Aku Panas Baran

Aku lelaki anak tunggal. Impression pertama orang akan kata mesti untunglah anak tunggal dimanjakan.

Cumanya sepanjang aku dibesarkan, aku kerap tengok mak ayah aku gaduh. Kerap yang sampai normal.

Gaduh benda kecik je tapi sampai tengking-tengking. Lepas tu ok balik. Kadang gaduh² tertarik sampai ke aku jugak.

Dari kecik aku biasa kena tampar & pukul. Kadang tu aku pun tak faham kenapa tau-tau papp kena tampar bila mak aku marah-marah sebab penat.

Ayah aku pulak sejenis yang makan cerewet. Jadi mak aku penat la kot cuba jadi isteri solehah tu nak sediakan makanan yang bagus-bagus.

Itu yang marah² selalu.

Aku kerap je tolong mak aku kat dapur. Cuma masak tu tidak. Mak aku tak percaya kalau aku yang masak. Haha.

Aku tolong basuh pinggan kemas². Cuma kadang tu tolong pun stress. Bila tolong kena marah.

Paling stress bila hari raya. Banyak kerja nak kena buat. Mak aku penat dia marah².

Ini semua masa aku dibesarkan. Cuma bila aku dah dewasa ni mak ayah aku dah tone down sikit marah ke aku. Cuma gaduh tu selalu je.

Ayah aku cerewet laa. Banyak kerenah. Dah besar ni aku faham je kenapa mak aku selalu marah². Siapa tak stress dapat suami macam gitu kan.

Kesan semua ni bila aku dah dewasa:-

1. Aku jadi orang yang panas baran bila dengan keluarga. Selalu juga umur dah dewasa ni, aku terlepas marah ke ayah aku.

Walaupun mak aku yang selalu marah² aku time kecik, tapi bila dah dewasa yang masih buat perangai ayah aku.. jadi dia laa yang kena tengking ngan aku.

2. Aku tak boleh relate bila orang teruja cuti balik kampung jumpa keluarga. Tapi aku pura-pura je laa depan kawan² kerja. Takut orang judge pulak.

Ikutkan satu²nya sebab aku happy balik kampung boleh jumpa member rapat aku je. Pernah sekali tu aku rasa nak nangis & takut nak balik kampung.

3. Takut nak kahwin. Aku tak pernah bercinta. Aku tak tau laa mungkin sebab aku jarang gila nampak mak ayah aku sweet² atau apa, tapi aku memang tak reti nak ayat manis, nak try perempuan.

Crush tu ada laa sorang dua. Cuma sekali aku dah suka tu, bertahun simpan. Takut nak confess last² orang tu kahwin dengan orang lain. Hahaha.

4. Aku terlampau attach dengan kawan² aku. Aku takde adik beradik. Rumah aku masa kecik jauh dari rumah kawan2 sekolah. Jadi kurang masa dengan kawan sampailah sambung belajar.

Aku perasan aku memang terlebih attach sangat dengan member. Bila member rapat aku terlebih rapat dengan member lain, aku rasa macam jeles sikit. Tapi tak tunjuk je laa.

Lepas tu aku pernah lebih utamakan member dari keluarga. Bayangkanlah umur aku dah melepasi 25 tahun, tapi terlalu utamakan member macam budak sekolah.

Mungkin sebab aku rasa happy bila dengan member. Bila dengan family, yang aku ingat marah², kena buat kerja itu ini.

Dari aspek lain family aku, makan pakai aku terjaga. Aku tak ada hutang ptptn. Aku ada kereta mak aku belikan. Sekarang aku tinggal bayar semula sikit² ke dia.

Cuma itulah…. aku tak tau nak mengadu kat siapa masalah aku. Sebab ni masalah keluarga. Aib family kan.

Ok tu je la aku tak reti bercerita sangat. Terima kasih pada yang baca sampai habis.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit