Assalamualaikum, since ramai confess pasal anak luar nikah. Hmm. So aku nak cerita sikit.
Aku umur 21 tahun. Harini hari jadi anak aku yang ke enam tahun. Tadi aku telefon dia. Aku wish lah happy birthday. Dia tak paham. Dia balas selamat hari raya kat aku hmm. Rupanya takde org ingat birthday dia harini. Tu yang dia taktahu. Aku janji dekat dia tadi nanti raya jumpa aku belikan dia kek. Dia excited sangat. Dia siap cakap terima kasih akak! Sayang kakak!
Setiap kalai sebutan kakak yang keluar.. Pilu hati aku.. Aku nak sangat dia panggil aku ibu.
Anak aku sekarang dijaga oleh mak aku. And aku sekarang duduk jauh ikut suami. Kalau aku bekerja nanti aku nak ambil dia duduk dengan aku. Nak bagitahu dia siapa aku dengan dia.
Aku harap sangat dia maafkan aku.
Aku nak dia tahu aku sayang dia sepenuh hati aku.
Aku dah buat silap. Aku dah taubat.
Tapi aku tak mampu ubah title yang akan buat masyarakat pandang serong.
Maafkan ibu
– Cuka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
I feel you
sedihnya.
Kuatkan hati ya sis. Semoga Allah permudahkan sis dan anak sis. Dan selamat hari jadi kepada anak sis :)
Tuhaaaannn
Hopefully when that day come, your child boleh terima. Moga dipermudah :'(
jaga ank daro sekarang sis..sementara dia masih kecik and org tak belasah emosi dia dgn teruk lg..ambik dia sis susah mcm mana pon jaga dia sis…dia perlu kn ibu kandung…
Betul2 aku sokong
Suami skg ayah kpd anak ini ke? Jika ya, ambik la.. susah mcm mana pun insya Allah blh harungi. Ambiklah sementara dia kecik lg, sempat nak jalankan tggjwb tu. Lagi dia besar, lagi susah nak explain tanpa sakitkan hati dia.. Ambiklah sementara emosi dia tak celaru lagi.m
Kalau boleh jaga dia dari kecik, supaya besar nanti dia boleh terima hakikat dgn baik insyaa Allah. Masyarakat melayu ni mmg suka pandang serong kt org (bkn semua btw). Harap sis boleh bg kasih syg sepenuhnya supaya nnti dia xrsa low self esteem sbb status dia berbeza dgn org lain. Semoga sis & family dipermudahkanNya. Jaga hubungan dgn Allah :)
lebih baik bagitahu cepat2 masa dia masih kecil, takut bila dia makin besar, awkward dan dia xdpt terima..
Msti dah biasa kn hdp bebas ank2 xkacau. Nk g shopping xgaduh ank nk g toilet. Tu blom nangis2 nk dukung. Ko xrasa sume tu.
Allahu.. Moga Allah rahmati & berkati usaha sis. Moga anak sis jugak soleh/ah utk kedua ibu bapanya. Don’t be afraid to tell children the truth.. Nanti dh besar, kalau dia tahu sendiri lagi sakit sis. So moga Allah permudahkan utk bgtau
Allah.. Kenapa sedih sangat ni.. Moga terus kuat untuk tetap berada di jalan Allah.. Moga istiqamah berubah jadi lebih baik.. Dan moga Allah permudahkan segaaaala urusan sis
Anak angkat saya panggil mak kandung dia ibu. sbb dia teringin dgr anak dia panggil dia ibu.
Sedih nye….. sian budak tu…
Mg Allah mudah dan berkati urusan pn…
Jaga la anak tu sis..terus terang anak2 murid sy ramai berbin binti abdullah dgn maklumat tidak berkenaan di ruangan bapa pd surat beranak..tenung mata dorang pun dh buat saya nangis…tapi jd cikgu dorg kena kuat,nak betulkan apa yg salah,didik dorg..tp yg paling baik adalah maknya sendiri yg mendidik.. :(
Sedihnyaaa :'(
Puan sgt bertuah d kurniakan sorg anak.. Bnyk pasangan yg telah berabis tenaga dan korbankan apa sj untuk memiliki sorg anak pun smpai skg xda rezki.. Jgala anak tu dr skg.. Anak tu anugerah Allah swt.. Smoga d permudahkan perjalanan hdup puan..
1st sekali, Alhamdulillah dan tahniah sebab sis x buang anak sis merata-rata. sis bg org lain jaga dia elok2. alhamdulillah. nanti dia dh besar, dia akan fhm. mcmmana pun sis tetap ibu dia . jaga anak baik2 ya. moga dipermudahkan dan dikurniakan kekuatan jiwa. ✌
Hati ibu kan…dkt ank msti syg..walaupn mcm2.perasaan lain ad…ambk la..jga dia..biar die tau die ad ibu yg sygkan die…biar die tau ibu die pernah trsilap dlu tpi ibu die x abaikan die
Moga awk n ank beroleh kebahagiaan dunia n akhirat ye..
Didik & jagalah dri sgla jgn tnggu dia besar dlu bru nk jaga & bgthu… Jika dh dwasa nt, tkot dy thu drpd org lain….