Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!

19 Mei 2016, genap sebulan pemergian sahabat aku ke rahmatullah. membayangkan sem depan aku terpaksa menerima orang baru sebagai roomate, tak sanggup rasanya. Tiga tahun aku dan arwah menjadi roomate. Tempoh yang cukup lama arwah bersabar dengan segala kerenah aku. Tempoh yang cukup lama arwah berkorban sehabis terbaik untuk menjadi sahabat disisi aku. Bukan mudah aku nak terima orang baru dalam hidup.

"Esok kelas aku pukul 9 tau, jangan lupa kejutkan." Sebingkas tu arwah terus capai handphone lepastu set alarm. Esok pagi, setiap 15 minit dia akan kejutkan aku, walaupun aku tahu tiada orang yang suka diganggu oleh bunyi alarm berkali-kali, tapi kerana dia sangat kenal sikap aku, dia sanggup korbankan masa tidurnya.

"Weyh, tolong jap masukkan laptop dalam beg sementara aku nak siap." Bergegas dia tolong masukkan laptop aku tanpa merungut.

Pulang je dari kelas, mulut kami masing-masing rancak bercerita apa yang terjadi dalam kelas. Rutin harian dan satu kelebihan sebab kami berlainan bidang. Semua nama kawan sekelasnya aku ingat, begitu juga aku. Kadang sampai jadi pertengkaran, gara-gara masing-masing nak bercerita kisah sendiri dahulu. So, siapa nak mendengar kan? hahahaha..

Tugasan aku kadang-kadang menyebabkan aku pulang lewat ke bilik kadang pukul 4am. Salah satu sikap aku adalah penakut, especially nak ke toilet pada waktu macam tu pulak. Arwah mudah je bangun bila aku kejutkan untuk temankan aku ke toilet pukul 4am, walaupun time tu dia tengah sedap tidur. Sorry awak.. hehehe..

Aku bukan seorang yang mudah sensitif, tapi bila bab makan memang cepat je aku nak mengamuk kalau ada yang tidak menepati selera aku. Kadang dia letih balik dari kelas tapi disebabkan kesiankan aku yang tidak cukup tidur, so dia keluar tapaukan makanan kat aku. Pernah sekali dua dia berpatah balik ke kedai kerana terlupa nak bungkuskan telur dadar.

Seminggu sebelum kau kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung. Aku saksikan derita kau bertempur dengan ajal. Aku tak pernah salahkan orang yang menyebabkan kau terlantar koma selama beberapa hari atas katil hospital. Sekurang-kurangnya ada hikmah pada kejadian itu. Aku belajar untuk redha atas segala kemungkinan yang bakal terjadi pada kau sahabat. Aku miliki masa paling lama bersama engkau, bercerita pelbagai kisah walaupun mata kau terpejam lena, tapi aku takut kau sunyi dan terasa hati jika aku tidak berkongsi lagi kisah harian aku kepada kau. Menangis aku setiap kali selesai mendoakan kau agar kembali seperti dahulu walaupun aku tahu mustahil dengan keaddan kau ketika itu.

Tiga hari terakhir kau didunia ini, Allah berikan keajaiban. Kau sedar dari tidur yang lama. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat sampaikan basah pipi aku dengan air mata kesyukuran.
"Aku rindu kau sangat!! Aku sayang kau! Jangan tidur lagi.." Sambil aku peluk dia erat. Cuma tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Tiga hari terakhir itu, aku melihat kau dengan pandangan yang berbeza.
"Ya Allah.. sahabat yang aku sayang masih bernafas depan mata aku, Terima Kasih Ya Allah!" setiap saat ucapan itu muncul dalam hati aku. Setiap kali dia mengadu sakit, bergegas aku panggilkan nurse dan setiap kali itu air mata aku mengalir, terlintas dalam hati aku, "Aku masih belum bersedia sebenarnya Ya Allah, jangan kau ambil dia lagi Ya Allah". Malam sebelum kau meninggal, doktor maklumkan pada semua ahli keluarga berita yang paling sukar aku terima. Doktor maklumkan bahawa kadar denyutan jantung kau turun dengan mendadak. Selesai mendengar perkhabaran tersebut, kaki aku terus melangkah ke surau hospital. Aku teruskan bersujud di surau hospital sambil mengalirkan air mata. Terasa kabur pandangan ketika membacakan surah yasin yang sejujurnya aku tujukan untuk kau, setiap maksudnya aku tidak fahami tapi aku mengharapkan keajaiban dari Yang Esa untuk dirimu sahabat. Selesai hajat ku kepada Yang Esa, kaki kembali melangkah ke wad. Terasa seakan tidak berpijak ke lantai, bila dimaklumkan sahabat aku telah menghadap Ilahi disaat aku mengharapkan keajaiban setelah pulang dari surau. Pertama kali dalam hidupku kehilangan orang yang aku sayangi dan pertama kali juga aku tidak merasai tubuh aku sakit apabila jatuh kelantai dan aku tidak sedar bila air mata aku berhenti.

Harini, sehingga saat ini aku menyesal.. Menyesal sangat! aku jarang ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan dia. Aku terlupa bahawa menjadi seorang yang 'sweet' bukan hanya untuk bf/gf sahaja, ni la masanya kau nak hargai pengorbanan sahabat kau dengan ucapan yang 'sweet'. Aku terlupa bila kau pernah terluka dengan aku, tapi aku tak pernah ucap kata maaf. Sahabat, sem depan aku pasti dan yakin yang aku akan membandingkan roomate baru aku dengan kau. Terima Kasih Ya Allah, Kau hadirkan sahabat yang terbaik walaupun untuk seketika. Rasa masih basah pipi ini dengan linangan air mata saat aku kucup dahi kau terakhir kali. Masih terasa lagi hangat tubuh kau bila aku peluk kau disaat-saat akhir hayat kau. Al-Fatihah sahabat.

– kawan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

903 Comments

  1. Nurul Fatihah thanks sebab sudi jadi roommate dari sem 1 sapa sem 3. Nur Syafiqah Syafiqa Safii Thanks jugak sebab kite walaupun tak rapat mase sem 1 tapi bile duk serumah jadi rapat. Rindu semua kerja gile yg kite buat kat umah sewe tu. Haha. Sorry lh klau perangai terlalu annoyying n selalu susahkan awk awk sekalian. Moga kite dapat jadi kawan baik sapa ke syurga. Semoga kejayaan jadi milik kite.

    • SyaIrah Mohd Noor touching gile. Thanks jgk sbb awk byk bantu sy mase kte jd roommate dkt asrama. Rindu nk duduk asrama same lg. Awk sokmo jage sy. Syafiqa Safii terima kasih sbb sokmo ade dgn aku. Walau aku suke pksa mu. Terima kasih awk2 semua. Semoge kte kekal sahabat di dunia dan akhirat. Syairah klu sem dpan awk rase nk tido dgn sy dan ika mari lah duduk umah sy ☺

    • Nurul Fatihah haha. Awk pun ape kurangnye. Tanpe awk, maybe sy dok ramai kawan. Sorry klau ade terkurang kat mane² sepanjang kite duduk skali kat umah sewe tuh. Nur Syafiqah Syafiqa Safii ( pia n eka ). Nanti datang lh umah sebelah. Kedatangan anda dialu alukan. Jangan lupe sy. ???

    • Maaf dan terima kasih jarang dgr dri mulut ..dlm hati mmg nak cakap sgt2. cuma x tahu mcm mna nk bg thu..mmg pelik sgt2…syukur pd Allah sbb bg peluang berkawan dgn org baik2……

  2. Nor Animi Kamaludin hai roomateku dari sem 1 sampai 6 yg rajin jamming dalam bilik pagi2 buta dan merapu2 sampai 2 3 pagi padahal esoknya kelas pagi . Miss that moment

    • Ermm..waktu2 mcm nie la..org lain sibok mnelaah..kita sibok pikirkan masalah dunia.lpas tu gelak mcm hantu..jamming tu best..bgun pg sakit tekak..hahahha..ermm tiba2 rasa pedih mata..ish sapa potong bawang mlm2 ni

    • Hahahah pasang lagu kat handset , tutup pintu tutup tingkap , nyanyi kuat2 macam la org luar takleh dengor kikiki . Org study week busy belajo kita sempat lagi jammminggg layan perasaan. Pastu rakam suara sendiri . Haish sape sembur lada kat mata i ni

    • Kikiki…u la partner in a crime yg sejati…hahaha…klau nyanyi lembut2 x pa jugak..ermm i rasa org dlm umh kita tu paham yg kita tension sbnrnya….ermm neva forget that moment…
      Bahagia sangat masa tu..kikiki

  3. Fatin Atikah aku syg ko sgt2 weii..wlpom aq maroh,bebel ko mu sokmo…degil2 mu pom mu ttp tlong aq n sokmo oyp syg n.rndu ko aq kn…4thun kita bersama kot..smua kita rasa…
    #tiba2adaorekupasbawangmlm2lpasbacacitenii

  4. We are kacangrians thanks guys EdyYong VAvavum Amir Awang Nik Muhamad Asyraf Muzaffar Shah Mansor Hafizuddin Zakaria Shafiq Werar Mohd Aiman Azim Al Edrus Firdaus Alias Shujaie Kamal be a part of kacang

    • Butakkkk. Baca suku cerita . tahu point ‘sahabat’ . air mata ngalir laju terus . sebak sangat. Sy paham . cume beza dye cerai mati. Sy cerai hidup.uwaaa. sy cuba redha atas kpergian dia . kdg2 usha kat mne boleh, nmpk dia bhgia. Okey . tumpang bhgia.

  5. Suhaibah Md Razib bile bace cite ni tetibe ingat ko… sedey plak… ak mntk maaf kalo sejak kite kuar dari uia, kite dah xmcm dulu… tapi ak xkan lupe knangan kite kat sane… ramai kawan ssh snang kat sne Zahera Fazlinie Yahya, Ct Huzai, Rasyidah Murni Binti Adzmi, Shamimi Arif, Farhana Ahmad Bashir, Shahirah Sulaiman, Sarah Fadzil, Syafawati Syahirah Kamarul Ariffiin… rindu koang sume… mne la koang skang kan..

  6. Nur Adilah Izzati Afifah Hasbi cause I don’t really know how to express my gratitude to you beautiful people. Thank you melayan kerenah yanadelin

    Dan juga kepada Amirullah Zul Daniel Baharudin Raimy A. Rahim Muhd Thoriq Hasani

    May Allah bless of you people ☺

  7. Princess Fazilla sy tag utk sudut lain plak. Thanks butak terima baik buruk sy. Saat org lain buang sy, awk tetap ada . sy syg awak. Jum lesbo.hahaa

  8. Nor Fatihah Izzati…tq nah slalu tlg p beli mkn lpas ampa turun joging.. N maaf nah klau ada trasa pa2..hahah..Nurul Nadiah Norhafizah Mohd Fouzi…tqvm nah sudi mlayan krenah saya spnjang 5 taun stengah..huhu

  9. Tak tahu nak tag siapa..diana tag semua je la.. Farah Hanim Nurhuda Kamaruddin Nur Ezyyantie Afifah Azhar Astria Suhardi..terima kasih dan minta maaf..sayang uols

  10. Azreena Philosophia weh tba2 tringat ko . xpnh ucap tq sbb ko layan aku baik tme kolej dlu . Mcm2 bnda gila kita buat hahahahahaha .. sorry weh sbb aku mgkin xhrgai ko dlu . Rindu plak .

    • Ur welcomey honey Amyza YuZa..Teqima kasihh jugakk untukk amy yg sentiasa mendorongku …”Fiqa jangan mudah terleka””..hihi

  11. Kiya Ussen Al Jazeera Khadijah Said Syilla Linda Nur Shafiqah Isyati Ismail Siti Hawa trima ksih sbb jd housemate dan kawan aku, terima kasih sebab jaga aku masa aku demam/astma, trima tlong kejutkan aku bgun subuh, kejut aku bangun p kelas, trima ksih tlong tapaukan aku mkanan, trima ksih tlong angkat baju2 aku dari ampaian, trima ksih tlong iron bju dan tudung aku bila aku terlewat, trima ksih utk nasihat2 hangpa semua, semoga ukhwah kita smpai bila2.. trima ksih :D

  12. Thanks you all sbb selalu ada time susah sng.. Syg awak2 semuaa Aminah Harun Hazida Amira Abd Wahab Farah Raihan ZainAzira HafizaFarhana NajwaNur Amira Amiruddin@zulaiqa semoga Allah sentiasa memberkati hidup kwn2 aku ne

  13. Azwad Bakar , HuNny Jo , Nafila Zahari, Syuhada Baharuddin , Norashikin Talib….tq wei sbb jadi kawan aq dari sekolah smpai sekarang…. aq harap hubungan persahabatan kita ni smpai mati, aq sayang ampa semua setiap sorang…susah senang kita bersama…<3 <3 <3...SAYANG AMPA KETAT KETAT

  14. Nurderina Aliman Hasanah HasHim Aidah Afiqah terima kasih for being with me and accept me for who i am sepanjang 2 tahun kita berkenalan. Alhamdulillah. Allah pertemukan kita utk jd roomates n sahabat. Kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga kita berpisah andai perpisahan itu menjemput. Cuma, satu perkara yg ingin kalian tahu, perkenalan n persahabatan ini amat indah dan akan dikenang meski kita dah x sehaluan kelak. Walaupun kadangkala ukhuwwah itu seperti lautan yg ada masa dilambung ombak, tetapi dengan izin Allah, kita masih bersama. Sayang antunna!

  15. Rara Raisa Sya Syairah Nik Alia Hayati tq jadi roomates, setahun kita mula kenal diri masing2. maaf salah silap. Terima kasih jd sahabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *