Assalamualaikum w.b.t. Aku mohon maaf sekiranya luahan ini menimbulkan rasa kurang senang atau komen negatif bagi sesetengah pihak. Izinkan aku meluahkan apa yang terbuku di dalam hati selama ini.
Dulu, aku pendosa. Entah sebesar mana dosa yang dah aku buat, tak terkira. Benar, dulu aku lalai. Bukan salah ibu bapa aku. Mereka didik aku dengan penuh kasih sayang dan didikan agama tapi tetap jalan hitam berdosa yang aku pilih. Aku kesal.
Bermulanya aku dalam dunia hitam sewaktu aku berusia 10 tahun. Abang saudara aku mencabul aku. Dia merogol aku yang mana pada ketika itu aku langsung tidak tahu apa-apa. Bermula dengan ajakannya untuk bermain 'doktor-doktor'. Dikunci pintu biliknya, katanya jangan bising nanti dia bagitahu ayah dia. Aku memang takut ayah dia sebab garang jadi aku langsung tak bagitahu sesiapa sampai sekarang. Sekarang bukan aku tak nak bercerita tapi aku tahu, tiada siapa yang akan percaya cerita aku. Dia masukkan jari dalam kemaluan aku, dimasukkan kemaluannya dalam kemaluan aku. Ianya berlarutan sehingga aku berumur 13 tahun.
Aku benci dia. Sungguh aku benci.
Zaman gadis aku, tak pernah aku ulang perkara itu dengan sesiapa. Kalau bercinta sekalipun, bersentuhan tangan pun aku tak izinkan. Namun untuk bercerita sejarah hitam aku, aku takut dan malu.
Lumrah manusia, aku terjerumus juga apabila aku diuji dengan keadaan apabila aku terdesak memerlukan wang untuk membayar installment kereta akibat kegagalan syarikat aku bekerja membayar gaji selama 3 bulan.
Pada waktu itu aku lebih selesa menceritakan masalah aku pada 'strangers' kerana bila aku minta tolong kawan-kawan, tiada seorang pun sudi membantu. Namun berbeza pada strangers, mereka berlumba mahu membantu. Mungkin juga mahu ambil kesempatan tapi cuba beritahu aku, manusia mana yang sempat berfikir saat dia di dalam keadaan yang terdesak? Begitulah aku.
Ramai yang menawarkan untuk membantu tapi ajakan seks, awal-awal aku tolak. Tidak sama sekali. Namun dalam keadaan terdesak, tiada yang benar-benar mahu membantu jadi aku tiada pilihan. Apa saja cara yang boleh aku dapat wang untuk selesaikan hutang, aku akan buat asalkan ianya bukan melakukan hubungan seks.
Dunia aku bertambah gelap apabila ada seorang lelaki menawarkan untuk membantu tetapi aku harus memberikan gambar bogel. Berkali-kali menolak dan dia juga menolak untuk membantu jika syaratnya tidak dipenuhi. Aku perlu mengikut arahnya. Menangis aku memikirnya dan akhirnya aku akur. Aku sedar, sepatutnya aku memohon pada Allah untuk membantu bukan pada manusia yang begini. Tapi aku cetek pemikiran pada saat aku terdesak.
Selepas aku mengikuti arahannya, seperti dijangka, aku ditipu. Tiada wang, tapi gambar aku tersebar.
Waktu itu aku rasakan dunia aku dah berakhir. Tapi aku kuatkan diri. Bertalu-talu mesej aku terima mengenai gambar itu. Malu memang malu. Seolah-olah pelacur tapi aku kuatkan diri, "Aku mungkin salah tapi Allah juga tahu apa yang berlaku." Aku biarkan semua menilai aku. Aku tebalkan muka, teruskan hidup seperti biasa. Aku bangkit semula.
Alhamdulillah kini aku lebih tenang. Aku mendekati jalan Allah dengan kerelaan hatiku sendiri. Aku percaya, jika aku berdosa pada Allah, Allah masih menerima taubatku (InshaAllah) tapi dosa manusia yang menganiaya serta membuka aibku, biarlah Allah saja yang menghukum. Aku tidak layak menghukum.
Namun, walaupun kini aku sudah berubah, lumrah manusia, diungkit segala dosa kita. Ada yang sehingga kini masih inbox pada aku gambar-gambarku. Istigfar panjang aku, terkenang dosa aku. Ya, aku pendosa tapi aku juga ingin ke syurga. Aku pendosa tapi aku berusaha ke syurga. Salah kah aku?
Jika dikenangkan tentang dosa lalu, rasanya aku tak mampu teruskan hidup tapi aku seakan-akan dapat kekuatan selepas aku dekatkan diri pada Allah, Al-Quran jadi peneman siang dan malam.
Mungkin, jika aku tidak melakukan dosa ini, aku masih lalai dan leka. Jadi aku diuji dengan cara sebegini supaya aku mencari tahu, di mana Tuhan.
InshaAllah, tahun hadapan aku akan mendirikan rumah tangga namun bakal suamiku langsung tidak tahu mengenai sejarah hitam aku. Macam-macam yang aku fikir, boleh jadi pada hari pernikahan, sahabat bakal suamiku memberitahu, "inilah dia perempuan yang gambar bogel tersebar." Allahu. Minta dijauhkan. Tapi inilah yang membuatkan aku takut. Bagaimana cara untuk aku berdepan dengan masyarakat. Bolehkah bakal suamiku menerima aku? Boleh dia menanggung rasa malu jika semua orang menghina aku?
Kadang aku rasa semua ini tidak adil, semuanya bukan berlaku dengan kehendakku. Demi Allah. Namun aku percaya, inilah ujian untuk menguatkan aku.
Sehingga kini, ada ketika aku mahu memutuskan untuk tidak berkahwin kerana aku bimbang bakal suamiku malu memperisterikan aku. Entahlah, masihkah ada bahagia buat si pendosa seperti aku?
Allahurabbi.
Aku masih tak tahu bagaimana cara untuk teruskan hidup. Aku hidup dalam rasa bersalah pada ibu bapa, adik beradik, diri sendiri dan Allah. Namun penguat aku kini hanyalah Allah, menangis dalam sujud, baca Al-Quran untuk tenangkan jiwa.
Aku mohon doakan aku kuat untuk melangkah ke Syurga Allah. Aku sedar aku pendosa tapi Allah tidak pernah kata pendosa tak boleh masuk syurga kan?
– Gadis Pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Be patient. Abaikan kata kata orang. Tuhan tak uji kita kalau kita tak mampu. Orang boleh cakap kenapa bodoh sgt? Yes. Memang bodoh. Tapi benda dah jadi. Face it. Jangan mudah semangat. If you read this. Just go for it. Aib kena simpan. Biar tersemat sampai bila bila. Ramadhan terakhir ni mintak doa supaya tuhan tutup aib awak. Doa dosa diampunkan jugak. Insyallah
ada baiknya bagitahu bakal suami .. kalau diketahui selepas kawin lagi panjang cerita.. bagitahu andai kata dia dapat terima boleh la diteruskan.. kalau x boleh putus je terus.. terus terang lagi baik walaupun pahit..
in shaa allah sis perlahan2 cuba dalami ilmu kenal diri..cari la guru sebaik2nya..utk permulaan, bolehla berguru dgn ustaz2 atau guru2 di youtube..dgn izin & iradat Allah..sis akn jmpe kehilangan yg selama ini sis cari..
Sempena bulan baik ni rebutla peluang dengan mohon kemaafan dr Allah,insyaallah segalanya akan dipermudahkan sis..banyakn berdoa pada Allah.
Sedih sis. Aku doakan kau kuat dan baik baik saja. Keep istiqomah. Pasal benda tu, ada pendapat yang katakan aib sebelum kawen lebih elok jika tak bagitau. Tapi kalau fikir jauh sikit, apa akan terjadi sekiranya pasangan dapat tahu dari orang lain ? It’s more hurt. Mungkin double atau triple hurt. Tapi bila bagitau awal awal sebelum kawen mungkin perkara yang boleh berlaku adalah ‘putus perhubungan’ dengan pasangan. Atau mungkin berlaku sebaliknya, dia terima seadanya since semua orang buat silap. Nasihat aku sis, kau istikharah banyak – banyak. Mintak bantuan dr Dia untuk atasi masalah kau ngan pasangan. Jika benar dia jodoh yang dikirimkan, insyaAllah semuanya baik baik saja. Kulil haq walau kana murron. Berkata benar walau pahit.
Sis . ada stengah laki xnk tau pasal kish silam ko . u know why ? Sbb dia pernah muda and dia pn pernah buat salah . hidup ni kena pndang ke hdapan . let say one day kntoi . ko jgn takut sis . ko bgtau je prkara yg sbenar . lgpun ko bukn smpai bzina dgn laki tuu . untuk kesilapan ko . sbb trdesak and akal ko pndek . tp apa perlu ko buat . jd laa isteri yg baik untuk psangan . tuu sbgai hadiah untuk psangan ko . bahagiakn laa dia . haa sbgai lngkah brjaga juga . ko tukar no . and jauhkn dri dari org2 yg cuba buka aib ko . xpayah layan sosial media mcm wechat ker takut ada yg trus nk ugut ko. Celaka perangai . x apa laa sis if org mengeji ko . org x fham keadaan ko . yg lalui tuu hanya dri ko sndri . yg pnting ko dekatkn dri k dgn Allah . jgn letakkn pngharapan ko dkt manusia even suami ko . Allah itu tuhan yg satu . Dialah sebaik-baik penolong , sebaik-baik pelindung . May Allah help u and bless u always .
Hmm.. Bila terjadinya kejadian masa kecik tu, subconscious mind adek dh ditanam perasan low self-esteem, that you only deserved that similar treatment dpd Orang sekeliling (made you feel more UNWORTHY).
Bila adek kembali ke jalanNya, Allah bukakan hijab adek kepada si dia yang menghargai adek, sayang adek dan nak peristerikan adek (walaupun belum tau sejarah adek)..
Now, adek dah minta ampun padaNya, yakinlah Allah Al Ghafur telah ampunkan adek, the question, have you forgiven YOURSELF? Selagi adek masih BELUM maafkan diri sendiri, kemungkinan untuk adek menarik jodoh yang akan buatkan adek rasa MORE unworthy adalah tinggi, pernah dengar kan tagline Prof M, “Dunia dalaman saya ialah dunia LUARAN saya”.
Contohnya seorang pompuan kawen dgn lelaki yang baik pada awalnya, tapi lepas kawen baru tahu sifat sebenar suaminya, (tk bayar nafkah, kaki pukul etc). Ini ialah kerana diri kita SENDIRI yang jadi MAGNET kepada pasangan jenis mana yang jadi jodoh kita.
Berbalik kepada adek dan calon jodoh adek, Allah memberi mengikut sangkaan hambaNya, adek perlu rasa LAYAK untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, MAAFKAN diri sendiri atas dosa silam dan berdoalah supaya Allah tutup aib adek ni selama2nya dpd pengetahuan bakal suami adek ni. TAK PERLU cerita.
Ye, katakan si dia terima, tapi kita kena ingat kisah silam adek ni boleh dijadikan modal untuk DIUNGKIT bila berselisih am pendapat lepas kawen nanti, kesannya adek akan sentiasa MENGALAH, at the end of the day, you will lose your SELF – IDENTITY, sentiasa diingatkan si suami that you are lucky enough to have him take you. Is that what you want..
Serahkan padaNya, Dia Al Fattah maha membuka, Dia juga Al Mumiit maha menghapuskan, mematikan nafsu mereka yang ingin membuka aib adek. InsyaAllah. Bersangka baiklah denganNya.
Aku ada sorg kawan, yg nasib dia mcm kau. Pernah jd bnda2 mcm tu dlm hidup dia. Tp skrg dia happy. Sbb suami dia, terima dia seadanya. Aku pun rs seronok tgk kwn aku mcm tu. Dpt husband yg x fikir kisah silam dia. Dobt worry sis. Kau akan dpt lelaki mcm tu. Bnykkan doa dan sbr. Dan terus terang la walaupun pahit. Aku ckp bnda yg sama dgn kwn aku. Terus terang. Akhirnya, dia dpt lelaki yg syg dia. Yg sanggup trima buruk dia. InshaAllah, kau akan dpt suami yg mcm tu.
ALLAH arrahmanurrahim .. maha pengasih lg maha peyayang ^_^