Aku Salah Cakap Ke?

Assalamualaikum. First of all, aku kenalkan diri aku. Nama aku Ketupat Palas (sebab aku tak dapat lagi rasa raya tahun ni). Belum berkahwin. Baru putus cinta sebenarnya. So aku nak cerita kenapa aku putus cinta sebenarnya.

Ex aku muda setahun dari aku. Aku namakan dia Lemang. Sepanjang kitorang berkawan and berkenalan, kitorang baik baik je. Bergaduh pun kejap je pastu baik.

Tapi dari awal kitorang berkawan sampailah putus baru baru ni, kitorang bergaduh isu yang sama. Topik yang sama; Lemang ni nak duduk rumah family dia lepas kahwin.

Before ni kitorang pernah putus dalam dua ke tiga bulan macam tu sebab isu yang sama jugak. Tapi dia cari aku balik. Sebab dia kata dia faham kenapa aku taknak duduk serumah dengan family dia. So dia setuju kitorang duduk asing.

Tapi when everything was right, isu ni timbul balik and kitorang bergaduh and putus. Kali ni, aku tekad, aku takkan balik dah kat dia. Sebab aku penat untuk bergaduh benda yang sama.

Sebelum tu, aku cerita dulu alasan dia. Dia nak duduk serumah sebab nak jaga Mak dia. Fyi, mak dia sihat je for now. Masih boleh uruskan diri sendiri, plus abang dia duduk dekat je dengan rumah Mak dia and adik adik dia still ada dalam rumah tu.

So aku explain dekat dia. Kalau betul sebab nak jaga Mak dia, aku boleh beralah untuk duduk dekat kg dia. Sebelah rumah ke, kg sebelah ke, I don’t care asalkan bukan rumah family dia. Aku siap listkan kenapa aku taknak duduk serumah dengan family dia.

Fyi, aku dibesarkan dalam persekitaran yang cerai berai, berebut harta dan macam macam lagi isu keluarga hasil duduk serumah dengan mertua. Aku jujur terus terang kat dia. Aku siap bagitahu, banyak buruk dari baik duduk serumah satu family macam ni.

Islam sendiri ajar kita duduk berasingan. Lagipun, aku sendiri yang nampak semua benda tu jadi dari aku kecil. Tambahan kes kes sekeliling dan jugak yang aku baca kat iium confession ni. Hehe.

Tapi dia tetap dengan pendirian dia. Dia nak duduk rumah tu sebab nak jaga Mak dia. Aku jadi geram. Aku nak tanya pembaca semua. Logik ke alasan dia ni? Sebab aku tak faham, sampailah sekarang.

Kalau Mak dia sakit teruk ataupun memang memerlukan penjagaan rapi, yes aku boleh faham. Tapi Mak dia okay je sekarang ni. Adik beradik dia pun ada je kat situ. So apa masalah dia ni? Memang aku yang problem ke dalam hal ni?

Lepas putus tu dia ada cari aku balik. Macam nak berbaik camtu. Tapi aku pulak spesis malas nak berbasi basi. Sebab bagi aku, buat apa aku berbaik dengan dia selagi isu utama kitorang gaduh ni tak settle settle kan? Sebab kahwin tu bukan sehari dua.

And guess what? Kitorang tetap bergaduh isu yang sama. Aku siap mintak dia tanya mak dia pasal lepas kahwin duduk serumah macam ni. Sebab aku yakin Mak dia faham je. Tapi, Dia taknak. Pelik kan? Hahaha.

Aku punya lah sayang kat dia, aku explain panjang lebar. Aku siap mengalah lagi. Kalau dah kahwin 5-10 tahun, nak ajak duduk dengan family dia aku okay la kot sebab dah rapat and dah kenal.

Lagipun aku dah biasa hidup sendiri, independent. Lepas kahwin terus kena duduk dengan family dia ni tak fair untuk diri aku. Lagilah, trauma yang aku nampak dari aku kecik dulu.

Aku ada salah cakap ke kat sini? 

Sebab at last dia decide terus nak buang aku dari hidup dia sebab dia kata aku tuduh family dia jahat. Sebab tu aku taknak duduk dengan family dia.

Speechless terus aku ni ha. Part mana yang aku tuduh family dia jahat? Aku penat pikir weh. At the same time, aku rasa serba salah. Rasa berdosa. Sebab apa yang aku cakap semua tu mmg ibarat aku cakap family dia jahat ke?

Sebab itu lah aku confess kat sini. Sebab aku nak tahu. Aku salah cakap ke?

Aku masih sayang dia. Tapi aku rela tak berbaik dengan dia semua kalau dia tetap nak duduk serumah dengan family dia sebab aku tetap dengan pendirian aku; pasangan berkahwin perlu duduk asing dari family.

Aku cuma nak tahu, memang apa yang aku cakap semua tu ibarat aku cakap family dia jahat ke? Sebab aku mmg rasa berdosa betul sekarang ni.

Sekian,

Kalau sesiapa ada buat open house menu Ketupat Palas, ajak lah aku.

Selamat Hari Raya.

– Ketupat Palas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. mungkin dia bukan yang terbaik untuk mu saudari..
    semoga dijodohkan dengan org yang tepat pada masa yang tepat..
    amin ya rabbal alamin

  2. Salam sis,

    Sebab sis tanya saya jawab, yer salah sis, 100% salah sis, yang pertama sis letak sayang sis pada orang yang salah, 10x putus 10x dia comeback sis terima alasan sebab sayang, nih bahaya, dia umpama sis siram bunga yang dah layu, dah kering, tak hidup kemudian sis pelik kenapa bunga tuh tak subur subur, sis buang logik sis sejauh mata memandang, yang wujud cuma angan angan mat jenin. Jelas partner sis tak tak sekapal dengan sis, kalau sekapal pun dia cuba korek kapal bagi karam. Banyak lelaki diluar yang semisi dan visi dengan sis, sebab sayang sis buang terlalu banyak masa dan tenaga dengan ex yang cuba control sis. Its happen because you allow it.

    Kedua sis guna hujah childhood trauma kacau bilau bila menantu duduk serumah, nampak dari kecil lagi, baca banyak confession kat sini pasal menantu vs mentua vs ipar. Nih hujah lapuk, sis patut bagitau hujah kukuh bahawasanya dalam islam tak elok menantu duduk dengan mertua dan ipar, Rasulullah SAW larang, dalam hadith jelas pekara nih, benda perlu elak, bila bijak pandai berpesan depan jalan ada benda kotor, janganlah sombong terus jalan, bila terpijak kotor, akan diketawakan orang, kotoran boleh dibersihkan tapi moment pahit tuh akan diingati sampai bila bila. Bila orang asyik repeat, akan menganggu minda, jadi stress dan malu.

    Saya cadangkan cut contact terus lah dengan dia, dia datang cuma bawa masalah, datang cuma untuk sis repeat childhood trauma sis, tak ada rasa hormat pada sis, dia lihat sis sebagai penurut bukan sebagai bakal isteri yang dia nak hidup sampai ke tua bersama. Tak ada yang darurat untuk dia suruh sis stay rumah dia, celah mana yang darurat pun tak tahu.

    Wujud lelaki macam nih yer, punya sifat controlling yang sangat kuat, dia tahu kalau dia sorang dia akan gagal control sis, sebab sis bukan jenis penurut, jadi dia bawa team dia sekali. Duduk rumah sekali. Dia ada team untuk control sis seorang, kemudian dia akan jauh kan sis dari family and friend to gain full control over you. Tak semua lelaki kahwin kerana Allah SWT, kerana agama, ada juga lelaki kahwin kerana ego, kerana nak penuhi kehendak negatif yang dia tak punya masa dia kecik kecik dulu. Sesetengah lelaki anggap pasangan macam pesaing dan musuh, tak boleh lebih tinggi dari dia, bijak dari dia, berduit dari dia, kalau sis masih sayang dan allow dia masuk dalam circle sis, memang salah sis 100%, kehadiran dia buat lelaki baik menjauh dari sis, he spread his negatives energy toward you, make you confused and thinks you’re negative person, make you low as low as him, so he can play you more and more. Game is game, its not Love.

    Tutup salam.

  3. “tak boleh lagi tinggi, lagi bijak, lagi berduit dari dia”… Yg ni, wanita digalakkan mencari lelaki yang sekufu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *