Aku Isteri Itu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-1steri-itu/).

Hai memang lama betul ambik masa untuk aku berkongsi coretan seterusnya selepas confession aku isteri itu.

Terima kasih yang memberi komen-komen positif.

Banyak benda yang aku syukuri, tapi bukan bermaksud hidup aku itu semua sempurna tapi kita yang menjadikannya sempurna.

Seterusnya, tentang kenderaan.

Sebelum ni, kenderaan aku adalah kereta lama arwah ayah dan kereta kancil third hand kesayangan hadiah terakhir arwah ayah yang aku gelar minikup. Banyak jasa dari aku kecil..

Kereta tu tak pernah aku merasa aircond. Aku memang duduk seat depan, tukang sapu wap bila ayah drive masa hujan. Tergopoh-gopoh aku lap dengan kain kadang pakai tangan je.

Itu belum air hujan yang tempias masuk melalui tingkap yang kita kena bukak sedikit untuk pengudaraan bila hujan, lepastu air hujan bercucuran disebabkan getah kereta lama yang dah longgar.

Masa tu dah biasa sangat sampai lah ayah dah takde, aku masih lagi guna kereta tu bawak mak jalan-jalan bila aku dah ada lesen memandu.

Mak memang seronok pergi pasaraya yang jauh sikit. Cuci mata.

Bawa mak bersilaturahim nak pergi rumah saudara mara. Memang aku turutkan jee jadi driver dia.

Kereta ayah lah menjadi peneman, terkadang aku nampak mak pegang dan gosok pipi. Katanya kenapa, mak jawab panas pedih sambil senyum. Kemudian kami ketawa.

Ada satu saat masa kami berpeluh panas dalam kereta, kami nampak sekeluarga dengan anak kecil menaiki motor roda tiga dengan bag pakaian.

Aku dan mak berpaling dan senyum hiba. Aku cakap kat mak, syukur dah kita, diorang lagi panas kan mak.

Mana taknya, kereta Ayah kan takde aircond, tinted jauh sekali. Itu kisah berpanas.

Bila berhujan, kami ni kuyup dalam kereta, awning tudung tu sampai kelepet dek tirisan air dari getah yang longgar tu. Tapi kami ketawa.

Manis sungguh saat tu. Kemudian, ayah sempat hadiahkan si minikup tu sejak aku start praktikal luar negeri, Alhamdulillah.

Besar nikmat waktu tu. Walau masa tu minikup aku takde aircond dan radio.

Rosak tu dah macam komitmen tiap2 bulan. Tinggal di perantauan sendiri.

Tapi ayah tahu, aku mampu lalui waktu tu. Aku buat transporter tolong hantar student2 ke sana sini.

Duit tu aku simpan untuk maintenance kereta dan untuk cover duit minyak. Jadiklah, student perempuan lagi trusted nak guna khidmat aku dari teksi masa tu. Haha.

Malam pun aku drive sebab ada student mintak tolong hantar ke stesen bas.

Masa praktikal aku kena ulang alik dekat sejam lebih, minikup yang takde radio tu jugaklaa didik aku berzikir kalau mengantuk. Alhamdulillah untuk semua kenangan tu.

Selepas kahwin, suami ada belikan kami kereta baru, hadiah untuk aku selepas melahirkan anak pertama.

Sempatlah aku merasa macam mana naik kereta baru di awal perkahwinan semasa aku masih berkerjaya.

Kadang sampai aku terbiasa tak on radio, bila ada radio, rasa kurang pulak ingat nak berzikir. Kemudian, suami ada buat pemasangan penghawa dingin dalam bilik utama.

Suami aku ada tanya nak jugak ke untuk ruang tamu tapi aku takut membazir pulak, dalam bilik utama itupun sebab fikirkan anak2 aku yang kulit sensitif bila panas.

Walaupun yang second hand, dah dua kali repair setakat ni, tapi aku suka sangat, ada kipas pun aku suka sangat nak musim panas ni.

Lepastu terfikir balik, dulu aku nak dekat umur 20 tahun rumah takde kipas.

Malam2 masa kecil kalau panas, mak kipaskan dengan kulit buku sampai tertidur alih alih kulit buku terlangkup atas aku. Haha.

Alhamdulillah saat tu takdelah stress. Rasa boleh go thru. Mungkin saat tu kita takde media sosial yang kita boleh tengok kehidupan orang lain yang kita rasa selalu nak dibandingkan.

Kita lebih kepada ‘enjoy the moment’. Sekarang ni, kita dah macam ikut trend berlumba-lumba post sisi terbaik kita dekat sosial media kan.

Lepastu, bila tengok kehidupan orang lain “untunglah itu dan ini.. bestnya kalau ada itu dan ini”

Sampai lupa nak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah cukupikan sekarang kan (muhasabah diri sendiri jugak).

Moga bermanfaat dan menjadi asbab yang baik untuk kita.

Terima kasih kalau ada yang senang dengan perkongsian dan penulisan aku.

– Bunga Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *