ada confident, rasa orang benci aku,

Nasib aku ada 4 orang kawan yang jadi kawan baik aku sehingga tamat belajar tapi mereka tak tahu kisah silam aku, kehidupan aku.

Aku mula bekerja dan berjumpa lebih ramai orang baru, keadaan baik-baik sahaja dan aku mula ada confident, jadi ketua dan berkahwin.

Di duga perkahwinan suami yang sangat baran, apa perkataan dia tak pernah lafaz pada aku, tendang pintu, tolak aku,

Aku macam kuli dalam rumah demi anak aku masih bertahan cuma ada 1 tahap aku ada perasaan nak b***h suami aku.

Dan aku fikir kalau bawa kereta accident mana-mana tak apa, aku okay mati, sejak ini aku mula jumpa doktor dan makan ubat.

So far keadaan aku sekarang lebih tenang, suami lepas dipanggil kaunseling lebih bertanggungjawab dan sudah kurang baran. Tapi empahty tu masih tiada.

Kadang- kadang aku fikir kenapa kehidupan aku tak macam orang lain, kenapa Allah uji aku dengan berat sangat.

Untuk sekarang aku redha dengan apa yang jadi, harap cerita saya boleh jadi teladan untuk ibu bapa tahu apa yang anak lakukan dan ambil berat tentang perasaan anak.

Terima kasih..

– Aleyna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *