Hutang 9 Tahun

Hai semua. Kepada admin, thanks sekiranya artikel ini di siarkan. Confession kali ini adalah perkongsian kisah saya menanggung hutang kereta selama 9 Tahun.

Saya cuma ingin berkongsi sebab kemarin saya baru habis bayar hutang kereta tu semua dan officially sudah tak ada hutang dengan bank! Perasaan? Oh gembira tak terkata, hahaha!

9 Tahun yang lalu, di waktu saya berkeputusan untuk membeli kereta, saya cuma bekerja sebagai seorang guru tuition. Itu pun cuma part time, tapi di sebabkan keinginan duniawi macam orang lain pun ada kereta dan saya pun mahu berkereta juga saya cekalkan hati LIFE GOAL : KERETA!

Tapi actually pada masa tu, kereta merupakan keperluaan utama untuk saya juga untuk ulang alik ke tempat kerja. Jika saya menggunakan pengangkutan awam, akan memakan masa dan tenaga yang lagi banyak berbanding driving.

So, setelah timbang tara tolak tambah segala pro and contra saya berkeputusan untuk membeli sebuah kereta pada masa itu.

Proses apply membeli kereta pada masa tu pun bukan nya mudah bagi saya yang bergaji tak tetap. Gaji saya masa tu, RM1200. Apply dua dan tiga bank tapi tak lulus. Sampailah saya jumpa satu sales ni, dia tolong. Dan pinjaman bank approve.

Masa tu untuk buat deposit pun saya pinjam dengan kawan baik saya, sampai hari ini saya ingat jasa baik kawan tu walaupun kami dah tak kawan dah huhu. Tapi hutang dengan dia saya dah habis bayar lah.

Tiga tahun pertama semua masih smooth, walaupun struggle dengan kehidupan dan gaji yang sedikit, saya masih mampu bayar ansuran kereta tiap bulan. Ansuran kereta saya RM450 bulanan.

Sampailah tahun ke empat, saya berhenti kerja dan buat sepenuhnya kerja sales. Tapi masa tu pendapatan saya tak tetap dan boleh saya katakan masa tu adalah detik paling susah dalam hidup saya :(

Ansuran kereta mula tertunggak ke tiga bulan, bank selalu call, dapat surat pula dari bank. Hari-hari saya stress fikirkan soal duit dan risau kereta kena tarik. Masa tu memang susah, gaji saya tak banyak walaupun saya berusaha sepenuh hati buat kerja siang malam tapi masih tak cukup.

Dalam dompet cuma ada RM10 dan saya kena pilih antara isi minyak atau makan. Roadtax dan insurans kereta juga tertunggak, tak dapat bayar sampai saya kena saman. Betul- Betul susah masa tu..

Itu lah kan orang kata, “Life is unpredictable”

Bila kita senang dan sudah stabil, tidak bermakna kehidupan kita akan kekal macam tu, bila kita rasa hidup kita sudah complete, kita rasa semua kita ada, bila-bila masa sahaja Tuhan tarik semua nikmat kehidupan kita itu.

Bila kita di timpa ujian kehidupan susah dan masalah duit ni, hati kena betul betul kuat, iman kena ada supaya tidak hanyut dalam kesusahan dan worst. Suicide.

Betul, keadaan saya masa tu buat saya sangat-sangat tertekan. Hari-hari fikir.. mana nak cari duit, mana nak pinjam duit. Saya selalu ada rasa nak bunuh diri sebab saya fikir kalau saya mati, tak perlu fikir pasal hutang dah. Masalah selesai, hahaha. Tapi saya masih kuat tempuhi hari hari masa tu.

Keadaan saya berlarutan selama 3 tahun macam tu, ada duit boleh la bayar ansuran kereta, bila tak cukup duit mula la tertunggak bayaran kereta dan saya tebalkan muka meminjam duit ahli keluarga atau kawan.

Kereta yang sebelum ni kena service tiap kali sampai masa dah tak mampu di service, bila tayar perlu ganti dan bateri kereta perlu ganti, saya cuma berharap ehsan kawan dan kalau ada duit ada lah tu.

Selepas hampir 3 tahun struggle, saya mula mendapat kerja tetap dengan gaji RM1600. Masa ni saya sudah tahu macam mana susahnya bila ansuran kereta tertunggak.

Setiap kali ke bank untuk bayar 2 bulan ansuran mesti kena hold dekat kaunter bank dan kena confirm semula alamat rumah dan nombor phone hahaha. So bila saya dah ada kerja tetap, saya pastikan priority saya setiap bulan adalah ansuran kereta!

Saya bujang, tinggal dengan keluarga. Bil tanggungan tak banyak mana, namun dengan gaji RM1600 setiap bulan masih tak cukup ye kawan kawan. Kumpul duit untuk kahwin pun tak pernah cukup hahaha! (Saya perempuan tapi saya tetap rasa saya perlu sumbang belanja dalam majlis kahwin)

Even gaji begitu dengan tak bayar sewa rumah, saya masih struggle bayar kereta. But now i’m free from hutang kereta. TAPI masih berhutang dengan PTPTN juga, hahaha!

So, saya nak selit nasihat untuk adik adik yang berniat membeli kereta tu. Tolong lah fikir semula, pastikan sudah ada simpanan lebih dari 10K barulah fikir nak beli kereta.

Masalah kewangan ni boleh mengubah seseorang daripada ceria ke depress person, daripada baik hati ke pemarah dan sebagainya.

Betul. duit bukan segala-galanya tapi segala-gala perlu duit tau! I learn the hard way so.. yeah. Paling penting kamu tahu how to manage your money.

Thank you sudi baca!

– No Name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *