Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part III, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part IV, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part V, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part VI, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part VII, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part VIII, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part IX, (https://iiumc.com/aku-
Untuk part X, (https://iiumc.com/aku-seorang-planter-x/).
Assalamualaikum. Hai geng. J is back. Amacam life? Korang jaga diri elok-elok. Aku nak jenguk kejap je ni. Saja buang masa sementara Restricted Movement Order ni effective. Saja nak share kehidupan seharian kami as planters bilamana RMO ni effective sebab Covid 19 ni.
Pada mulanya industri perladangan di suruh tutup sebab difikirkan bukanlah dari kalangan industri yang essential. Macam selalu aku cerita kat korang pasal industri yang dipandang sebagai anak tiri ni.
Eventhough kami antara penyumbang terbesar kepada KDNK negara kita tercinta ni, kami selalu ditinggalkan dalam hal-hal yang sebegini. Lepas rayuan dan mesyuarat bersama kerajaan, barulah kami dibenarkan beroperasi dengan strict guideline yang ditetapkan kerajaan baru kita.
Bagi aku, semua planters di dunia adalah “Unprecedented Frontliner” yang namanya tak mungkin didendangkan. Termasuk juga para nelayan dan petani.
Dalam Aku Seorang Planter IX, aku ada sebut pasal food security. Aku rasa korang dah boleh nampak dah betapa pentingnya isu food security ni.
Mungkin keadaan sekarang tak severe lagi. Korang mungkin masih boleh bancuh Dalgano Coffee. Kalau berlanjutan RMO ni ke tempoh yang lebih panjang, kita mungkin akan mula terasa impak dia. Roti Gardenia habis pun masing-masing sudah mula menggelabah. Tenang.
Masalah utama Food Security ni adalah kepopularan monoculture pertanian. Bagi aku model pertanian terbaik adalah polyculture pertanian. Harap-harap kerajaan dapat ambil ibrah dari Covid-19 ni. Aku tak minat nak sentuh politik ni.
Aku pernah duduk dalam Unit Propaganda dan Gerak Saraf untuk satu parti ni. Aku tau macamana ahli politik berfikir. Kalau benda tu datangkan kebaikan pada rakyat tapi tidak pada parti atau diri dia sendiri, sampai kiamat la mereput idea-idea tu. So aku tinggalkan dunia politik yang tak baik untuk minda positif aku ni. Hahaha.
Baik, aku cuma harap kerajaan dapatla wujudkan polyculture agriculture disetiap daerah. Make sure benda ni dari rakyat untuk rakyat. Ini tidak, asal sayur je, nama Cameron dan Kundasang tak lari dari bibir. Come on guys, kalau kerajaan taknak ubah, kita ubah diri kita. Kita buat Green Book or Green Acre kita sendiri.
Baik, habis membebel. Aku nak cerita tentang lockdown di estet-estet. Aku cerita tentang estet aku je la. Sebab lain company lain polisi. Untuk sekarang, kawasan aku baru saja di perintahkan untuk total lockdown oleh Plantation Controller kami.
Jadi Polis Bantuan akan berkawal di setiap gate 24 jam tanpa gagal. Sebarang trafik keluar atau masuk adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat arahan dari pihak pengurusan. Personel yang baru balik dari cuti akan dikuarantin didalam rumah selama seminggu dan Medical Assistant akan pantau sebarang simptom Covid-19 ni.
Pekerja masih boleh bekerja seperti biasa cuma mereka di larang keluar dan mengadakan physical contact dengan orang luar. Even segala supplier barang tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang. Sebarang barang yang diorder atau sampai, kami akan pickup di gate.
Lori sawit atau tanker yang masuk, akan dinyahkuman oleh team yang di establish khas untuk membendung Covid-19. Bos aku suruh aku stay di office bagi nak kurangkan komunikasi dengan pekerja, tapi bangsa yang tak boleh duduk diam ni mana la reti duduk saja di office.
Time ni la aku guna untuk explore sungai-sungai yang ada dalam estet aku. 2 hari lepas aku jumpa port baik untuk mandi dengan berkelah. Kalau stock ikan sampai Jumaat nanti, kompom aku ajak staff aku bakar-bakar ikan hujung minggu ni. Haha.
Bagi aku prevention yang estet-estet ni buat boleh di praktiskan di tempat tinggal korang yang masih selamat. Adakan total lockdown dan coordinate dengan local authority. Jadi mata dan kepala kepada authority untuk laporkan sebarang social assembly termasuk melepak.
Macam manager aku pernah pesan, kita ada 2 mata dan 1 mulut. Kalau kita dapat ambil hati pekerja kita katakan 50 orang, kita sudah ada 100 mata dan 50 mulut. Lagi luas pandangan dan capaian kita. Ini yang perlu. Korang yang duduk luar kawasan yang tak ada kuarantin macam ni, jangan ngengade nak berjalan-jalan lak.
Kalau aku jadi PM, confirm aku pakai Draconian law punya. Lantak la yang degil-degil tu makan cota. Jangan sebab sekor dua yang bebal, semua terpalit dengan Covid-19 ni.
Korang pun kena pantau juga ahli keluarga korang yang kerap keluar melepak musim RMO ni. Dia keluar merayap je, korang kunci pintu suruh tidor luar. Kerajaan dah buat bahagian dia, sekarang korang sebagai rakyat, kena mainkan peranan korang. Come on gais. Kita boleh cegah penyebaran Covid-19 ni.
Lagi satu isu yang buat aku haru adalah fake news. Korang jangan la percaya apa-apa fake news atau khabar angin tak tentu arah ni. Aku yakin di kalangan readers cerita aku ni orang-orang beriman. Kalau beriman, tolong juga beriman dengan salah satu ayat dalam Al-Quran ni,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.
Time ni la korang nak tau siapa yang fasiq dikalangan kita.
Di dalam estet kami agak beruntung kerana Polisi Green Book kami amat membantu di waktu macam ni. Cuma barangan dapur yang tak boleh ditanam baru kami kena beli.
Setiap 3 hari akan ada driver yang telah di arahkan untuk beli barang dapur dalam skala besar bagi elakkan pekerja kami keluar ke kedai. Kami juga dah stop sebarang social assembly termasuk upacara keagamaan dan sukan.
Kami sentiasa update dengan pekerja kami terutamanya yang mempunyai sejarah sakit atau ibu mengandung. Kami juga liase dengan Klinik Kesihatan untuk minta dorang datang check ibu-ibu mengandung dalam estet kami bagi mengelakkan masalah pekerja keluar masuk ke klinik-klinik.
Task force Covid-19 juga ditubuhkan dengan koordinasi dari semua pihak. Semua worse case scenario diambil kira termasuk menyediakan pusat kuarantin sementara sebelum pekerja yang disyaki terkena jangkitan di hantar ke hospital.
PPE disediakan untuk pekerja dan semua pintu masuk disediakan alat sanitasi dan dikawal oleh Polis Bantuan. Kalau korang nak tau, untuk masuk ke estet kami, bacaan suhu badan di ambil. Sekiranya tinggi, personel berkenaan perlu pergi mendapatkan saringan di klinik kesihatan.
Aku tau keadaan sekarang agak mencabar. Mulakan catuan makanan. Aku yakin tempoh ni akan dilanjutkan lagi. Kesalahan ni korang boleh letak atas kepala manusia-manusia degil yang tak faham apa tu RMO.
Aku agak bersyukur bila dengar kerajaan kerahkan tentera untuk bantu. Kami sebagai rakyat yang taat, bagi kuasa penuh pada tentera untuk tibai depa-depa hat ketegaq biji tu. Kekadang aku geram dan tak faham. Kenapa degil sangat depa-depa ni.
Keep safe guys. Jaga diri. Amalkan sanitasi. Pastikan patuh arahan kerajaan. Dapatkan info dari sumber-sumber yang dipercayai. Aku tau ada segelintir yang rasa ini Iluminati punya propaganda, tapi aku nak korang jugak tau, “Mereka merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.”.
Korang kena ingat, rancangan manusia itu usaha, rancangan Allah itu takdir. Jika takdir kita begini, jangan putus asa. Allah uji kita. Belajar bersyukur, kalau benda kecik pun hang tak mampu bersyukur, benda besaq toksah cakapla.
Allah bagi kita masa untuk refleks balik diri kita. Guna masa ni untuk ganti balik solat-solat yang kita tinggai. Solat itu hutang. Apa yang kau tertinggal atau alpa dulu, kau ganti balik sekarang setiap waktu.
Kepada ketua keluarga luar sana. Come guys, stay strong. Ambil ibrah cerita Eminem dengan anak dia Hailie. Do what ever you need to do. Asalkan setiap hari ada makanan di atas meja untuk keluarga. Stay put, stay strong. Keep calm and doa.
Okay guys. Aku nak sambung hibernasi aku. Jumpa lagi bila dunia dah selamat. See you. Babai.
– John Johny Johnathan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit