Aku Ini Mesin ATM Ke?

Assalamualaikum semua, tujuan aku confess dekat sini bukan nak cerita siapa betul siapa salah, lebih kepada sekadar perkongsian, cerita kekeluargaan, dan mungkin aku boleh ambil iktibar daripada komen korang nanti.

Bismillah. Aku anak lelaki, keempat daripada lima adik beradik, hidup kami tak susah, dan tak juga senang. Tapi pernah rasa zaman susah di mana makan bercatu, sebab ayah ada masalah kewangan, tapi time tu aku kecik lagi, tak faham sangat.

Aku boleh dikatakan anak yang bijak sikitlah dari yang lain, haha.. Mana taknya dari UPSR sampai SPM straight A memanjang. Yang lain paling banyak pon 2A SPM. (ini bukan point dia ya)

Abang sulong die macam ada masalah mental + susuk, ayah tak mau ubatkan, katanya berdoa sahaja.. Aishh pening, ramai dah pujuk suh berubat ke apa, tapi tetap tak mahu..

Yang kedua pulak semua jenis mahkamah penah dia masuk, sivil lah, syariah lah, bukan sebab dia peguam ya, tapi kesalahan dan jenayah yang dia pernah buat.

TinggAllah yang baki ni nasib baik ok, tak adalah menyakitkan hati.

Dipendekkan cerita yang ketiga ni dah ada family sendiri, bahagia dengan anak2 isteri, dah ada rumah semua, kerja penjawat awam s19, lagak kemain haha tapi kita layankan aje.

Disebabkan dalam family aku seorang yang ada degree (adik bongsu otw), jadi aku dikurniakan rezeki pekerjaan yang baik sedikit.

Alhamdulillah dalam umur 25 tahun mampu mencapai salary 6k++ dari salah satu syarikat terkemuka. Sudah 3 tahun berkecimpung dalam kerja, sekarang tengah sambung master yang tak lama lagi akan tamat.

Aku mula kerja sejak 2018, dengan gaji 3.5k aku tanggung semua bil2 rumah di kampung sampailah sekarang. Termasuklah barangan dapur, penapis air, barang2 mentah. Belum masuk duit belanja untuk parents.

Even aku tak duduk situ pon tetap aku akan wajibkan bayar bil2 utiliti semua. Parents tak mintak tapi aku volunteer.

Tapi, lama kelamaan aku rasa macam adik beradik lain lepas tangan dari tanggungjawab dengan parents. Atau mungkin itu bisikan syaitan? Entahlah aku buntu.

Kenapa aku begitu terasa, contoh kalau hari minggu, diaorang balik kampung, makan beriya-iya, tak tahu ke semua makanan itu ditanggung oleh aku? Adik diaorang sendiri.

Aku tanya mak abah, kata mereka abang2 tak pernah langsung bagi duit belanja. Lagi geram ah aku dengar. Kononnya balik kampung, tapi beriya melantak makanan tak hulur sesen pon.

Paling sedih bila raya, almost 1k aku habiskan untuk makanan, pakaian mak abah, kuih2. Abang2 lain datang makan saja, menu wajib kitaorang sup gearbox, korang ingat singgit dua ke harga dia, dekat RM500 ye.

Pernah dulu masa malam raya, rumah penuh, meja kitaorang kecik saja, so yang abang2 yang konon balik raya ni haruslah duduk dekat meja, aku yang adik ni mengalah ya, duduk dekat bawah bersila, padahal makanan tu semua duit aku weh.. Haaaa sedih gila time tu,

Kemudian, parents aku selalu macam kata teringin nak makan itu ini, weh kita anak weh, tak tergamak untuk tak tunaikan, aku belikan saja lah, bawa makan tempat2 mewah, or tempat2 biasa. Kadang2 bawa mak abah gi bercuti, makan ikan bakar, jalan2 dengan duit aku sendiri.

Aku sedih sebab apa tau, mak penah cakap, abang2 kau tak pernah bawak keluar makan bla bla.. Aku hnya mampu diam yelah anak 2nd last, mana ada kuasa nak cakap.

Padahal abang yang kerja gomen tu selalu saja gi melakalah, cameron, jalan2 semua, tak pernah nak offer, or at least bawalah mak abah ni gi mamak pon jadilah..

Bangga sangat dengan jawatan s19 tu, kalau borak dia lah hebat haha letihlah, kang aku tunjuk payslip kang (done berlagak lol)

Maaf tau semua, aku hanya kongsikan apa yang aku rasa, sebab jadi adik ni susah ya nak bersuara. Aku dah macam mesin atm dalam family.

Walaupon gaji aku tinggi tapi aku ada komitmen lain yang perlu ditanggung plus yuran master aku bayar 100% dengan duit aku sendiri.

Kadang2 ada saja setan2 jahat berbisik suruh aku stop tolong2 mak abah, tapi sementara diaorang ada ni, time inilah kita berbakti, kan?

Haha, masalah nya bila aku berbakti, abang2 lain menumpang kasih lah jawabnya, aku beli untuk mak abah bukan untuk diorang aishhh.

Mungkin sedikit nasihat buat di luar di sana, kalau korang mampu, hulur kan sedikit untuk mak ayah korang, walaupon sedikit tapi ada.

Dan jangan lepas tangan mentang2 ada adik korang yang bantu family ke apa, tapi korang pon perlu untuk hulurkan bantuan mana2 patut.

Korang pon boleh saja komen atau bagi nasihat dekat aku. InsyaAllah aku baca nanti…

Terima kasih..

– Anak lelaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit