Aku Pula Benci Jadi Isteri dan Mak

Salam, terima kasih admin sudi menyiarkan cerita ini.

Aku pula nak cerita kisah aku sebab macam takde jalan keluar, and banyak kali jugak aku fikir nak amik shortcut to end this.

Aku intro dulu pasal aku, supaya korang ada idea sikit.

Aku Yanti, 33 tahun. Sudah berkahwin selama 8 tahun dengan suami bernama Leo, dikurniakan 2 orang anak, yang masih usia playschool, jadi faham2lah betapa buasnya mereka.

Aku seorang ibu bekerja, begitu juga suamiku. Kerja aku di ofis, 8-5pm manakala suami pula bekerja shift, kadang tidak menentu masa kerja nya.

Alhamdulillah kami tiada masalah kewangan walaupun gaji cukup untuk makan.

So bila Leo kerja shift, semua beban urusan hal ehwal rumah, masak, kemas, baju, anak2 sekolah, aku seorang yang tanggung dan uruskan.

Rupa aku biasa2, tak cantik Tapi taklah menyakitkan pandangan mata. Seorang yang kemas dan menjaga keterampilan diri.

Okay, back to the story.

Di awal perkahwinan semuanya indah belaka.

Orang kata 5 tahun pertama adalah tahun2 yang paling mencabar dan getir bagi sesebuah perkahwinan.

Namun terbalik pula bagiku. 5 tahun pertama semuanya indah, selepas 5 tahun pula yang menyakitkan.

Masa tahun kelima perkahwinan, aku dapat tahu Leo ada 2-3 scandal di tempat kerja. Itu pun ada orang report kat aku, kawan aku yang satu tempat kerja dengan Leo.

Aku lupa nak bagitahu, aku memang ada penyakit vaginismus masa mula2 kahwin tapi itu tidak menyebabkan masalah bagi Leo.

Kami selalu berbincang mengenai hal ni and dia cakap he has no problem with it. Tapi lepas aku beranak, masalah itu dah tiada.

Tapi yang buat aku sedih is dia pergi jaja benda dalam selimut ni, bahawa dia tak puas hati dengan layanan aku sebagai isteri, dekat scandal2 dia tu.

Bila aku dapat tahu, hancur hati ni. Tergamak dia buka aib aku.

2 tahun jugak dia ada scandal belakang aku. Aku tahu pun sebab check phone dia. So bila aku dapat tahu, aku mengamuk (dalam message je, depan2 aku diam seribu batu).

Itu tak termasuk “like” dan follow perempuan2 sexy gelek2 dekat intstagram, tiktok lagi.

Leo kata dia menyesal dan minta maaf sesungguhnya. Aku pun maafkan, dan bagi peluang.

Dengan rezeki Allah, aku pregnant. Masa tu anak sulung, dalam 7 bulan pregnant rasanya, kantoi lagi download Apps yang boleh chat dengan stranger.

Dengan siapa dia chat? Jangan terkejut, tapi dengan pelacur! Siap tanya ada video, berapa ringgit sejam, etc. Allahuakbar.

Tapi Allah maha melindungi hambaNya, dia tak sempat buat perkara terlarang. Sampai dekat lobby hotel, kena scam dengan ibu ayam, terus tak jadi.

Bila aku dapat tahu, aku mengamuk, aku menyesal sebab mengandungkan anak dia. Keji. Jijik. Alasan?

Sebab aku tak dapat memenuhi permintaan batin. Ya, mungkin sebab aku mengandung. Dan ya, tengok perempuan sexy, follow dan like dan private message mereka tu masih berlangsung ya.

Leo kata dia menyesal dan minta maaf sesungguhnya. Aku pun maafkan, dan bagi peluang.

Aku pun teruskan kehidupan seperti biasa, melahirkan anak, berpantang, dan bekerja jugak lepas 3 bulan maternity leave. Leo memang sangat baik, dia tak pernah marah/ pukul/ maki aku, dan seorang yang sangat penyabar.

Tahun demi tahun berlalu. Leo dapat kerja di tempat baru. Memang dekat dengan rumah, dan masih kerja shift. Dia mula rapat dengan seorang senior/ supervisor.

Ya, perempuan, dah berkahwin juga, dan beranak pinak. Rapat sampai tahap call setiap hari, delete message, cakap rindu, cerita pasal hal rumahtangga.

Masing2 tahu pulak lepas waktu bekerja, tak message supaya pasangan masing2 tak syak.

Akhirnya tersyok kat supervisor tu. Mind you, layanan Leo terhadap aku dan anak2 tidak berubah ya, jadi aku tak syak langsung.

Aku tahu pun sebab terstalk phone dia. Aku mengamuk lagi. Hancur lagi.

Dah berkali2 kantoi, aku dah slow talk, aku terima opinion dia dengan hati terbuka, konon heart to heart talk la. Dah janji nak kurangkan contact, aku percaya lagi. Tapi kantoi lagi.

Setiap kali gaduh/ krisis, Leo akan play victim. Dialah yang terpaling dianiaya kat dunia ni, bahawa aku tak bersyukur dapat suami sebaik dia, etc.

Oh how he turned the arrows back to me. Sampai tahap aku taknak maafkan dia, dia terfikir nak bunuh diri, mujur tak terbuat. Again, dia salahkan aku sebab mengamuk. Aku macam ???.

Oh btw masih ya private message perempuan2 kat instagram semua, memang tak serik eh. Puji2 cantik la sexy la.

Then Leo kata dia menyesal dan minta maaf sesungguhnya. Aku pun maafkan, dan bagi peluang.

Bulan demi bulan berlalu. Hidup kami bahagia 4 beranak, Leo bawak pergi jalan2, celebrate birthday, anniversary, macam happy family gitu.

Aku tak syak apa2, sebab dia dah tak contact dengan supervisor dia. Alhamdulillah.

Tapi naluri isteri, tambah2 pulak bila suami tu suka test market, banyak scandal. Tiba2 takde scandal ni aku peliklah hahaha.

Dan Allah detikkan hati aku untuk check phone dia sebelum dia delete bukti tersebut.

Message dengan kawan sekerja, dan ya perempuan. Siap panggil perempuan tu baby, tanya ada kat mana, nak jumpa lah, mintak selfie, siap cakap “awak tidur mesti sexy kan”.

Sekarang ni aku menyesal.

Menyesal kahwin dengan Leo.

Menyesal lahirkan zuriat2 Leo, walau aku tahu anak itu tidak diminta untuk dilahirkan.

Tergamak. Aku yang uruskan rumah dan anak setiap hari, dia main kayu tiga macamtu.

Setiap kali buat perangai, setiap kali aku maafkan dan bagi peluang. Aku ni bodoh ke?

Dan ya, banyak kali aku terfikir untuk end this. Aku dah tak tahan diperlakukan macamni. Aku takde tempat bergantung.

Apa yang perlu aku buat? Adakah aku perlu maafkan dan bagi peluang yang keseribu kalinya?

The end.

– Yanti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit