Random Stranger

Hi. Nama aku Hajar (bukan nama sebenar). Aku terimbas kembali dengan cerita lama dan membuatkan aku rasa mahu kongsikan di sini.

Kisah ni bermula semasa raya tahun 2015. Ketika itu, aku berusia 17 tahun. Aku ada membuat jamuan rumah terbuka pada ketika tu.

3 hari sebelum rumah terbuka, aku ada tweet kat twitter untuk menjemput followers aku untuk hadir ke rumah terbuka aku nanti.

Yelah dalam kalangan followers aku, boleh dikatakan semua kawan kawan aku dan hanya ada segelintir strangers. (Malas nak mesej sorang sorang nak jemput hehe).

Petang tu aku mendapat dm di twitter dari seorang lelaki yang aku tidak berapa kenal di twitter.

Tidaklah terlalu tidak kenal tapi kami pernah terserempak di salah satu event di sekolah.

Dari situlah kami start follow twitter masing masing. Aku gelarkan diri dia sebagai Nadeem (bukan nama sebenar). Umur Nadeem dengan aku hanya berjarak 2 tahun.

Nadeem meminta izin dan meminta alamat untuk datang ke rumah terbuka aku nanti.

Tanpa fikir panjang aku terus memberi alamat rumah aku ketika itu since jamuan raya kan, apa salahnya kalau dia nak datang.

Aku sebenarnya tidak sangka yang Nadeem akan datang pada rumah terbuka tu. Sampailah lepas zohor Nadeem ada dm aku di twitter kerana dia tersesat di kawasan rumah ku.

Dalam 5 minit selepas itu Nadeem muncul bersama seorang rakannya. Aku melambai ke arahnya sebagai tanda sapa.

Lama juga la Nadeem berada diluar rumah, aku datang bertanya kenapa duduk kat luar rumah tengah panas ni dan mengajaknya masuk ke dalam rumah untuk makan makanan yang telah dihidang.

Nadeem tersenyum malu dan meminta izin untuk masuk.

“Manis juga dia ni bila senyum” (kataku dalam hati).

Aku mengiringi Nadeem mengambil makanan untuk membuatnya tidak berasa janggal.

Sebenarnya tetamu yang hadir semua dari kalangan kawan aku sahaja. Hanya Nadeem sahaja yang aku tak kenal pada waktu itu.

Semasa makan, aku ada berborak sepatah dua dengan Nadeem. Memang awkward ya.

Lagi lagi aku tidak mempunyai kawan dengan lelaki selain classmates aku.

Sesudah makan, Nadeem dan rakannya meminta diri untuk pulang. Sempat Nadeem memuji masakan aku dan ibu. Sedap katanya. Malu pulak rasanya, hehe.

Maghrib tu aku terfikir tentang Nadeem sama ada dia telah sampai di rumah atau sebaliknya.

Lagi lagi lepas aku dapat tahu yang jarak rumah Nadeem ke rumahku mengambil masa hampir sejam setengah.

Dalam pada aku fikir tu, Nadeem ada dm aku kata dia dah sampai rumah dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima dia sebagai tetamu.

Ada la sambung borak kejap tetapi aku ni jenis dry sikit lagi lagi dengan lelaki.

Aku sangkakan hari itu adalah hari pertama dan terakhir aku berhubung dengannya. Tapi tidak ya.

Sejak hari itu ada jugak la kami berbalas dm di twitter.

Tak selalu, tapi ada. Dan aku masih aku, kekal dengan dry text aku. Kebanyakan masa mesti Nadeem yang dm dahulu.

Dari gaya dia ni macam dia suka aku (mungkin aku yang perasan kot).

Tapi yang menariknya Nadeem ni, aku suka dengan cara dia text aku. Susunan bahasanya sangat teratur, unik dan mudah faham.

Nadeem selalu menunjukkan yang dia caring pasal aku. Tapi aku bukan jenis yang mudah cair dengan lelaki.

Saban tahun, Nadeem pasti akan wish ketika hari lahirku. Wish dia setiap tahun bukan main panjang.

Tersentuh jugak la hati ni bila baca ucapan dari Nadeem. Tapi semua tu berakhir pada tahun ketujuh.

Nadeem tidak lagi wish ketika hari lahirku. Sepanjang tahun tu juga Nadeem tidak dm aku di twitter.

Kalau tak, dalam setahun tu mesti ada jugak Nadeem dm walaupun tidak selalu.

Bila aku stalk Nadeem di twitter dan Instagram, rupanya Nadeem dah delete account sosial media.

“Mungkin dia dah ada buah hati kot, dia pun boleh tahan hensem” kataku dalam hati.

Oh yaa selama kami contact, Nadeem langsung tidak pernah menunjukkan tanda yang dia telah ada buah hati. Tapi tak tau la jika sebaliknya.

Sejujurnya hati aku ada terselit rasa suka pada Nadeem kerana bagi aku dia seorang lelaki yang unik walaupun kami jarang contact each other.

Pada satu hari aku ternampak story IG adik Nadeem. Nadeem pernah cerita dulu dia ada seorang adik perempuan dan aku follow Instagram adiknya sejak itu.

Aku gelarkannya sebagai Nadia. Aku terdetik untuk dm nadia untuk bertanya khabar tentang Nadeem.

Aku sangkakan aku bakal mendengar khabar baik dari Nadia. Tapi tidak ya.

Nadia memberitahu bahawa Nadeem telah meninggal dunia. Sudah hampir setahun Nadeem pergi.

Nadeem meninggal kerana cancer. Semasa Nadeem sakit, tidak ada seorang pun ahli keluarganya tahu yang Nadeem sakit kerana kata Nadia, Nadeem seorang yang ceria dan active.

Keluarganya dapat tahu tentang sakit Nadeem ketika 4 bulan sebelum dia pergi. Tu pun kerana badannya yang telah susut dan muka dia semakin pucat.

Nadeem ni pulak seorang yang berkerjaya dan tinggal sendiri. Jadi tak hairan la kalau keluarganya tidak tahu tentang sakit dia.

Semasa Nadia cerita, tanpa aku sedar, air mataku mula mengalir membasahi pipi. Menangis seperti hilang orang yang aku sayang.

Nadia dan Nadeem ni rapat, jadi Nadeem kerap cerita pasal aku pada Nadia.

Kata Nadia, Nadeem sebenarnya dah lama simpan rasa suka pada aku selama ni. Cuma dia tak pernah confess sebab malu katanya.

Nadeem tidak pernah ada relationship dengan mana mana perempuan selama dia hidup.

Nadia kata, Nadeem ada simpan hasrat untuk merisik aku setelah aku habis degree. Namun niat tu tak kesampaian, Nadeem dah pergi buat selama-lamanya.

Aku ada bertanya pada nadia kenapa Nadeem boleh suka aku walhal aku ni selalu dry bila chat dengannya. Jumpa pun hanya sekali.

Nadeem pernah cakap pada Nadia yang aku special bagi dia.

Makin banjir air mata aku bila tahu ni.

Aku rasa cukup sampai sini sahaja kisah dari aku. Walaupun kisah ni dah setahun berlalu, tapi setiap kali teringat pasti air mata akan membasahi pipiku.

Terima kasih kepada yang sudi baca kisah aku. Aku minta maaf jika ada terkurang dalam penyampaian aku.

Sekian dari,

– Hajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *