Aku, For3x, Trading, IB dan Jud1 II

Salam semua. Dah lebih dari 1 tahun aku post confession aku tentang forex trading di IIUM Confession.

https://iiumc.com/aku-forex-trading-ib-dan-judi/

Ada yang setuju, ada yang menghentam. Apa pon yang aku simpulkan

1) Ada yang tak faham konsep pemilikan dan memudahkan konsep : “Asalkan dapat withdraw dari broker, adalah duit tu. Apa yang haramnya?”. Ni aku jem nak explain. Camtu ponzi scam pon halal kalau ikot konsep ni.

2) Ada juga yang tanya trade FCPO dan berindicator tu judi ke? Soalan ni akan timbul bila seseorang tuh dah trade untuk seketika waktu dan mula berfikir “pebenda aku beli dan jual ni?”.

Kalau kita tengok sesetengah pandangan dari orang bukan Islam pun, ada yang berangapan apa-apa trading guna chart ni adalah mild-gambling (judi ringan).

Iyalah, korang yang tak hingin nak beli sawit, tetiba sibuk tepi sebab nak profit, main jual beli sebab chart.

So kalau orang tanya aku, jawapan aku senang, “trading tu terletak diantara judi dan perniagaan. Ianya perniagaan jika ada pemilikan. Ianya judi jika hanya atas kertas.” Sebab itu ECN forex (terima kasih kepada yang bagitau pasal ni) harus, forex CFD haram.

3) Kenapa crypto tu syariah? Senang. Sebab crypto tu ada pemilikan. Tapi jangan lurus bendul sangat dalam dunia ni, kebanyakkan crypto takde value dan penguasaha crypto ni nak duit yang real.

Diorang ni scammer. So kena tahulah korang beli apa. Kalau orang jual kereta wira 2000 RM100,000 dan korang pi beli, transaksi tu syariah compliant, tapi siapa suruh jadi ‘cerdik’ sangat?

4) Terima kasih jugak kepada yang explain pasal A dan B book. Kalau yang pantau dunia forex trading, akan perasan kadang-kadang broker tu boleh tutup kedai / rugi / lari bawa lesap duit.

Kalau pikir logik, camne broker boleh rugi kalau dia hanya jadi orang tengah (ambil komisyen) kepada setiap transaksi?

Jawapannya mudah, sebab kebanyakkan forex trading bertaruh dengan broker, broker ni bukan orang tengah tapi “owner kasino”.

Walaupon majoriti trader rugi, boleh jadi ada masa trader pulak untung besar pula (lagi2 masa news). So broker ni terciduk besar dan rugi nak cover duit keuntungan trader.

5) Oil dan metal trading. Disebabkan isu pemilikan ni, ramai sifu forex saran trade gold / oil. Tapi 1 problem, kebanyakkan akan ada auto force close on expiry date. Kenapa force close? Sebab nak halang kontrak ni jadi ‘real’ (oil dan metal kena pi kutip).

Kenapa nak halang jadi real? Sebab nawaitu broker nak korang trade je, bukan betul2 nak honour the contracts. Jadi disini ada keraguan, betul ke broker ni ada kebolehan untuk menjadikan pemilikan oil dan metal tu betul2 terjadi? Rasa aku, tak, haha.

Sebab tu bursa malaysia adalah kepala yang handle FCPO dan saham-saham. Nak memastikan pemilikan tu benar-benar terjadi. Broker forex ni tak de siapa pantau, boleh jadi atas khayalan je.

6) Ada pula hentam kata nak hentam fx sebab promote metal-lah, fcpo-lah etc. Itu takde dalam niat aku dan aku tak promote mana2 investment. Aku cuma kongsi pengalaman aku memerhatikan IB forex ni beraksi/misleading masyarakat dengan kemewahan.

==========================

So baru-baru ni ada satu team forex gaduh kat media social, secara mudah, ahli-ahli broker ni berpindah ke broker lain.

So 1 mamat ni buat video explain tentang kegiatan diorang, sampai siap terpaksa jual kereta mewah diorang pakai. Tapi ending dia seperti cerita tamil jugak lah.

Haha. Tapi itulah dunia forex, kena sentiasa ada drama sebab nak marketing.

Jadi netizen ada dok tanya kat ruangan komen, kenapa perlu jual kereta mewah kalau boleh trade sahaja?

Dan jawapan secara tak langsung beliau mudah, “pendapatan utama kami dari komisyen orang trade forex, bukannya dari trading sendiri”.

Takde isu pon…. tapi isunya adalah, kelas-kelas forex trading diorang anjurkan dan dok pi suruh orang-orang trade walhal diorang sendiri takleh untung dari ilmu trade diorang.

Tak masuk lagi tunjuk menunjuk kemewahan seolah-olah hasil dari trade (padahal makan duit komisyen, trading sendiri ke laut).

Ini isu integriti. Tapi aku syukur, dari komen-komen, banyak yang dah cerdik dan tau diorang ni takde lah pandai trade, tapi pandai suruh orang trade sebab nak komisyen.

Dan kalau korang observe, kebanyakkan IB-IB forex ni takde apa-apa kelayakan dalam bidang finance atau ada yang tak educated pon. Tapi pandai dalam bab tunjuk konfiden dan marketing.

So nasihat akulah, hati-hati lah dengan IB forex dan jangan mudah terjerat dengan kemewahan mereka.

“Orang kaya takkan ajar atau ajak korang jadi kaya, melainkkan korang menjadi sumber kekayaan mereka”. Sekian.

– N.Far (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *