Semalam pergi terawih di masjid UIA dengan kawan sebilik. Niat nak iktikaf sama-sama. maka berbondonglah beg yang kami bawa. Sumpah aku cakap, kawan bilik aku comel sangat pakai telekung dengan beg sarung. Dah macam teletubies pergi solat. Masya Allah, solehah sangat bagi aku.
Sebelum tu pula, kawan aku lagi seorang singgah UIA bagi tart nenas. Subhanallah, cair bak hang dalam mulut. Kesemua sahabat aku sekarang sudah dalam usia 25 tahun ke atas. Termasuklah aku. Dan ya, kami semua masih bujang dan belum berpunya.
Sekarang semua tengah sibuk cakap pasal kecantikan muka dan badan kan? Dua orang sahabat yang aku puji sebentar tadi ada semuanya. Cantik, pandai masak, slim, solehah, pandai bergaya dan semua pakej yang penting. Tapi masih belum berpunya.
Kalau ikut cetek akal kita, kita memang tak akan faham kenapa masih single dan atas sebab apa.
Sebab apa? Sebab yang Allah sahaja yang tahu. Dan kami semua bersetuju bahawa nilai kecantikan itu berbeza mengikut mata yang memandang. Jadi, kami sudah tawakkal dan hanya berdoa sungguh-sungguh pada Allah untuk hadirkan lelaki yang soleh buat kami.
Boleh jadi, Allah mahu kita benar-benar baiki hubungan kita dengan Allah. Sebab akhirnya, walaupun sudah berkeluarga nanti, kita tetap hanya ada Allah di penghujungnya. Key point: baiki hubungan dengan Allah, Allah baiki hubungan dengan manusia.
Di kesempatan ini juga, saya harap pembaca sekalian dapat aminkan doa di bawah ini. Semoga malaikat mengaminkan semula doa ini buat kalian juga.
***
Ya Allah, sesungguhnya aku menjadi saksi bahawasanya di sekelilingku ini telah kau hadirkan bidadari dunia yang baik akhlaknya dan agamanya. Maka, dengan kasih sayangMu, Kau jodohkanlah mereka dengan seorang lelaki yang membawa mereka ke syurgaMu. Hadirkanlah lelaki yang benar-benar akan menjaga mereka dan menyayangi mereka atas cintanya kepadaMu.
Sungguh aku menjadi saksi, bahawasanya mereka ini sentiasa berusaha membaiki diri menjadi wanita solehah dan muslehah. Engkau jua yang Maha Mengetahui siapakah gerangan mereka di dunia ini. Moga hadirnya pasangan mereka pada waktu yang sesuai dan dalam keadaan yang paling bersedia menempuh pancaroba alam perkahwinan.
Permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu di dunia ini. Pilihlah kami menjadi di antara umat Nabi Muhammad yang melahirkan zuriat yang baik untuk umatnya. Jadikanlah kami ibu yang baik anak-anak kami menjadi saham akhirat nanti.
***
Perkahwinan memang perkara yang didambakan kebanyakan daripada kita, tapi dalam masa yang sama, usah diabai amanah ibu bapa, tuntutan agama dan keperluan ilmu hanya untuk berkahwin.
Jangan terlalu runsing sehingga bersedih hati. Allah Maha Tahu. Teruskan berdoa dan baiki diri. Mohon terus berusaha. Semoga berjaya!
– Citrusis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Pm…???…apa2 saja la…
Aminnn ya rabb al alamin.. indahnya