Jangan Bagi Nasihat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Aku Maya, berumur 30an. Hidup merantau di bumi Kuala Lumpur hampir 8 tahun.

Aku menyewa bilik dan tinggal bersama 5 orang penyewa lain dalam satu rumah. Orang cakap hidup menyewa ni kena sabar banyak, sebab setiap orang ada kerenah masing-masing. Kena banyak bertolak ansur.

Aku nak luahkan pasal housemates aku yang pemalas dan tiada common sense.

Lepas makan dibiarkan pinggan mangkuk gelas dalam sink.. Yang pelik lepas masak, boleh dibiarkan dapur gas dengan dinding berminyak hasil letupan mengoreng makanan tanpa bersihkan balik. Dengan lantai basah.

Lepas masak sisa makanan dibiarkan dalam sink bukan nak buang dalam tong sampah. Tu belum kira sampah yang berhari-hari tak buang sampai berulat. Gelinya aku tengok. Lipas dah mula membiak.

Haritu aku terserempak dengan lipas kat dapur. Dalam fridge benda dah busuk pun still simpan lagi. Tak tahulah apa yang susah sangat nak kemas, sapu atau mop lantai dapur yang kecil ni.

Masalahnya bukan seorang macam tu, tiga orang housemates aku berperangai macam ni. Seorang lagi pembersih dan seorang lagi biasa je tapi tak pengotor.

Selalu kita dengar orang Kelantan pengotor tapi ni terbalik budak Kelantan paling pembersih dalam rumah aku, yang pengotor semua dari utara.

Jadi kita tak boleh nak judge orang pengotor ni dari negeri mana-mana tapi ni adalah sikap individu. Bayangkan baju kotor dibiarkan berhari dengan bau kepamnya. Ya Allah, kita yang terhidu pun rasa nak muntah.

Masalahnya mesin basuh ada, nak masukkan dalam mesin pun susah. Mungkin diorang takde kudrat nak jemur dan lipat baju tu kot.

Kalau sidai pakaian tu makan hari nak angkat. Nak kata sibuk hari-hari duk layan drama Korea. Tu belum diorang buka pintu bilik mereka, mengucap panjang baunya.

Mujur mereka bertiga sebilik. Kadang aku tak faham macam mana diorang boleh stay dalam bilik yang berbau busuk macam tu.

Tapi bila keluar pergi kerja ke berjalan, mereka inilah yang paling lawa, wanginya dengan mekap mengalahkan artis nak pergi red carpet.

Mereka semua fresh grad yang baru setahun jagung bekerja. Baru nak hidup berdikari.

Dulu aku baik je dengan budak rumah aku walaupun mereka ni pengotor yang teramat, tapi satu hari tanpa aku sedar mereka yang pengotor ni start tak bercakap dengan aku.

Rupanya mereka marahkan aku pasal aku pernah tegur pasal bersihkan dan kemaskan balik lepas siap masak dan makan. Jangan tinggal segala mak nenek dalam sink tanpa basuh.

Okay aku mulai faham orang tak suka kalau kita nasihat mereka. Jangan sesekali tegur atau nasihat, biarkan jela. Diorang cakap aku mulut lepas sebab suka hati je nak tegur diorang. Parents diorang tak pernah bising pun pasal kebersihan semua ni.

Kadang aku pelik macam mana mereka ni semua kat rumah sendiri. Mereka bukan ada maid kat rumah parents diorang.

Mungkin mak diorang jenis tak kisah buat semua kerja, anak terbongkang dalam bilik main phone. Seriously, orang muda sekarang ni memang kurang common sense.

Dengan tak beradabnya, asal ikut sedap tekak mereka. Meja makan penuh dengan barang mereka, kalau kita nak makan pandai-pandailah alihkan.

Sama juga lepas iron, tinggal tudung baju yang diorang iron. Kalau kita nak guna pandai-pandailah alihkan.

Kadang aku sedih sangat tengok generasi sekarang. Apa yang nak dicapai dan dikejar. Takkan sekadar bekerja untuk dapat gaji untuk shopping, berjalan sana sini, makan tempat hipster semata nak post dekat social media?

Dulu salah sorang dari tiga pengotor, ada bagitahu aku, jika nampak dia tersasar dan leka, tolong tegur dia. Dia cakap nak kerja sebab nak tolong family dia, parents dia bukan orang senang.

Dulu-dulu aku pernah tegur dia yang agak boros sebab dia pernah minta nasihat aku bagai. Sekarang ni takde dah istilah nak bantu keluarga.

Duit gaji pun cukup cukup makan, hujung bulan makan Maggie. Awal bulan Maggie pun tak kenal. Kalau weekend tu keluar sampai 3/4pagi baru balik. Yelah orang ada pakwe. Kenal pun sebab laki tu pm dekat ig.

Tahniahlah wahai lelaki yang melihat rupa paras dan penampilan yang menarik lalu tertarik. Aku tahu semua ni pun dia sendiri yang cerita dekat aku dulu.

Entahlah hari ini dah takde istilah amar makruf nahi mungkar. Kalau kita tegur diorang cakap mulut kita laser la mulut longkang la.

Solat tak payah cakaplah, memanjang period. Aku takut je kat akhirat nanti aku disoal kerana aku tahu orang tu tak solat tapi aku biarkan je.

Iman aku sangat lemah sebab aku hanya mampu mencegah di dalam hati, tak mampu cegah dengan perbuatan ataupun lisan. Moga diampunkan dosa aku hamba yang lemah dan hina ini.

Aku fikir untuk pindah, tapi sama je kat mana-mana pun. Dulu housemate lama pun sama perangai macam budak-budak ni juga. Confirm kalau pindah, aku akan jumpa yang macam ni lagi.

Kat office pun ada budak-budak baru nak up jenis macam ni, boss tegur sikit melenting. Entahlah mungkin generasi hari ini lain. Mereka dibesarkan dalam dunia dah ada gajet dan social media. Pantang dijentik sikit, melenting dia macam kita suruh buat benda bukan-bukan.

Kadang-kadang kesian diorang ni takde simpanan, bila hujung bulan Maggie jadi peneman. Dulu nak juga offer makanan tapi mengenangkan diorang punya lifestyle, takpela baik bagi sedekah kat kucing.

Aku dah malas nak bagi tips or nasihat, sebab diorang akan pusing, cakap kita sibuk hal diorang dan iri hati dengan hidup mereka,

Hahahahaha dik takpela awak anggap jela dulu awak suruh nasihat tu awak cakap dengan dinding. Akak takkan tegur atau bagi nasihat dah.

Terima kasih kata aku iri hati dengan hidup awak. Macamlah hidup diorang sangat bahagia macam tu. Nanti dah tua jangan menyesal cakap kalaulah dulu aku tak macam ni tak macam tu.

Orang sekarang semua nak suruh fikir positif, katanya yang keluar mulut tu doa. Dah masalahnya benda buruk macam mana nak husnuzon?

Contohnya orang tak buang sampah kita husnuzon dia sibuk walau malam-malam duk tengok drama je. Weekend boleh keluar berjimba. Orang tak solat, fikir je dia uzur. Peliklah yang jenis suruh fikir semua positif walau benda tak elok.

Buat yang di luar sana, tak perlulah nak nasihatkan sesiapa, sama juga yang suka kongsi tips pasal kewangan. Confirm kena kecam.

Bila kita tegur mereka akan cop kita ni mulut laser dan mulut longkang. Biarkan jela, mereka bukan darah daging kita. Kita tak rugi apa-apa.

Sedangkan seorang cikgu menasihati atau mendidik anak muridnya pun selalu disalahkan apatah lagi kita insan yang biasa ini.

Mohon pembaca sekalian doakan aku cepat bertemu jodoh dan dapat keluar dari ‘neraka’ ini.

Sekian…

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit