Dia Luar Biasa

Assalamualaikum semua warga IIUM Confession, aku nak cerita tentang apa yang aku lalui pada tahun lepas 2023 semasa aku jaga arwah ayah aku di hospital.

Ingat nak rahsiakan tapi nak juga jadikan pengajaran dekat diri aku sebagai wanita dan kepada wanita dekat luar sana supaya lebih berhati-hati.

Aku sendiri pun masih bujang lagi, dan aku sendiri tak tahu apa yang sebenar-benarnya yang terjadi. Nak cerita pun tak pandai sangat.

Aku namakan diri aku Luna (bukan nama sebenar).

Ceritanya bermula pada hujung tahun lepas. Aku hantar arwah ayah aku sakit semput dekat hospital untuk terima rawatan. Dan ayah aku pun kena warded dan akulah satu satu anaknya yang ada untuk menjaganya.

Aku ni kaki rayap juga sebab aku pandai drive kereta sendiri nak kemana pun kan. Nak beli makan ke lagi pula rumah kakak aku pun tak jauh juga dari hospital tu memang ada dalam kawasan bandar.

So arwah ayah aku ni dia faham sangat sebab ward lelaki kan, tak aku adelah doctor atau nurse yang perempuan. Aku ni pemalu laaaa juga dikelilingi lelaki.

Jaga ayah aku ni malam jer siang aku tidur kat rumah kakak aku. Kakak aku akan jaga ayah aku waktu siang jer malam ganti shift dengan aku.

Hari pertama hari kedua ayah aku stay dekat hospital okey je macam biasa. Sebab arwah ayah aku ni bergantung dengan mesin oxygen yang cucuk dekat hidung tu. Dan jantung dia lemah juga sebenarnya.

So malam ke berapa tu aku datang hospital lewat sikit nak jaga ayah aku sebab ada kejadian mengejutkan berlaku.

Aku kena marahlah dengan kakak aku sebab diakan dah bersuami so aku kena fahamlah dekat situ tapi aku pun ada sebab juga sebenarnya cuma aku tak cakap jer. Malas nanti jadi gaduh. Dekat hospital pulak.

Dah salah aku memang kena mengaku jela. Biasalah ada lah hal nak digaduhkan nanti. Walaupun bukan sebab ayah aku, adalah salah yang dia nak cari nanti lagi. Makin keruhkan keadaan.

Haritu aku ada je datang awal dekat hospital, punca ni la disebabkan aku datang lambat. Aku tahu je kakak aku masih jaga ayah aku tapi aku sengaja tak masuk ward lagi dan dia fikir aku belum sampai.

Masa tu aku ada dekat ruangan menunggu ward kecemasan. Saja je la lepak sampai kakak aku betul betul puas jaga.

Tiba-tiba aku ni kena panggil dengan nurse tu masa aku duduk tu. Aku pun blur blur pergi jela masuk tengok sebab nurse tu cakap doctor panggil. Huh??? Pelik pelik juga. Ikut ikut juga.

Masuk masuk doctor tu cakap “baby dah Selamat dilahirkan. Baby boy. Bolehlah panggil bapa dia untuk azankan”. Lepastu aku dengar dari nurse tu cakap kat doctor tu, budak lelaki tu tak nak mengaku tu “anak” dia dan perempuan tu dah diceraikan.

Terkejut aku. Memang betul betul aku dengar. Jelas dan nyata. Doctor pulak ingatkan aku ni adik atau kakak pada yang bersalin tu. Semua terkedu terdiam dekat situ.

Aku pergilah dekat budak perempuan yang bersalin tu. Aku mintak izin dia untuk ayah aku azankan. Dia bagi je. Mungkin dia dah tak tahu nak buat apa. Penat pun penat.. Aku minta izin untuk bawak ayah aku ke ward dia. Dia sanggup jer.

Aku excited, excited juga walaupun tak kenal tapi boleh rapat macam tu sekali. Ayah aku pun semput semput dia, dia azankan juga. Happy sambut kedatangan orang baru walaupun bukan cucu dia. Tapi dia sayang sangat budak tu.

Dekat ward bila ayah aku tidur, aku pergi lah tengok baby, doctor pun tak larang apa-apa pun sebab dia cakap aku bagi vibe positive dekat budak tu.

Aku belikan makanan bubur marry brown ape semua sampailah dia keluar ward dengan baby tu. Kiteorang namakan dia Muhammad Affan.

Baru ni Affan datang beraya dekat rumah aku. Dah 4 bulan dah usia Affan. Handsome sangat. Adik beradik aku pulak jenis suka budak kecik. Penyeri dalam rumah kami.

Arwah ayah aku pun dah pergi menghadap Illahi. Affan lahir awal bulan 12, ayah aku pergi hujung bulan 12.. boleh dikatakan penganti.

Aku pun dah cakap kat Ibu Affan. Kalau ada masalah datang jer dekat rumah aku ni. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk korang. Mak aku ni jenis orang datang terus jadi sedara. Hehehe. So tak jadi masalah.

Itulah cerita ringkas dari aku. Aku pun dah berubah dek kerana cinta Affan ni. Bukan kaki rayap lagi tapi kaki taman.. Budak luar biasa bijak pulak tu.

Ibu Affan adalah cakap dekat aku, kesilapan dia yang lepas dah jadi pengajaran dan pengalaman terhebat dalam hidup untuk tidak mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki. Dia pun dah berubah hidup dia jadi lebih baik selepas kena buang dari keluarga.

Disebabkan kahwin paksa tak de rasa cinta dia jadi mangsa. Ini bukan drama pukul 7 tapi ni la realiti yang ibu affan kena hadapi.

Bapa pulak, tak nak mengaku anak satu hal, hilang kemana entah satu hal. Semuanya derita dia kena tanggung dalam usia yang masih muda.

Dalam orang lain berusaha mengejar cita cita dan kerjaya, dia hadap derita duka luka dek kerana keluarga penting kan diri. Kalau dia ada kerja penting kat luar je sampai tak balik, dia minta aku jagakan Affan.

Dia pun cakap dah tak de orang lain dah yang dia perlu percaya selain family aku. Dan dia bersyukur sangat jumpa orang baik-baik katanya.

– Luna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

    • I think point penceritaan dia nak cerita is just kehilangan arwah ayah anon ni digantikan dengan kehadiran Affan sebagai penyeri baru family dia. Anon yang dulu kaki rayau dah jadi lagi baik dan tak merayau selalu dah sebab kehadiran Affan ni. Ibu Affan pon ada tempat bergantung yang baru dan share past experience dia supaya anon boleh ambik kisah dia as pengajaran. thats basically it.

  1. Terima kasih cik jd orang baik.. kadang kala manusia jd putus asa sebab orang yg diharapkan untuk ada ketika memerlukan x boleh diharapkan sebenarnya.. mungkin cik dan keluarga adalah jawapan doa wanita itu dan anaknya.. teruskan jd orang baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *