Aku Mangsa Scam

Bila aku baca topik – Buat kerja online dapat upah dalam USD (https://iiumc.com/buat-kerja-online-dapat-upah-dalam-usd/), oleh Siti tu, aku terfikir nak share pengalaman aku pernah jadi mangsa scam juga dulu.

Kisah bermula bila aku tak dapat sambung kontrak kerja aku.

Puas aku cari kerja dalam tahun 2013 tu sampai aku terbuka laman di internet mengenai macam macam program yang rupanya adalah scam dan duit aku habis keseluruhan untuk semua program tu dalam RM1000 total.

Nampak sikit bagi setengah orang, tapi orang macam aku yang kehilangan pendapatan masa tu, RM1 pun nilai dia sangat lah tinggi masa tu.

Program pertama yang aku jadi mangsa, katanya dalam iklan untuk nilai RM50 akan dapat rahsia menjana pendapatan berpuluh ribu atau berganda-ganda.

So, sebab benda murah, aku tak ada masalah nak keluarkan duit, tengok tengok rupanya apa dia bagi hanya lah E-book lepas tu dia suruh aku belajar dari situ saja.

Aku perlukan guide, bukan beli satu Ebook b*doh yang aku pun tak tahu nak guna. Sekurangnya guide lah macam mana. Ini tak.

Seterusnya aku join pula satu perkongsian di facebook ni mengenai nmg network berkenaan networking. Tapi rupanya aku bayar tu tapi kena bina network, cari lagi 2 orang untuk kena ada bawah aku.

Macam multilevel jugaklah tu sebab memang beroperasi berdasarkan bawahan. Habis jugaklah duit aku dalam RM150. Sebab aku ambil pakej yang tinggi masa tu.

Ditakdirkan, aku join pulak satu program dinamakan phytoscience menjual produk stemcell dan dipelopori juga jutawan internet.

Ada yang mungkin tahu siapa orangnya. Yang ini aku tak cakap dia menipu, tapi mungkin juga salah aku join tapi tak ada ilmu, aku hanya berjaya tarik sorang saja.

Walaupun aku spam hantar email banyak banyak dalam macam macam platform sebab nak tarik orang.

Dalam RM300 aku habis semata untuk beli produk stemcell dia yang mana akhirnya aku yang guna sendiri. Buang modal aku saja. Seterusnya tergantung saja bisnes tu.

Aku sekali lagi menjerat diri dengan join satu lagi program pendapatan ekspres atau duit cloud.

Aku ambil pakej bayar RM350 sekali, kononnya duit masuk bertubi tubi sebab duit akan dijana oleh sistem menggunakan teknik Artificial Intelligence (AI) tapi lepas dah bertahun tahun, duit yang dijana dalam tu cuma RM20 saja.

Punyalah sakit hati masa tu. Sampai aku berusaha hubungi admin program melalui email, dapatkan penerangan dari agensi kerajaan berkaitan penipuan online ni,

Dan aku dinasihatkan untuk buat laporan polis walaupun aku tahu tak mudah untuk dapatkan balik duit tersebut.

Dan penipuan akhir yang aku join dan menjadi mangsa adalah Response Ringgit, satu program yang katanya bekerja dari rumah, dengan nilai RM150 yang aku bayar tapi rupanya kena promote link sebanyak 20 kali. Sekali lagi duit aku terbang. Goodbye.

Dan yang paling terbaru, bila aku ternampak iklan sponsored di facebook berkenaan data entry dengan katanya kerja mudah.

Memang sama macam yang dikatakan Cik Siti, dimana kita kena add on item to cart di lazada dan bayaran tu aku kena buat di personal account yang katanya itu adalah merchant atau penjual barang tu.

Aku dapat jugalah 1 kali komisen. Bila dah sampai ratus ratus item yang kena beli tu, aku abaikan saja. Malas aku nak kena scam lagi.

Tolonglah! Aku harap sangat pihak facebook atau google sebagai contoh, buatlah satu langkah, peraturan ke, untuk mengekang isu ni jadi lagi parah, Suruhanjaya Komunikasi multimedia ke, buat lah sesuatu berkenaan isu ni.

Kempen ke, undang-undang, hukuman berat ke, asalkan dapat di korek dari akar umbi punca masalah ni.

Kami dah lah tengah susah, tengah mencari pendapatan yang stabil yang halal lagi, tapi isu scam penipuan online ni makin menjadi menjerat generasi yang tak berapa celik.

Kalau buat laporan polis pun aku tak rasa akan ada kesan kerana bukan dapat balik pun duit kita yang dah lebur, jadi pencegahan adalah lebih baik.

Terima kasih kepada yang benar benar jujur menawarkan program, latihan, perniagaan, training yang betul betul guenine.

Kecuaian aku dulu, aku tak dapat nak putar semula tapi harap generasi terbaru ni janganlah terjebak dalam macam macam skim, MLM, penipuan semua ni. Sangat menyusahkan orang lain.

– Adudu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *