Aku Ke Yang Toksik?

Hi semua. Aku pilih platform IIUM Confession ni, hanya nak luahkan je. Kalau korang tak sependapat dengan aku, jangan kecam ok. Aku tak kalis kecaman.

Aku takde siapa nak luahkan. Jangan kata aku tak luahkan dekat Allah pulak. Aku selalu berdoa moga dibukakan pintu hati dan suamiku lembut hati.

Aku terfikir, adakah aku seorang yang demanding? Adakah aku seorang yang banyak songeh? Mengada-ngada? Perempuan jahat?

Sejak PKP dah tamat, kalau korang perasan, highway memang akan jem teruk. Maksud aku, jem yang melampau dari kebiasaan.

Pantang cuti musim perayaan atau public holiday yang jatuh pada hari jumaat atau isnin, highway mesti akan extra sesak. Aku tak suka suasana jem ni. Serabut. Aku tak tahu la kot ada yang lain suka jem pulak. 

So, aku prefer untuk tak balik kampung kalau jatuh pada musim cuti perayaan atau public holiday. KL to Penang, aku tak sanggup. Office aku tak jauh sangat dari rumah. Kalau jem sikit sikit tu biasa lah.

Rumah mak ayah aku dan rumah mertua aku area yang sama jugak. Adala dalam 15 minit gap masa nak ke rumah parents aku dan rumah mertua aku.

Suami aku pulak jenis yang mesti nak balik kampung sekerap yang boleh. Kalau boleh setiap hujung minggu. Kalau tak pun, 2 minggu sekali.

Cuti Deepavali ni kami tak balik kampung, sebab suami ada urusan kerja hari Sabtu tu. Aku lega sangat tak jadi balik kampung. Tapi itulah, mak mertua aku whatsapp laki aku tanya kenapa tak nak balik.

Aku nampak whatsapp tu pun sebab masatu aku tengah guna hp suami aku. Ternampak notification whatsapp masuk. Bukan sekali tu je, boleh dikatakan hampir setiap minggu MIL aku akan tanya sama ada balik atau tak.

Aku bukan apa. Letih kerja tak habis. Sambung travel balik kampung pula. Ya betul, memang kena berbakti kepada mak ayah, tapi jatuh derhaka ke kalau balik kampung sebulan sekali? Masa balik kampung nanti, kena bertudung pula dari celik mata sampai la malam.

Mak dan ayah mertua aku jenis tak berapa suka kalau aku duduk terperap lama sangat dalam bilik. Ibarat tak nak bersosial sesama ahli keluarga. Saudara mara belah suami aku pula kerap sangat datang rumah in law aku, ibarat mereka takde rumah sendiri.

Isnin-jumaat serabut masalah kerja tak sudah. Yela, bila kerja kena hadap manusia sentiasa, memang akan ada masalah, hadap complaint manusia. Sabtu ahad kena bersosial dengan manusia lagi. Malah dipaksa bersosial.

Banyak kali dah aku cuba berbincang dengan suami, aku luahkan apa yang aku rasa. Mesti end up bergaduh dengan suami.

Suami anggap aku tak hormat mak ayah dia dan ayat yang keluar dari mulut suami ialah “Awak ni penat sangat ke sampai tak boleh nak bersosial langsung?” Bila dengar ayat tu, aku terus menangis. Nampak macam poyo kan?

Belum lagi masuk bab asyik nak memasak je. Balik kampung, family in law aku sibuk nak gathering adik-beradik. Tapi yang memasak nya, aku, MIL dan biras aku lagi sorang. Suami aku dan adik beradiknya? Berkumpul dekat depan tunggu makanan habis masak.

Kak ipar aku? Tolong basuh pinggan je. Itu pun kejap kejap hilang, pakai alasan nak jaga anak tak sudah. Aku stress lah. Nak masaknye macam buat doa selamat. Patutnye kak ipar aku tula yang kena lebih membantu mak dia. Bukan aku dan biras.

Pernah aku menolak untuk tolong di dapur. Sebab mental aku memang tak larat sangat. Walaupun cukup tidur 6-7 jam, ada ketikanya aku perlukan masa untuk bersendirian. Tapi suami aku insist suruh aku tolong mak dia dekat dapur. Dia kata isteri patut patuh pada arahan suami.

Aku pernah dengar ceramah ustaz, isteri memang wajib ikut arahan suami. Tapi bukan ikut arahan suami untuk jadi hamba atau untuk bantu orang lain. Kalau isteri nak tolong, tu hak isteri, dapat pahala. Kalau tak nak tolong pun takde masalah. Betul tak?

Patutnya mereka adik beradik la kena tolong mak ayah sendiri, kenapa semua menantu perempuan je yang ibarat jatuh wajib pulak nak kena tolong mak ayah mereka.

Kerja rumah jangan cakap lah, memang aku yang buat semuanya. Melainkan ada ketikanya tu ada la aku suruh suami aku tolong buang sampah. Bab membasuh, melipat, mengemop, memasak semua aku buat. Isnin-Jumaat aku masak. Sabtu cuti masak. Hari ahad kadang-kadang tu aku masak.

Lepas tu, hampir setiap malam sebelum tidur aku urutkan kaki suami. Kesian tengok suami asyik mengadu letih. Tapi itulah, kalau aku mengadu letih, dipersoalkan pula.

Dan, kalau balik kampung, kena ikut plan family in law je. Banyak kali dorang caras masa yang sepatutnya turn aku bermalam dan spend time dengan family aku. Selamba badak mereka je buat makan-makan, suruh aku dan suami lunch/dinner di rumah in law aku.

Dorang tak terfikir ke yang aku pun nak spend time dengan family aku. Aku pun nak makan-makan dengan family aku. Kalau dah kenyang makan dekat rumah in law, siapa pula nak makan lauk yang mak aku masak tu?

Sebelum kahwin dan awal perkahwinan, aku memang nak anak. Bila dah bertahun kawin dan belum dikurniakan anak, aku harap yang aku takkan mengandung. Aku tak nak jadi mak yang jahat. Lepaskan kemarahan dekat anak.

Walaupun pernah bincang hal ni dengan suami, dan suami kata dia boleh sesuaikan tenaga dia dengan keadaan, tapi entah lah.. Aku tak percaya. Aku tak nak dah ada anak nanti, baru terdetik rasa menyesal ada anak. Atau rasa anak tu membebankan.

Suami selalu sibuk kerja. Aku takdela merungut pun. Malah selalu berdoa supaya suami aku sentiasa sihat supaya boleh terus cari rezeki. Dia sampai rumah pun pukul 7-8 malam.

After kerja, suami suka bersendirian, tengok hp. Lepas tu akan tertidur. Kadang-kadang tu, tertidur time aku tengah urut dia. Sabtu ahad kalau tak balik kampung pun, dia prefer tidur je. Aku ajak berjalan pun, dia macam malas nak keluar. Keluar sarapan dan terus balik rumah.

Kalau aku ajak pegi mall pun, dia akan tanya untuk apa. Kalau sekadar nak jalan-jalan, dia tak nak. Selalunya sabtu malam dia akan keluar main futsal. Even dekat kampung pun, dia akan berfutsal dengan kawan lama dia.

Jadi, tinggal la aku sorang-sorang yang kena berbual dengan mak ayah dia sampai aku ternguap-nguap baru boleh masuk bilik.

Adakah aku mengada-ngada? Aku toksik? Aku jahat?

Mungkin dulu aku YES MAN person. Once bila aku mula bersuara dan menolak untuk buat apa yang aku tak nak, orang akan pertikaikan dan anggap aku jahat dan kurang ajar?

Atau perlu ke sampai aku kena masuk drip baru orang percaya yang aku mentally and physically drained?

Sampai satu tahap aku rasa alangkah bahagianya hidup tanpa in laws aku. Maaf terkasar.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *