Aku sedih

aku harap admin approve aku punya luahan supaya aku dapat kata2 semangat yang tak pernah aku dapat dari kawan2 sekeliling aku..

Aku takut sangat. aku berasal dari keluarga yang bermasalah. mak aku hanya kerja kilang. ayah aku.. tak payah cakaplah.. aku benci dia sebenarnya.. ayah aku seorang penagih.. masa kecil aku bukan macam orang lain. time kecik.. hampur setiap hari mak aku kena pukul sebab mak x bagi duit kat orang tu.. masa gaduh mak akan kunci kami adik beradik dalam bilik..bila habis gaduh dan orang tu dah dapat apa yg dia nak.. muka mak selalu lembam.. aku kesian dengan mak.. ada satu hari tu.. mungkin masa orang tu tak gian lagi.. dia bawak ayam mentah bagi mak. aku masak.. bukan beli pun.. curi.. sebab dia kerja kat tempat ayam.. bila time mak nak masak.. dia minta duit.. tapi masa tu manada mak. ada duit.. bila megamuk dia buang ayam tu kat sampah..lepas dia keluar.. mak kutip balik.. sebab apa.. sebab nak bagi kami adik beradik makan..
dulu masa aku kecik.. makanan yang biasa aku makan.. nasi putih dengan minyak goreng ikan..

Now aku paling benci bila ingat balik kisah kisah dulu.. orang tu masih hidup.. bila time cuti sem aku akan balik rumah tapi hampir 5 tahun aku tak pernah cakap dengam dia walau tinggal satu rumah.. cuti aku hanya dalam bilik je.. sebab dia juga aku benci nak balik rumah tapi bila teringat mak.. aku paksa hati aku balik.. itu salah satu sebab aku tak. suka balik rumah.. aku rasa mungkin disebab orang tu.. aku jadi takut nak bercakap dengan laki.. tu masalah yanhmg paling ketara bagi aku.. bila bercakap je.. aku akan jadi blank.. berpeluh malah hati aku rasa memyampah dengan lelaki.. aku tak benci.. cuma tak selesa.

kedua sebab aku benci bali. rumah sebab keadaan. rumah aku rumah aku sangat2 kecik.. bilik ada satu je.. tu pun kecik sangat.. satu bilik 4 orang duduk kalau. kakak aku balik.. ruang depan pun muat utk 3 orang je.. aku rimas.. yang paling sedih.. satu keluarga aku tak solat..

aku bila kat kolej.. aku solat malah aku bertudung labuh.. tapi bila balik rumah aku jadi seperti dulu kala.. aku nak. solat tapi susah sebab bila aku nak solat keluarga aku macam tak selasa malah yang paling susah tak. ada tempat nak. solat.. ruang depan adik n orang tu tido.. bilik mak n adik. aku tido. aku tahu itu bukan. alasan tapi orang yang tak. berada dalam situasi aku tak akan paham.. aku pernah solat dalam bilik. air… Aku sedih.

setiap hari aku harap mak n adik adik. aku. solat.. sebab tu aku malas nak balik rumah.. aku nak. berubah sesangat tapi susah… aku bukanlah seorang yang suka tegur orang lain.. aku tak pandai.. sampai satu masa aku berdoa pada Allah supaya Allah cepatkan jodoh aku supaya aku boleh mulakan hidup baru tapi bila fikir balik ada ke lelaki akan terima keluarga aku.. ada ke lelaki. akan terima aku.. aku bukan lawa.. malah tak ada siapa yang akan pandang aku.. jerawat penuh.. gemuk.. aku sedih dengan nasib aku…

aku rasa aku hanya boleh depand pada diri aku je.. aku hanya layak berjalan kat dunia seseorang sahaja.. aku asyik menangis bila terfikr nasib aku ni.. aku jeles bila kawan kawan. aku cerita pasal family mereka.. korang patut bersyukur tak berada kat tempat aku..

Aku teringin nak ada family yang betul2 boleh dikatakan family.. nak rasa home sweet home… aku tak rapat dengan adik beradik aku.. mungkin sebab masing2 pemendam.. aku tak. pernah mesej sweet dgn mak aku atau adik2 aku.. whatsap family pun aku jarang masuk.. Aku sedih..
apa yang harus aku buat..?

– insan sedih

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *