Aku menganggur tapi aku tak menganggur

Aku menganggur, bayangkan interview kerja berapa kali tak dapat-dapat. Pernah la jugak terfikir tak cukup lagi ke kelayakkan aku ni? Loser ke aku ni?

Then aku decide, dari duduk diam tunggu nak dapat kerja lagi baik aku buat part time. Dalam satu hari tu aku buat dua kerja

first, aku kerja dekat kedai macam kedai 7e, mydin, speedmart atau ayamas sebagai cashier (Biarlah rahsia aku kerja dkat mana) , second aku kerja dekat restoran yang dekat2 dengan area tempat kerja pertama tu dan aku akan make sure syif aku tak bercanggah dengan mengambil tahu syif aku sebagai cashier untuk seminggu dan maklumkan dekat bos kedua aku. (Nasib baik bos2 memahami).

Yang best kerja kat restoran pasal makan kau tak payah nak keluar duit, bos aku baik dia bagi aku makan dengan minum free. Makan sekali sehari pun dah cukup sebenarnya tapi kalau aku lapar tahap gaban aku makan la biskut kering dua tiga keping, kenyang balik. Kalau nasib baik bos bagi tapau lauk lebih-lebih tu.

Dan baru-baru ni aku pindah rumah masuk dekat rumah sewa ni, duduk dalam 10 orang jadi kira duit sewa rumah dalam RM 100 lebih termasuk bil air dan elektrik. Aku dah kira-kira bajet setiap bulan berapa campur dengan duit minyak motor nak pegi kerja. Kalau ikutkan boleh la jugak buat simpanan sikit2 dengan bagi duit dekat ibu ayah cuma aku kena korbankan tak boleh makan sedap-sedap atau melepak dengan geng2 gurlss aku. Haha. Sabor je la..

Lepas tu untuk cuti, aku akan mintak hari cuti yang sama untuk dua tempat kerja ni dengan bagi alasan kukuh la. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan. Apa aku buat hari cuti tu aku tolong kawan dekat pasar untuk dapat duit lebih.

Kalau korang terfikir masa bila aku rehat jawapan aku masa solat…..

Zaman sekarang bukan zaman untuk pilih kerja, apa-apa kerja yang boleh buat grab je hakta mencuci pinggan sekali pun asal duit tu halal. Bukan takda kawan2 yang pandang serong dekat aku tapi aku tak ambil peduli janji aku dapat bagi duit sikit dekat ibu ayah aku. Tu pun aku dah happy

Aku masih lagi hantar resume dekat beberapa buah syarikat, tengah tunggu dorang respon je ni..kalau aku still tak dapat kerja yang aku mintak, aku teruskan dengan kerja yang ni dan kalau aku dapat alhamdulillah aku ucapkan…

lain orang lain rezeki dia kan…

– ubah nasib

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

24 Comments

  1. Btul. Graduan jgn memilih keja. Sy sblm dpt keja skg ni, sy pena keja kt guardian. Best apa. Pglaman tu yg best. Xde la korg masuk keja yg btul2 nanti jd mcm kera sumbang sbb xde pglaman keja kn. 2 tahun sy xde keja ttp. Alhamdulillah lepas tu dpt jawatan pegawai perhubungan perusahaan s41. Penempatan kt tmpt sndiri plak tu. So kpd confessor, jgn putus asa k. InsyaAllah usaha awk nk happy kn parents tu pembuka rezeki utk awk. Klo pn xdpt keja ttp, mbe awk bleh learn something utk buat bisnes plak kn. So chaiyok2!!

  2. Applying for jobs arent easy.

    If you really want that job, ini tips saya.
    1) cuba review balik resume, make it simple but powerful.
    2) bila hantar email untuk resume, craft it well. Bubuh ayat2 kipas.

    Tips no 3 ni, buat kalau kau rasa betul perlukan kerja.
    3) buat <1min pitch video of yourself. Upload youtube (private). Everytime send resume, include link dalam email. Make yourself standout.

    Sy xkeje pun, mohong je lebih huhu.

  3. Same with me..dlu aku buat dua kja smpai rehat tdo xtw bila…pagi ptg keja satu tnpt ikut shift..pastu mlm shift lg sampai pg..penat mmg penat but i enjoyed it and i have to. kalo ada pun 2-4jam jnji ada..msa rehat tym solat…nsb baik dua2 tmpt kja tym solat ok..mslhnya skrg aku bngung nak crikeja partime mlm sbb mslh trnsport…sbb pg keja ofc hour..

  4. Bile da pegi interview bkali2 dik buat post moterm knp xdpt2.. kdg2 org xtgk kelulusan yg ade je.. care awk pn org akn tgk.. kenakan penampilan dgn jwtn yg awk nk interview tu.. cth klu interview bdn uniform.. jgn dtg msuk lenggang mak limah.. masuk segak duduk tegap waimah kte perempuan.. cmtu la umpamanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *