“Aku, kau, dan dia.. Hakikatnya kita semua milik Allah.”

Hm dari jauh aku tatap gambar bahagia dia dengan pasangan ‘baru’. Bahagia. Sungguh bahagia. Aku terfikir, “Tak pernah ke dia bahagia dengan aku selama ni?” Takde kata lain selain “Aku harus berundur”. Perit di hati cuma Allah yang tahu tapi apakan daya, andai Allah kata bukan.. maka siapa kita untuk menolak ketentuan Allah. Terlintas semua kenangan bahagia suka duka. Tak sangka, sekejap sungguh masa berlalu. Sayang yang pernah diucap dulu cuma tinggal kata-kata basi. Andai masa dapat diundurkan balik, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia. Cepat sungguh hati dia berubah. Cepat sungguh dia mencari pengganti.

Aku percaya dekat sini, mesti ramai yang pernah kecewa kan? Tak mudah kan nak lalui kehilangan orang yang pernah kita sayang, yang pernah buat kita bahagia. Semalam dia ketawa dengan kita. Harini dia ketawa dengan orang lain. Semalam kita buat dia gelak, kita dengar semua cerita tentang dia. Harini orang lain buat dia gelak, harini orang lain yang dengar semua cerita tentang dia. Sakit kan. Yup, missing someone is really hurt. I know. It’s not easy to move on. Everyday is a struggle. Kan?

Lebih sakit bila dia dah bahagia, tapi bukan dengan kita. Why do people changes so fast? Sedih tau tak. Hm hati manusia berbolak balik. Sedih. Sedih bila tengok dia bahagia tapi bukan dengan kita, sedangkan kita pernah janji untuk bahagia dengan dia sampai bila-bila. Senang sungguh dia cari pengganti. Sedangkan kita try hard untuk happy dengan orang lain, try hard untuk terima orang lain masuk dalam hidup kita.. even setiap jam, setiap masa, setiap detik kita still ingat dia.

Sometimes life isn’t fair. Cinta tak semestinya memiliki. Orang cakap, kalau kita sayangkan someone, kita patut lepaskan dia dan biarkan dia happy dengan life dia even bukan dengan kita. Yup lepaskan dan lupakan. Kalaulah sesenang itu..

Dunia ni terlalu singkat untuk kita bersedih. Maka cubalah untuk move on walaupun tersangat payah untuk bangkit. Lupakan kisah silam yang pernah buat kita bahagia. Dan cubalah create kenangan baru walaupun tersangat sukar. Bagi yang pernah kecewa, aku percaya bukan senang nak heal hati yang pernah terluka. Dah cuba macam-macam cara but still tak boleh nak move on. Hari-hari dengar lagu sedih, jalan pun dah macam mayat hidup, mata dah macam panda, check whatsapp, wechat, message, line, telegram, tweet setiap 5 minit but sadly no notifications, heartless, study tak masuk, gelak macam orang gila, cakap sensorang depan cermin, and paling sadis setiap malam sebelum tidur nak tutup mata mesti terbayang dia dengan pasangan ‘baru’ and semua kenangan kita dengan dia. Part tu tak boleh terima sampai kadang-kadang overthinking. Ya aku tahu, sebab aku pernah laluinya . Satu episod hitam dalam hidup.. Tapi itulah yang perlu kita lalui untuk mencapai bahagia akan datang.

Harini menangis tak semestinya hari esok pun akan menangis. Dunia berputar dan tak selamanya kita akan bersedih. Ada hikmah yang Allah selitkan dari setiap perpisahan. Carilah hikmah yang Allah beri. Pandanglah setiap ujian Allah dengan penuh kasih sayang. Berhentilah bersedih dan cuba bangkit bina satu kehidupan baru. Hidup kita cuma sementara. Orang yang ada dalam hidup kita sebenarnya juga sementara. Hakikatnya semua milik Allah yang satu.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran, “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” [Surah Asy-Syarh (94:5)]. Dalam hidup kita, bukanlah hanya ada waktu susah yang sangat-sangat susah dan waktu senang yang sangat-sangat senang, tetapi apa yang ada adalah waktu susah yang wujud senang di dalamnya serta waktu senang yang wujud susah di dalamnya. Maka, bersyukurlah dengan apa yang Allah beri kepada kita.

Percaya atau tak, hanya selepas Allah mengambil apa yang Dia berikan kepada kita, kita automatik kembali berpaling dan menghadapNya dengan seluruh jiwa dan jasad kita. Dalam melalui kehilangan itulah, kita akhirnya menggapai satu takat ikhlas yang belum pernah kita capai sebelum ni. Besar sungguh hikmah kehilangan dan perpisahan yang perlu kita tempuh kan?

Ya, kita semua akan merasa saat kehilangan dan perpisahan. Kita semua akan merasa hati yang ‘cedera’. Kerana itulah lumrah kehidupan. Buat mereka di luar sana yang sedang struggle move on, tiada jalan lain selain kembali kepadaNya. Nampak cliché tapi sebenarnya memang itulah jalan yang terbaik! Sebab apa?

Sebab…

Setiap apa yang terjadi pada hari ini, saat ini, detik ini.. Semuanya terjadi dengan izin Allah dan kehendak Allah. Yang memegang hati adalah Allah. Yang menentukan perpisahan dan pertemuan adalah Allah. Maka jalan yang terbaik ialah berdoa dan kembali sujud kepada Allah SWT meminta semoga setiap urusan kita dipermudahkan olehNya, in shaa Allah. Semoga kita selalu tabah melalui hari-hari akan datang. Walaupun seteruk mana dugaan yang kita akan hadapi, semoga kita takkan pernah lupa yang Allah beri ujian bukan untuk melemahkan tapi untuk menguatkan kita. 

p/s: thanks admin sudi post confession ni.

– sistabah

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *