Aku baca komen kauorang semua. Ada yang cari part 1. Nah, ini link part 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1029464667136348&id=729187373830747
Dan ini pulak part 2 punya link,
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1030742683675213&id=729187373830747
Untuk bro dan 25 likers yang mintak buat sampai 3.0 ja, ya aku tunaikan hajat kau orang. Hari tu aku part 2 tu aku rasa dah panjang gila kot aku type. Penat kau tahu tak. Kau apa tahu. Kau baca je. Yg type aku. Takpe aku maafkan. Raya nak dekat dah. Huhu
Part 2 tu aku stop dekat part aku denied yg aku ada cakap something kan ? Hmm then dia kata dia nak pegi sambung cari telekung dia. Aku cuma pesan jangan tinggal solat. Dan dia pun blah.
Aku tak duduk satu dorm dengan dia. So aku taknk cerita pasal keadaan dia kat dorm, aku taknak cerita benda yang aku tak berapa pasti.
Dipendekkan cerita, sampailah satu petang ni. Kiteorang semua kumpul kat dewan makan untuk tunggu waktu berbuka puasa. Memang sejak dari awal puasa lagi kiteorang akan baca quran kat dewan makan tu sambil tunggu azan maghrib. Husna dengan kawan kawan aku yang lain ada kat sana. Aku dengan Aisyah lepak dekat tepi bangunan bersebelahan dengan laluan dari asrama perempuan nak ke dewan makan.
Time aku berbual kejap dengan Aisyah kat situ tu, kiteorang memang otw nak ke dewan makan pun untuk join aktiviti baca quran tu.
Pastu tetiba Husna jalan kat depan kiteorang — laju, tak tempang dah tak dugong dah, — dia jalan nak balik asrama. Waktu tu mata dia tajam gila tengok aku. Tak berkelip. Sepanjang dia lalu depan kiteorang sepanjang tu jugak la mata dia tak lepas pandang aku.
And how can i know that dia tak lepas pandang aku ? Sebab aku pun pandang dia tak lepas. Sampai dia jeling aku then pandang depan terus sebab dahnak sampai kat asrama perempuan tu pun still aku tengok dia. Aku tak rasa apa pun. Aku pandang dia sebab dia pandang aku.
Pastu kawan aku Laila dari dewan makan pulak sampai kat tempat kiteorang. Laila kata,
" Korang nampak Husna ? "
" Ada dia lalu tadi. Terus pegi asrama. Apesal wey ?"
" Dia tu tadi bukan Husna. Kiteorang tengah baca Quran pastu dia tetiba ngamuk. Cakap panas lah. Pastu marah maki suruh berhenti baca Quran sebab dia rasa panas. Tu yang dia balik asrama tu.. "
Kiteorang apa lagi, takde dah nak lepak. Waktu tu jugak aku ajak Aisyah balik asrama, baca Quran untuk Husna, alang alang pegang Quran kan.
Kiteorang sampai je kat asrama, dorang semua kecoh Husna pengsan. Husna dah diangkat bawak masuk kat salah satu dorm yang terdekat. Takde sapa yang dibenarkan masuk dlm dorm tu selain budak Form5 dengan Form6. Aku ajak Aisyah masuk.
Aisyah masuk dulu. Tiba aku jejak je kaki aku kat bilik tu, Husna yang tengah baring tu tetiba pandang aku. Tajam. Sumpah aku terkejut gila. Aku baru setapak kot jejak masuk bilik dorm tu.
Aku terus angkat tangan surrender. Aku cakap " Ok ok. Aku tak masuk."
Aku keluar. Tutup pintu. Aku tak tahu apa cerita yang jadi kat dalam tu. Ustaz datang and ya aku memang tak tahu apa jadi kat dia dalam tu.
Tangan aku gigil kot waktu tu. Yela Aisyah masuk takde apa kot. Tiba aku dia nak marah hahahaha.
Aku tak tunggu lama , aku pegi buka puasa and solat maghrib apa semua. Malam tu jugak Husna kena balik rumah , papa dia amik. Tak silap aku lah. Time dia balik pun aku tak hanta. Aku kat surau.
Time nak terawih tu. Waktu tu Husna dah balik. Aku solat sebelah member aku. Imam dah angkat takbir. Aku baru nak pakai kain. Kawan aku dah start solat dah.
Habis solat. Member aku yg kat sebelah aku tu tanya.
" Kau cakap dengan siapa tadi ? "
" Aku ? Bila ?"
" Time sebelum kau angkat takbir tu lah."
" Mana ada aku cakap dengan sapa sapa ?"
" Ye doe. Kau cakap ' Aku tak takut ' "
" Hahahahahahhahah doe sumpah tu bukan aku. Aku diam je. Takkan la aku nak bercakap, semua orang da angkat takbir kot. Dahlah. Abaikan ja.. "
Member aku yg solat sebelah aku tu bukan Husna tau. Ini orang lain. Macamana dia boleh dengar apa yang Husna pernah dengar dari aku ? Padahal bukan aku yang sebut ? Siapa wey yang cakap " Aku tak takut.." tu ?
Aku cerita sebenarnya nak mintak pendapat korang. But seems like you guys enjoy my stories. Its okay, aku hargai.
Ni cerita bukan aku saja saja reka. Ni cerita yang aku alami. Aku takde masalah lain. Aku hidup normal. Aku takde pikir sangat pun benda benda macam ni. Seperti yang aku mentioned before, aku cuma terpikir bila mimpi tu terjadi lagi.
For those kind peoples yang suruh aku aku pergi jumpa ustaz , terima kasih banyak dan In sya Allah, Doakan moga ianya dipermudahkan. Aku sebenarnya tak suka orang baca aku. Ok itu cerita lain. Hahahahhaa.
Terima kasih once again untuk admin sebab sudi approved semua confession aku.
Salam sahur
20160702 Saturday 5:19am
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aku pnah trbca psl bnda ni.aku hanya blh ckp samada bnda tu pndamping kau ataupun saka nenek moyg kau n satu lg mgkin pndamping si husna.dia kcau kau sbb xnk kau rpt dgn husna.kmungkinan shj.bunyi bkn mcm sihir(kluarga aq pnah kena jd aq thu la ckit).
Ha’ah, saya pun rasa macam tu. Sebab family pun ada saka. Dan, masa belajar dulu pun selalu jumpa kes macam ni (budak ni ada saka, selalu meracau, kalau orang tengah histeria, dia pun mulalah jadi pelik). Takkan Qarin?
Tapi, must be something. Memang kena pergi berubat.
Mcm pening baca..maybe sbb jalan cerita dia
buat ape buat byk2 part..xder org baca pun..hambar
Aku bacaa jaaa ?
Biarlah die nk buat
ahhh
Sibuk jaaa. .xsuka outtt. .settle. .ini mcm org ponn ada kaaa. .looserrr
Nur, rasanya kita ni seangkatan. The chosen one. Sy pon xtakut. Tp kdg2 seram jugak.
1 lg pasal mimpi tu sy pon slalu dpt mimpi yg same, nur punye version die suh bc ayat qursi. Sy die suh azankan.
Gifted person ni . Tak silap mula2 mmpi , then real life , then boleh ubat orang . Rasanya ✌️
Cerita lagi nur hahaha. Best pula baca. Rasa nak tahu pasal husna tu
Luvira Lavish . Baca semua part
Uishhh lama x bukak confession ni. Thanks yunk ceq baca dan kita simpuikan. Ahaha
Nura Filzah