Tak Perlu Kecewa

Confession ini adalah dari akak yang pernah mengalami apa yang Mawar Hitam rasakan.

Hi Mawar Hitam, (https://iiumc.com/wujudkah-lagi-orang-yang-tak-pandang-rupa/).

Wujudkah lagi lelaki yang tidak memandang rupa?

Jawapan akak, memang tidak wujud dah. Lumrah manusia, memang sukakan kecantikan dan kekacakan. Walaupun agama kita menggalakkan memilih agama dahulu.

Izinkan akak bercerita mengenai akak dahulu. Akak dah berkahwin, dah anak dua Alhamdulillah. Akak berkahwin lewat, umur dah 37 baru nak kahwin.

Itulah, dulu mengutuk Ramlah Ram umur 35 baru nak kahwin, ha, sekarang kena kat diri sendiri baru padan muka! Haha.

Akak memang tak cantik, badan sangat kurus, kalau lelaki dorang akan cakap akak ni tak bergetah, macam papan.

Episod-episod sedih dalam hidup akak, walaupun dorang tak cakap depan-depan. Rupa pun tak berapa cantik. Hidung penyek, kulit putih pun tak, kelabu-kelabu asap gitu.

Episod-episod seperti aku minat dia, dia tak minat aku sebab aku tak cantik, dia minat perempuan yang lebih cantik, jeles dengan perempuan cantik, semua tu akak dah lalui.

Tak dinafikan, hidup tu bila bab lelaki memang rasa sedih je. Sedih, bila kita minat lelaki tu, aleh-aleh dia minat orang lain, yang kita rasa eh tak adalah cantik sangat. Entahlah apa yang tak kena, sedih sangat. Menangis itu biasa.

Kepada Mawar Hitam dan mereka yang rasa mereka senasib dengannya, akak nak katakan, jangan risau, Allah ada. Allah sentiasa ada dik.

Setiap orang ada je jodohnya, cuma orang-orang macam kita ni, kena berusaha lebih. Kena sentiasa usaha. Kena sentiasa ingat Allah.

Dugaan tu sentiasa ada.

Macam akak ni, walaupun akak dah berkahwin, datang lagi dugaan, rupa-rupanya selama ni hati suami akak masih ada lagi pada bekas isterinya.

Haih, tak habis-habis lagi pasal masalah perasaan ni, ingatkan bila dah kahwin tak adalah nak lalui lagi episod eh dia ni, suka aku ke tak, dia ni, minat kat aku lagi tak, rupanya Allah uji akak lagi.

Lepas beberapa tahun kahwin, barulah akak tahu yang suami akak ni pernah gila talak nak berbaik balik dengan bekas isterinya. Sampai sekarang masih lagi melayan gedik bekas isterinya.

Bekas isterinya lagi cantik ke? Entahlah, nak kata cantik sangat tu tidaklah, tapi jenis suka bermekap bergaya, tak macam akak,

Akak memang tidak suka bermekap, bergaya pun bergaya biasa sahaja, nak kata terlalu buruk pun tidak, tapi tidaklah bergaya sehebat bekas isterinya.

Akak terduduk lagi. Termenung panjang akak. Dalam hati, tak apalah, Allah nak duga akak lagi. Pedih, memang pedih. Tak sangka akan mengadap benda-benda macam ni lagi.

Apapun, akak perlu bangkit. Akak perlu cari balik diri akak yang dulu. Akak perlu sayangi diri akak balik setelah bertahun dambakan diri untuk suami dan anak-anak.

Of course, hati ini sangat pedih. Tapi itulah dugaan, yang Allah bagi. Allah tahu kita boleh hadapinya, sebab tu Allah bagi ujian ni.

Untuk Mawar Hitam, apa2 pun, love yourself, tidak kiralah sebelum berkahwin mahupun lepas dah berkahwin nanti.

Rupa itu memang penting, tak berapa cantik tak apa, tapi sentiasa kemas dan sentiasa tonjolkan personaliti anda yang cantik tu, InsyaAllah akak percaya, pasti ada yang terpikat.

Kekemasan tu penting, biar tak berapa ada rupa, tapi kekemasan itu ada, the first impression. Itulah akak yang dulu. Tak dinafikan memang ada yang terpikat, cuma itulah, jodoh akak dengan suami akak.

Namun itulah, dugaan masih lagi melanda, dugaan-dugaan dalam hidup, memang tak akan pernah berhenti, tak apalah, tanda Allah sayang pada kita.

Akak doakan Mawar Hitam dan yang lainnya, harap tak adalah dapat dugaan yang macam akak ni.

Perasaan yang mana, eh, wujud lagikah lelaki yang tidak memandang rupa. Memang tak wujud dik, jadi kita kena sentiasa bersedia, walaupun rupa kita tak berapa cantik, kita ada personaliti yang cantik.

Doakan akak juga, dapat menempuh dugaan ini. Dan janganlah pula rasa takut untuk berkahwin. Salah akak juga ni, personaliti akak hilang selepas berkahwin, and now i miss the old me, the happy me, the brilliant me.

Dugaan selepas berkahwin setiap orang berlainan, jangan risau, selepas berkahwin, pasti akan ada dugaan, cuma kuat ke tidak kita nak menghadapi dugaan tu.

Please janganlah pula rasa takut nak berkahwin, cuma sentiasa berdoa supaya diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan tu.

Akak doakan kepada semua yang masih mencari, yang rasa tak ada rupa sangat tu, yup, bak orang selalu kata, love yourself,

Cuma tambahan lagi dari akak, even after you’ve been a wife. This life is too long, to not having you, as you.

– Mawar Kelabu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit