aku munafik kah

Aku cuba untuk berubah tapi aku penat. setiap kali aku cuba berubah pasti ada orang halang. bukan secara teknikal tapi secara mental. aku tahu itu ujian. tapi aku seorang diri tanpa ada tiang yang sokong aku. Dulu aku gadis biasa yang hanya anggap tudung tu paksaan mak. pakai tudung pun depan mak je. belakang mak aku buka la..aku macam gadis lain yang pakai baju lengan pendek., seluar jean ikut peha. tapi itu semua dulu. masa tu aku mula rasa nak berubah tapi aku tak tahu macamana. semuanya gelap. dulu aku hanya pandai baca Al fatihah je tu pun sebab kena paksa dengan ustaz. solat jangan cakap la.aku hanya solat bila kelas fardhu ain je tu pun sekali dalam seminggu. kat rumah.. seluruh ahli keluarga aku tak solat. Bila masuk kolej., aku mula belajar untul baca Al quran.. aku pernab suruh kawan aku ajar.. tapi hanya sekejap je sebab aku rasa dia macam tak seleaa.. ye la mungkin mulut dia kata takpe.. tapi dari segi dia ajar macam dia tak paham yang aku ni tak tahu satu apa pun. jadi aku berhentj. aku cari cara lain. aku tengok video kat youtube. download n bila free aku mula belajar. tapi tu pun sama. sebab aku tak paham dia ajar. jadi aku beli al quran digital. dari situ aku mula tahu sikit2. aku mula solat. aku cuba solat 5 waktu. sebab aku fikir solat tu tiang aku untuk berubah. aku mula pakai tudung bidang 60. tapi "kepura puraan" aku hanya kat kolej je tapi bila kat rumah aku terpaksa jadi macam dulu. aku tak tahu kenapa.. aku rasa janggal bila semua keluarga aku pandang aku solat. aku tak suka perasaan bila orang ingat yang kita ni baik. Aku benci perasaan tu. tapi perubahan aku mula terhenti sejak aku rasa diri aku tak guna. Aku mula solat sedang. hanya depan orang je aku solat tapi belakanga hmmm. aku rasa Tuhan tu dah tak sayang aku. terlalu banyak ujian. aku dah penat. aku rasa nak lari dari semua ni. setiap malam aku nangis. aku rasa diri aku dah tak da sape yang sayang. Keluarga aku, rakan sekeliling aku.. semuanya pandang rendah pada aku sampai aku mula benci orang sekeliling aku. Depan kawan kawan aku., aku tunjuk baik, tapi mereka pijak aku. aku rasa nak gelak je.
aku asal dari keluarga yang bermasalah. nak kata mak dan ayah aku bercerai tak juga. tapi masa aku kecil aku ingat lagi ayah dah lafaz cerai banyak kali. Aku benci Ayah Aku.. Aku harap sangat dia Pergi dari hidup aku. zaman kecik aku hanya dipenuhi dengan kekejaman dia dengan mak aku. aku selalu nampak dia pukul mak. orang kampung pun semua pandang hina kat keluarga aku. semuanya disebabkan dia. Aku pernah kata pada diri aku selagi dia hidup dan jadi wali aku, aku tak akan kawen sebab aku tak nak dia ada waktu hari "bahagia" aku. aku mula stop bercakap dengan dia sejak aku form 2 lagi. jadi hampir 8 tahun. walau kami tinggal satu rumah. Aku benci dia. ada orang kata walau seburuk macamana pun kita mesti taat dengan ibu bapa kita. Bagi aku orang tu tak faham keadaan aku. setiap hari aku kena pukul sampai ken lari rumah jiran. setiap hari orang kampung pandang hina. setiap hari aku nampak mak aku menangis tahan sakit. sebab apa dia jadi macam tu. Sebab dia PENAGIH DADAH. sampai sekarang dia tak berubah lagi. still macam tu. bila nak mati pun aku tak tahu. setiap kali aku balik rumah cuti sem. Aku harap dia tak ada. aku harap sangat dia mati dulu. Kejam kah aku. Aku cuma dah tak larat. Alu rimas. kawan kawan aku selalu cerita pasal keluarga mereka. aku sorang je tak pernah. bukan alu tak bangga. kakak aku sekarang ni Akauntan kat syarikat besar. Aku sekarang ni pelajar perubatan. Aku belajar tinggi ni sebab aku nak tunjuk orang yang pernah hina mak aku dulu yang anak seorang penagih dadah macam aku boleh berjaya. Aku tak riak. tapi aku nak mereka lihat siapa aku.

berbalik pada kisah munafik aku tu. sekarang ni aku mula berubah balik kezaman jahiliah aku dulu. Aku rasa kosong sekarang ni. Fikiran aku rasa yang dunia ni tak adil. contohnya alu selalu study hard tapi tak pernah dapat pointer tinggj tapi kawan aku yang tak study pun boleh dpat tinggi. korang rasa adil. ye rezeki masing2 tapi dimana rezeki aku. dimana kebahagian aku. dari kecil sampai sekarang. aku tak nampak hikmahnya. aku tak nampak kebahagian aku. aku baik dengan orang lain. tapi sorang pun tak pandang aku balik. mungkin disebabkan wajah aku yang hodoh. zaman sekarang wajah adalah segala2nya. semuanya tipu bila orang kata Dia tak pandang muka tapi hati. jangan buat aku muntah. aku buktinya. Disebabkan manusia macam koranglah yang buat aku hanya perlukan diri aku. aku hanya percaya bahawa manusia ni hipokrit. aku rasa tak salah kalau aku nak jadi macam diri aku dulu. atleast aku selesa dengan diri aku dulu. tak payah berpura pura baik dengan orang dengan penampilan muslimah aku ni. tak payah nak buat penat orang anggap aku ni muslimah or ustazah. ye aku rasa kecewa dengan diri aku tapi aku tak kisah sebab aku memang sepanjang masa dikecewakan dengan hidup ni. ada satu masa dulu aku pernah terfikir untuk bunuh diri sebab aku rasa kalau aku mati pun bukan ada orang kisah pun sebab dimata mereka aku ni tak pernah wujud. Baru2 ni kawan aku kata Aku tak guna. mungkin dia hanya gurau tapi bagi aku perkata TAK GUNA TU sangat mendalam bagi aku. BUKAN SEMUA ORANG TU BOLEH TERIMA PERKATAAN TU. Aku seseorang yang sangat sensitif walau aku tak pernah tunjuk. Bila dia cakap macam tu. aku senyum. malam tu aku nangis puas dan aku tekad yang aku akan berubah jadi orang yg hanya perlu pentingkan diri sendiri sebab dengan tu je aku tak akan sakit lagi.

ps: aku nak nasihatkan kepada "kawan kawan " yang rasa diri dia kawan yg terbaik.. dengar sini.. tak semua orang dapat terima kata2.. gurauan atau nasihat kita.. mungkin kamu semua anggap kata2 tu gurauan tapi tak bagi dia. Kamu semua kak tahu kisah hidup dia. Mungkin " gurauan" kamu semua tu boleh mematikan semangat orang itu. Mungkin perkataan " PALING TAK GUNA" yang kamu cakap pada aku tu hanya sekadar gurauan tapi bagi aku itu kisah hidup aku dan taniah kamu dah matikan semangat aku. ?

– si topeng

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

7 Comments

  1. aku nak komen tp tak tahu nak komen membina yg macam mana . hehehe

    ” ikhlas niat – buat sesuatu dan tinggalkan sesuatu kerana Allah . ”

    okay tu je nasihat yg aku mampu bagi . harap kau faham . tak faham tanya aku balik . hehehehe . okay jangan kecam aku ye .

  2. Allah tahu segala isi hati kita.
    Walaupun kita sembunyikan dari orang lain. Di saat sedang ditimpa resah, maka berdoalah pada Dia.
    Tidak ada kemanisan melainkan ketika berbual-bual dengan Allah. Jangan merasakan tidak ada sesiapa yang memahami masalah kita, kerana Dia ada sentiasa memerhatikan kita!

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Ali Imran: 29)
    #copypaste
    #muharikah

  3. alahai sis tak tahu nak ckp mcm mana.. cuma kalau sis cerita depan mata rasa macam nak hug ketat2 je..

    sis tolong buang segala sangka buruk sis tentang Allah.. syaitan suka dan lagi cucuk2 suruh sis fikir macam tu..tanamkan dalam hati bila sis tengah sakit atau tengah down, He Knows, He Listens, He Cares..fahamkan ayat bismillah tu dalam hati.. Dgn nama Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang.

    cer sis baca confession kat ats “penyelesaian kepada masalah keluarga.” macam confessor tu tulis khas utk sis. bagus sangat tip2 dia

  4. ingat satu je kau bukan keseorangan di dunia ni :) Allah uji kau sebab Dia sayang kau. Dia tahu kau mampu nak hadapi semua ni sebab setiap yang dia uji semua ikut kemampuan kita, so dont giveup! Setiap yang berlaku ada hikmah kau belum nampak sekarang tapi kau akan nampak suatu hari nanti, and again please dont give up! Just dont ever and you will not regret anything inshaAllah..

  5. Bab nk bunuh diri tu masalah kematangan tu.. dulu masa kecik2 pn ak slalu pikir kalau aku mati@bunuh diri bukan ada sapa nak kesah pun..
    Tp skrg aku sendiri kesah..
    Nyawa adalah sesuatu yg wajib dipelihara..sebab xda peluang kedua dah..lantak pi org xsuka..nk bg cth naruto org kata budak2 tp budak2 pn byk moral dlm watak2nya yg org tua pn xboleh nk pikir..

    Mana rezeki? Hidup tu pun dah rezeki deq non.. Kalau Allah xsyg Dia xhidupkan kamu pun.. soal rezeki ada bahagian masing2.. adil bukan bermakna samarata.. kena pi merantau ni lihat dunia luar baru boleh brfikir dan bersyukur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *