Aku terpaksa mengalah dalam persahabatan… Bukan mengalah apa…mengalah dengan mengaku aku salah dan mereka betul..Kata orang kalau kita sorang je yang berlainan pendapat kitalah yang salah…aku tak pasti mengenai itu…yang pasti aku selalu mengaku aku yang salah
Mereka kata aku tidak hargai mereka…aku terkejut mereka cakap begitu. Katanya.."lain Kali hargai apa ada depan mata..nanti dah tak ada baru nak mencari"…Aku sedih, aku diam tidak sangka ak begitu….aku diam, bermaksud mengaku salah
Aku kembali cuba muhasabah diri..ya..memang sebelum ini aku banyak buat salah kepada mereka….
Pernah sekali aku menyalahkanmu, kamu merajuk..lalu aku minta maaf dan mengaku salah, kamu nyatakan mengapa kamu tidak suka..Aku diam, aku tahu aku salah
Aku terbuat lagi kesalahan kepada mereka, aku sekali lagi minta maaf.
Tapi banyak Kali juga kurasa dia menyakitkan hati aku..cuma baru tersedar…. Rupanya telah menghinaku berkali-kali…Tapi terus diam, diam dan diam..Permulaannya dapat kuterima..lama kelamaan tidak dapat terima sudah…Telah ku katakan kepadanya secara berhikmah agar tidak mengutukku dan menghinaku lagi, dia tahu…tapi diteruskan juga….apatah lagi meminta maaf kepadaku, tidak pernah walau sekali..Ya, mungkin aku yang salah.
Terkadang menyimpan dendam..ya masih ada, namun difikirkan semua ini hanyalah sementara, hanya umat Nabi yang hina. Nabi Muhammad SAW dihina berkali-kali menahan amarah mengapa tidak engkau?.
Memang aku yang salah, berkawan dengan mereka, tidak sama taraf paras rupa atau harta benda. Terkadang merasa terhina dan dihina kerana paras rupa, terkadang merasa terhina kerana harta benda Ibu bapa yang dikasihi.
Semakin jauh dengan mereka..dahulunya rapat, bahagia tersangat sebagai sahabat, kini semakin renggang. Semoga kamu berbahagia kawan. Datangku tidak dijemput, barangkali pergiku tidak disedari…
Ya memang aku yang bersalah, aku minta maaf, aku ingin mengungkapkan rasa hati ini kepadamu..tapi tidak ku ingin kau rasa bersalah kerana memang aku yang salah dan tidak ingin kau terasa hati dan bersalah…kerna aku tahu, aku akan sentiasa bersalah dengan paras rupa dan harta benda yang tidak sama taraf denganmu….
Aku juga minta maaf kerana telah tidak menjadi sahabat yang terbaik untukmu…Aku mendoakan supaya kamu berjumpa dengan sahabat yang terbaik dan sekufu denganmu.
Sekali lagi aku minta maaf kerana mungkin selepas ini kita tidak akan ketemu lagi..cuma menghabiskan sisa masa yang ada….
– Ikhlas dari Sahabatmu