Aku rasa aku ada masalah tentang perfectionist. Aku rasa aku takde pun ciri-ciri perfectionism dalam diri aku ni. Sebab orang selalu pandang aku macam perfectionist sgt bila buat kerja. Ke aku yang salah anggap apa itu perfectionism. Ke benda ni OCD eh? Ahh pening pulak fikir benda alah ni.
Benda ni bermula dari aku zaman undergrad hinggalah ke zaman postgrad.
1. Tiap kali buat group assignment, selalunya aku lah yang dilantik jadi ketua. Even ada lelaki dalam group, aku jugak dituding jari. Everytime. And bila tiap kali compile assignment yang kawan-kawan buat then bagi kat aku, aku akan teliti satu-satu ayat, grammar, noktah, titik bertindih, spacing, laras bahasa etc. Dan kalau kerja yang kawan aku buat tu tak memenuhi kriteria/standard kerja yang aku selalu buat, aku akan buat lain. Aku stress bila tengok dorang buat camtu. Makanya aku menyusahkan diri sendiri. Cuma kadang-kadang je bila aku terlalu busy kerja lain, baru la aku suruh dorang edit/re-do kerja tu balik.
2. Kerja part time. Ini pun kadang-kadang jadi masalah jugak bagi aku. Aku pernah kerja part time yang memerlukan aku dan rakan sekerja cari customer. Paling kurang 200 orang sehari. Bila aku tak capai target, aku jadi stress sendiri. Even thought orang lain pun tak capai jugak. Aku kalau boleh nak bersaing sampai lah aku dapat paling ramai. Kalau tak aku jadi stress bila fikir tak cukup kuota. Bila dah capai target, aku jadi lagi nervous untuk esoknya sbb takut tak dapat maintain.
3. Cgpa. Ini pun sama jadi perhatian aku. Kawan aku four flatter. Aku hanya dean list je la tp aku sangat la bersyukur. Ye la aku masuk universiti RU kot. Paling tak dean list 3.75. Mana tak bersyukur weh dapat result gitu. Aku tak pernah nak gebang pasal cgpa. Tp kawan aku ni pegi mana-mana pun mesti nak up diri dia menggunakan aku. Contoh ayat dia, "si A ni budak pandai weh. 3.75 kot cgpa". Then org pun mesti la tertanya berapa pulak cgpa dia. Dia jawab, "tapi aku lg tinggi la. empat". Sambil gelak-gelak. Stress pulak bila dengar orang cakap gitu. Ye la aku dah takde subjek sem ni. Sem lepas je la peluang yang ada tapi aku still tak dapat catch up dia.
4. Kemas rumah. Aku tak suka tengok rumah bersepah. Kalau aku duk kolej, aku akan stress dengan ex roommate aku. Dia kalau minum, seboleh/boleh 2-3 kemudian baru basuh cawan tu. Kalau kat rumah pun sama. Ada pulak abang adik smua lelaki. Susah jejak dapur basuh pinggan. Tau makan je. Aku plak jenis kalau kemas rumah, aku hanya buat masa takde orang. So senang aku sapu sana sini tanpa mintak tolong orang. Kalau ada orang, aku tak buat sbb aku jadi stress sendiri sbb dorang hanya tengok tanpa tolong dan esoknya bersepah balik. Kadang-kadang aku geram jugak dengan ayah aku. Ye la baca paper bersepah, tak reti nak baca elok-elok. Habuk rokok, punting rokok merata. Tepi sofa, bawah sofa. Padahal dah ada ashtray kat rumah. Puas dah tegur. Mak aku pun dah selalu merungut pasal tu.
5. Laboratory. Since aku budak sains, masa aku memang banyak dalam lab. Paling aku geram bila orang buat kerja guna apparatus itu ini, dia tak kemas balik tempat asal. Sewenang-wenang tinggal apparatus atas meja aku. Aku tengok pun geram. Bila tanya kenapa tak simpan dalam drawer apparatus semalam, dia jawab pagi ni nak guna balik. Simpan la balik oi. Esok tak hilang pun benda tu. Lepas tu kalau dorang tak simpan ikut label, aku jadi sakit mata tengok. Berbulu haa rasa. Esok-esok cari tak jumpa, rupanya letak kat tempat lain.
6. Bercakap. Hat ni selalu jadi. Kadang-kadang buat aku bercakap dengan diri sendiri. Tapi dalam fikiran je la. Macam ada argument dalam otak aku ni. Contohnya, pagi tadi kawan aku tanya pasal pendapat XX, tapi aku bagi respon ZZ. Then lepas aku balik bilik, aku argue dengan diri sendiri yang aku patut bg jawapan lain. Much better. Maka aku replay balik peristiwa tu dalam otak aku, guna jawapan yang tepat, padat, mampat macam aku rancang. Tp itu hanya khayalan la sbb replay sendiri.
Haa tu antara masalah aku. Aku tak rasa aku ni perfectionist pun. Aku cuma nak yg terbaik untuk diri sendiri. Salah ke? Bermasalah ke aku macam ni? Tolong lah bagi pendapat korang. Pening aih
– Sis tak perfect
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Bukan OCD, tp more kpd OCPD. Selagimana tak mengganggu daily routine, mmg takde masalah. Tp kalau nak lebih kepastian, pergi jumpa pakar.
Dan selagi mana mampu buat yg terbaik, takde masalah. Tp kalau boleh, kena lebih berlapang dada. Utk elakkan cpt stress. Bila stress risau makin depress. Tak salah takkan yg terbaik, tapi berpadalah :)
Same!! No 4 jela.
Aku x rasa pun benda mcm ni perfectionist. Cuma ko suka buat benda sehabis baik.
Bab berckp dlm fikiran tu. Aku selalu jer buat. Lebih2 lgi lepas interview. Aku selalu cm weh aku leh jawab better kot drk jawapan real merepek aku bg. Tp too late. Dlm fikiran jer semua tu. Hahaha
Stressnya kalau jdi kau
Ko asal sama cm ak weyy . Well bt lh apa yg ko suka . Asalkn ko bahagia . Sejak aku amalkan bende nih aku happy wlupon tak 100%
Ada lagi yang ‘perfectionist’ kat dunia ni. Bagi saya hang tak bermasalah cuma hang tak suka benda yang berserabut dan menyesakkan mata. Satu lagi hang jenis yang ‘achievement oriented person’ buat sehabis daya.
Tapi yang menjadi masalahnya bila target tak dicapai, hang mula stress. Jangan sampai jadi depress pulak sebab benda remeh. Ok?
Hurmm.aku rasa biasa je since aku pon x suka bersepah2, aku rasa ko okay je.. cuma jangan push orang sekeliling jadi cam ko…sebab nnti dorang stress. Dah perangai camtu..ko lantak je dia..
Ahhh ni takde masalah sangat. Ak sendiri pun macam tu. Semua benda kena in order.
Ni complicated namanya.
Yeke?? Kau rasa…
Krik3. Tido lu
no 6 sama.. sbb tu aku suka tulis novel so dlm novel tu aku boleh kawal apa je dialog yg org cakap haha
ni complicated. biar saya simplekan hidup awaaa :P
people need to differentiate between perfectionist and ocd. most of us mistaken “perfectionist” as ocd. (please look up the meaning of each).
and in your case, it seems like you got both. i also got both, but please dont stress yourself. try to keep calm and be systematic. and be rational. youll get over it.