Aku Perlu Terus Kuat

Aku harap confession ni disiarkan. Aku serabut. Penat mental. Aku tak tahu nak cerita kat sapa. Cerita kat keluarga, nanti diorang risau. Nak cerita kat kawan-kawan, takot diorang ada persepsi lain. Kalau cerita kat sini, okay sebab korang tak kenal aku.

Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa. Sebab aku percaya apa yang aku rasa ni, ada wanita lain mengalaminya. Cuma mungkin mereka kuat lalu mereka tak terkesan. Tapi itulah, sesiapa yang pernah rasa apa yang aku rasa ni, mohon share pendapat atau tips untuk aku terus tabah, kuat dan gagah dalam mengharungi dugaan hidup.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. Alhamdulillah. Keluarga aku sangat-sangat memahami, penuh kasih sayang dan bertimbang rasa. Aku bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas. Kerjaya ini sangat menuntut masa dan tenaga aku.

Biasanya bila balik rumah, memang aku dah penat mental sebab kerjaya aku agak mencabar (at least for me). 2 tahun lepas, aku bertemu jodoh dan bernikah. Lepas 4 bulan bernikah, kami dikurniakan anak. Aku teringin nak menyusu anak aku sampai umurnya 2 tahun. Aku sangat struggle dengan kehidupan aku kini.

Sekarang anak aku berusia hampir setahun. Fully breastfeed. Sebelum berkahwin aku memang sangat sibuk dengan kerjaya sebab bekerja di sektor swasta ni, kalau aku tak pulun dan perform, ada harapan kena buang, performance teruk dan dikenakan tindakan. Aku perlukan kerja ni sebab ni salah satu cara aku untuk tolong keluarga aku bila perlu.

Dengan gaji aku, sedikit sebanyak aku boleh hulur-hulur dekat keluarga bila diperlukan dan aku tak perlu mintak duit suami untuk beli barang-barang aku atau kadangkala aku beli barang-barang keluarga kecil aku tanpa mengharapkan suami aku. Suami aku kerja dalam bidang yang sama. Tapi dia project based.

Sekarang ni suami aku kerja jauh, dia tak tinggal dengan kami. Dia akan balik rumah bila hari off dia. Aku redha kena jaga anak sorang-sorang kat rumah tanpa suami di sisi. Tapi aku penat. Penat sangat. Kerjaya aku sangat menuntut tenaga dan minda aku untuk bekerja keras.

Rutin harianku, pagi-pagi sebelum matahari naik, aku dah bangun, siapkan makanan anak (aku masak sendiri sebab nak jaga diet anak), aturkan susu anak, kemaskan barang anak. Lepas mandi dan solat, aku bersiap dan hantar anak ke pengasuh. Redah jam untuk ke pejabat (aku kerja di KL). Di pejabat, selain bekerja, aku mencuri masa untuk mengepam (demi BF anak).

Balik kerja, redah jam, ambil anak di rumah pengasuh, mandikan anak, bagi anak makan, susukan anak. Sambung pam untuk tingkatkan stok susu. Untuk dinner, aku akan kelam kabut untuk makan sebab anak aku jenis mengempeng. Tak Nampak aku je, dia akan menangis. Tapi sebab aku kerap lapar, aku curi-curi masa masak makanan simple dan makan laju-laju.

Lepas makan, siapkan barang anak, susukan anak dan kadang-kala tertidur terus. Anak aku jenis berkepit dan susah nak tidur. Dalam tidur pon kena menyusu sebab anak aku kuat menyusu. Tidur aku memang tak lena. Agak penat sebab tak cukup rehat tapi aku akan usaha semampu aku. Tapi kadangkala aku penat.

Aku kekurangan masa untuk kemaskan rumah, terus lipat dan iron baju on time lepas cuci. Sebab masa aku limited oleh sebab-sebab di atas. Kadang-kadang ada kerja pejabat yang perlu dibuat di rumah tapi aku memang tak sempat sebab anak aku mengempeng. Bila tak siap kerja, aku akan kena marah dengan boss. Aku down. Tapi aku pendam sebab aku tak boleh stress, bila stress, susu akan drop.

Aku tabah dan cuba bertenang dan lalui hidup macam biasa. Bila suami aku balik rumah lepas his off days, aku kena pastikan rumah aku tip top. Kalau tak tip top, tak kena marah, aku akan disindir. Pedih tapi aku telan sebab aku kena sentiasa positif demi zat susu anak aku.

Aku pernah suarakan yang aku penat, sebab tu kerja rumah tak siap. Tapi suami aku anggap tu alasan. Katanya dia mampu buat if he was me. Ye betul, dia buat kerja laju. Tapi dia mampu buat semua tu sebab anak tak berkepit dengan dia dan dia tak susukan anak. Tidur dia lena.

Even dia off day, dia hantar anak ke pengasuh dan dia boleh focus buat kerja-kerja rumah. Dia tak perlu buat kerja pejabat di rumah. Kalau ada kerja pejabat pon, mesti anak kami dia pass kat aku untuk dijaga. So masa aku jaga anak aku, dia boleh focus buat kerja. Aku redha. Aku tahu walaupun kami kerja dalam bidang yang sama, kerjaya suami aku makin hebat, Alhamdulillah rezeki dia.

Dan aku sejak dah ada anak ni, aku dan tak seperti dulu, aku dahulukan anak aku. Aku nak dahulukan keluarga berbanding kerjaya. Sebab kalau aku sakit atau mati, syarikat akan cari dan gantikan aku dengan orang lain. Tapi keluarga aku akan sedih. Kalau aku mati, siapa nak jaga anak aku? Siapa nak tolong keluarga aku? Kalau aku sakit, keluarga aku pasti risau dan aku pasti mereka aku jaga aku sepenuh hati walaupun pasti aku akan menyusahkan dan memenatkan mereka.

Tapi untuk suami aku, aku masih ragu-ragu. Aku tak pasti dia sanggup nak jaga aku dan terima aku seadanya. Kadangkala suami aku macam seorang yang penyayang dan memahami, tapi kadangkala dia tak faham dan asyik tak berpuas hati dengan aku. Banyak disindir. Katanya aku tak seperti keluarga dia yang rajin kemas rumah. Rumah sentiasa tip top. Aku malas nak defend diri bila di compare kan begini, sebab boleh jadi gaduh laki bini.

Keluarga dia ada yang tidak bekerja, ada yang bekerja yang tidak sesibuk aku (boleh pergi kerja dan balik kerja on time. Kat rumah memang takde kerja pejabat di bawa balik). Keluarga dia takde yang PJJ macam kami. Maka situasi kami sangat berlainan. Contohnya bila isteri nak masak atau kemas rumah, suami boleh jagakan anak. Tapi aku? Suami aku jauh. Sapa kena buat semua kerja kalau bukan aku?

FYI keluarga aku jauh. Mengambil masa perjalanan 6 jam untuk balik kampung. Ibu bapa aku pernah suarakan nak jagakan anak kami tapi suami tak benarkan sebab katanya dia nak tengok anak dia membesar depan mata bila dia di rumah. Tapi itulah, dia jarang di rumah. Aku okay nak jaga anak, tapi aku semakin jatuh dan suami tak memahami dan demand macam-macam.

Aku pernah terfikir nak upah orang kemas rumah (mop rumah hujung minggu) tapi suami cakap kerja mudah macam tu boleh buat sendiri, tak perlu membazir. Sebenarnya aku pon tak berkenan upah orang luar tapi apa pilihan yang aku ada? Nak buat sendiri agak payah sebab anak aku asyik berkepit. Kalau makan pon kelam kabut, demam pon tahan je, apetah lagi nak mop rumah.

Suami aku seolah-olah rasa aku malas. Sebab dia compare dengan isteri orang lain. Tapi dia tak sedar, situasi setiap orang yang dia bandingkan itu sangat berbeza dengan situasi kami. Ada yang dibandingkan tu, duduk setaman dengan parents, so nak outstation ke, sakit demam ke, boleh mintak tolong keluarga jagakan anak untuk sementara waktu. Ada yang suaminya sediakan pembantu rumah, ada yang suami tinggal sebumbung.

Aku tak suka nak compare sebab aku percaya mereka pon ada dugaan masing-masing tapi aku kecil hati pabila sering dibandingkan dikatakan lembab (oleh boss dan suami). Mereka cakap aku tak focus dan slow buat kerja.

Sesungguhnya aku rasa aku tak boleh buat semua dah. Aku kena pilih. Samada kerja atau anak. Aku pernah terfikir nak lepaskan jawatan aku di sini dan bekerja yang tak perlu aku bawa kerja balik rumah tapi suami tak setuju. Nak ambil maid, suami tak setuju. Maka option apa lagi yang aku ada? Nak ditch anak? Tak mungkin. Aku sayang anak aku. Dan aku harap sangat anak aku akan jaga aku kelak.

Aku penat. Aku hanya nak luahkan. Untuk wanita di luar sana yang ada tips, tolong share. Aku nak terus kuat. Tolong jangan kecam suami aku, mungkin dia ada reason dia tersendiri. Mungkin dia tersalah pilih pasangan yang tak meet his expectation.

Aku bukan tak cuba. Aku dah cuba tapi tak cukup hebat. Tapi being me, aku memang tak mampu nak excel semua. Unless aku tak tidur dan tak rehat, mungkin aku boleh buat semua dengan cemerlang. Tapi aku bukan robot.

Lately aku kerap sakit perut di tempat czer dan kepala. Aku makin susah nak tidur malam. Belakang aku sakit, pinggang aku sakit. Kadang-kadang aku takut aku mati sorang-sorang kat rumah masa berdua dengan anak. Aku takut bila aku mati, orang tak tahu sebab hanya kami berdua di rumah dan orang takde kunci rumah kami. Apa akan jadi kat anak aku?

Kadang-kadang aku takut aku sakit mental. Nanti sapa nak jaga anak aku? Sapa nak tolong keluarga aku? Dan aku seterusnya akan jadi beban kat keluarga untuk jaga aku yang mental. Aku bukan nak overthink tapi dah banyak kes wanita mati sebab terlalu penat. Aku taknak tambahkan statistik.

Tolong aku. Share tips please. Hanya Allah yang dapat membalas jaga korang.

– Wanita yang ingin kuat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *