Aku Kakak

Aku kakak. Umur 23. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat degree di IPTA. Tempoh pengajian berbaki kurang setahun.

Aku anak sulung dan ada adik lelaki 3 orang. Nak meluah kat sini sebab aku penat. Nak minta korang pujuk aku.

Aku akan backtrack dari childhood ya. So that readers boleh faham kenapa aku jadi macam sekarang. Aku selalu kena marah dengan parents and nenek. Parents and nenek banyak favor adik2 berbanding aku.

Nenek pulak suka kambing hitamkan aku untuk cover salah adik2 aku. Parents akan marah aku, nasib aku malang hari tu, aku kena libas lah. Begitulah hari hari aku sampai sekolah menengah.

Bezanya, bila dah besar ni dah tak kena libas tapi kena marah and kena silent treatments. Adil ke?

Nenek pula jenis bermuka dua (ye ke?) Depan parents aku kemain eh baik sungguh. Tapi bila parents takde, dia tunjuk taring. Dia tengking, maki hamun aku.

Pernah mengadu kat ibu, ibu buat bodoh je siap back up nenek, biasalah orang tua… Kakak kena sabar. Kakak tak boleh sabar ibu.

PKP dulu teruk aku kena ya. Aku tengah kelas online kat rumah and everyone else takde, pergi kerja + sekolah. Teruk kena tengking dengan nenek paksa buat kerja rumah.

Aku buat, cuma jadual kelas yang flexible, kadang aku buat sebelum/selepas kelas. Kadang, ada satu task aku terlupa buat. Biasalah, kena tengking.

Pastu dia cerita kat orang luar, aku tak buat kerja. Habis siapa buat semua kerja rumah? Saka beliau agaknya.

Now nenek dah tua and bedridden. Nak makan nak mandi, orang kena buatkan kat dia. Sape yang kena attend beliau? Aku.

Mana cucu2 kesayangan beliau? Ada tapi masing2 buat bodoh. Tak ambil kisah langsung. Ini kalau korang buat kalut pasal harta aku libas sorang2.

Adik2 pun… Boleh je ambilkan air. Tekan je weh butang tu, bukan suruh masak atas api pun air tu. Tak boleh buat. Semua passkan kat aku.

Parents pulak, tak peduli pun pasal aku. Dorang cuma fikir result exam aku je. One time kat sekolah aku demam + period pain. Call ibu minta dtg ambil aku nak balik sebab sakit. Ibu marah, jangan mengada katanya.

Kakak tu nak SPM nanti nak jawab apa kalau ponteng? Dengar je lah cikgu mengajar tu. Aku sakit tau. Sakit. Bukan sengaja. Even aku MC pun, sehari je. Bukan berhenti sekolah terus.

Tapi adik2, sakit kaki sikit je boleh pulak ponteng, habis dorang tak SPM?? Oh lupa anak kesayangan.

Aku ingat lagi bila parents belikan baju baru kat adik2 tapi tak beli kat aku. Alasan? Terlupa.

Adik2 pakai baju baru aku pakai baju lama parents yang lusuh. Bersyukur katanya. Tiberr nak bandingkan anak2 kat syria takde baju nak pakai.

Ingat lagi bila kami keluar dinner. Masa nak lintas jalan dengan kereta laju gila, ayah aku biar je aku kat belakang sorang2. Dia jalan dengan ibu adik2. Aku dia biar weh. Ini kalau aku mati kena rempuh mesti dia salahkan driver tu sbb beliau tak pernah salah.

Aku ingat lagi ibu marah aku depan orang sebab aku tersalah cakap kat kaunter. Malu weh orang tengok.

Dah bagitau since ni urusan rasmi, ibu lah buatkan dia lagi tahu procedure. Ibu suruh belajar buat sendiri. Okay. Aku buat silap sungguh then kena marah depan orang.

Ingat lagi bila aku mengadu demam, ibu buat bodoh je. Boleh je drive pergi klinik. Tapi tak, dia suruh aku tidur je dulu. Kalau teruk baru pergi klinik. Sudahnya, 2 3 hari dah demam baru bawa pergi klinik. Bila tegur, dia marah aku balik.

Masa kena food poisoning, around Isyak, aku dah start pening. Ayah ada tanya kenapa and aku jawab aku demam sbb FP. Pergh dia buat dono je kat aku. Boleh je drive bawa pergi klinik tapi tak.

Around pukul 11 aku still tak okay. Dia marah kenapa tak bagitahu awal2 so boleh pergi klinik.

Dah tegur, “tadi dah bagi tahu ayah buat bodoh je” lepas tu kena palau. Marah lah tu aku tegur dia. Ayah masuk bilik terus tidur. Tak pergi klinik pun…

Aku ingat je apa ibu ayah kata kat aku,

“Otak tu letak kat lutut” – aku tersalah letak barang

“Kakak ni teruk lah” – silap beli barang

“Habistu nak buat apa?” – aku mengadu sakit

Mind you, aku ni kecik lagi tau. Memang aku layak dihukum macam tu atau parents aku yg melampau.

Susah jugak la sbb kena gaslight je. Aku pernah luah semua benda ni, kata kakak stress sbb memanjang kena tengking, terasa dengan ibu ayah etc.

“Alah, ibu ayah kerja lagi stress”

“Bagi itu ini nak stress kenapa?”

“Jangan berdendam dengan ibu ayah”

“Berdosa tau kakak cakap mcm tu dengan ibu”

Despite my parents treatments, aku still sayang dorang but this ain’t it. Parents dah pesan nanti dorang tua aku kena jaga. Aku jugak ke?

Now aku developed anxiety + depression, terima kasih ibu ayah atas hadiah yang tak ternilai. Hahahah merana lah aku sampai tua. Padan muka. Kalau jadi anak lelaki mesti tak hidup mcm ni.

Pergi jumpa therapist dah tapi tu lah, senang triggered + relapse. Aku tak makan ubat sbb doktor kata tak perlu.

Entahlah. Dosa apa lah aku ni kena uji mcm ni dari kecil sampai sekarang…Ada kawan pun… Talam dua muka, tikam belakang, tuduh aku mcm2…

Korang doa je lah aku boleh habiskan degree, kerja jauh dari family for my own sanity.

Semoga berjumpa jodoh, family parents in law yang baik sebab aku penat jadi independent. Nak jadi budak balik. Nak orang sayang, hargai, jaga aku dengan baik.

Terima kasih readers semua. Terima kasih orang baik baik.

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *