Aku tak kuat. Aku tak tahu berapa lama lagi boleh tahan dengan ujianMu. NEVER GIVE UP!!

Aku orang susah. Aku berasal dari kampung, yg dikelilingi hutan tebal. Aku dari kecil dah dibiasakan hidup berdikari, makan tak memilih, dan dah biasa hidup kekurangan. Dulu, aku makan ubi kayu rebus, ubi kayu goreng, dan nasi tak berlauk. Kadang2 ada lauk, tapi sikit sgt.

Oleh kerana kami susah, mak dan ayah aku kerja secara workaholic. Oleh kerana mereka workaholic, hubungan mereka dengan anak2 amat lah renggang. Bila dah renggang, tambahan dengan kesilapan mereka mendidik kami ttg agama, yakni ttg solat, baca Qur'an khasnya. Apabila Solat dan Qur'an dilupakan, terjadilah sgala masalah kami.

Mereka tetap menyekolahkan kami di sekolah kampung. Bilangan pelajar dari darjah satu hingga enam kira2 seratus lebih orang tiap2 tahun. Aku dahulunya tak pernah lulus Bahasa Inggeris, Sains dan apatah lagi Matematik. Aku tek pernah terfikir utk sambung belajar di Universiti.

Alhamdulillah, happy sungguh perasaan aku bila aku ditawarkan utk sambung belajar di UIA. Masuknya aku di UIA, aku ditawarkan masuk Palapes. Sebenarnya aku apply Palapes sebab dah taknak balik rumah.

Memori pahit zaman kecilku begitu banyak. Ayah aku seorang yang panas baran. Beliau sudah biasa guna kekerasan pada kami. Bayangkan beliau 'hell' kami sampai ada yg pengsan. Akan tetapi aku yg diuji lebih oleh beliau. Aku biasa ditinggalkan berseorangan di rumah dan jauh dari rumah, dari aku kecik sampai sekarang. Aku dibiasakan utk menunggu beliau sampai 6 jam lamanya. Macam2 lagi memori pahit. Dan memori2 ini membuatkan aku benci untuk balik ke rumah.

Tetapi segala happy aku itu makin berkurangan. Baru aku tahu yang mak aku selama ini menghidap barah tahap 3 berbelas tahun lamanya.

Walaupun mak aku workaholic, aku merupakan anak yg paling rapat dengan beliau. Oleh kerana rapat, mak aku byk mengadu pada aku masalah2 yg beliau alami. Aku dan aku seorang sahaja. Mak aku banyak kali berbahasa kiasan yang beliau tak tahan nak hidup, nak mati, dan nak mati.

Aku selama ini tak tahu apakah maksud di sebalik apa yg mak aku kiaskan itu. Aku yg kiranya seorang yang mals nak balik rumah, terpaksa turunkan ego aku utk balik ke rumah utk membahagiakan mak aku. Tambah2 lagi umur mak aku yg dah lebih setengah abad, dan dia penghidap barah, dan aku yg paling rapat dengannya.

Akibat daripada aku balik selalu, aku dibenci oleh kawan2. Mereka katakan aku tak komitmen dngan palapes dan belajar. Aku hidup dengan byk tohmahan dan kutukan drpd byk pihak. Hinggakan final exam sem 2 lepas, aku diuji mak aku tak sihat time tu. Segala yg dipelajariku hilang begitu sahaja. Akibatnya aku dimarahi oleh pensyarahku, kerana tinggalkan byk kosang di paper exam aku. Fikiranku melayang, dok teringat kat mak.

Aku tak ambil short sem sesi lepas. Memandangkan Ramadan kalini Ramadan kalini paling bermakna buatku. Aku dapat dan nampak hidayah dari Allah. First time aku rasa tenang dalam hidup ini.

Dalam keadaan tenang ni lah aku duji olehNya. Aku diuji dgn cara dapat tahu masalah keluarga aku sikit demi sikit. Kini, segala yg sikit demi sikit tu dah menjadi satu. Aku sebelum ni (dgn keadaan iman yg masih lemah) tertanya kepadaNya, kenapa aku perlu tahu in detailed masalah keluarga aku dan org lain. Kini, baru aku nampak kenapa. Dan bila dah nampak kenapa, aku perlu buat sesuatu untuk atasi masalah2 tersebut.

Kini, baru aku tahu kenapa mak aku tak habis habis berbahasa kiasan yg beliau nak mati nak mati. Rupa2 nya Mak aku dipaksa bekerja hampir 30 tahun tanpa gaji oleh ayah. Segala hutang yakni hutang rumah, kereta dan loand smue atas nama mak. Mak aku tak pernah dapat rasa duit hasil titik peluh beliau, kerana kad bank beliau dipegang oleh ayah. Gila ape, hampir 30 tahun bekerja tak bergaji.

Aku skrg dalam proses apply study leave. Hasil bantuan dan pandangan drpd sesi kaunseling dgn kaunselor UIA. Tapi permohonan aku dianggap main2. Aku siap ditanya oleh DDSA kuliah aku, "awak pastikah kalau awak dapat study leave ni, awak dapat jaga mak awak dan masalah boleh selesai?". Soalan jenis ape yg ni? Aku anak lelaki dalam kluarga aku. DDSA kuliah tu pon anak lelaki dalam kluarga dia. Sepatutnya beliau faham lah.

Anak lelaki ni, ada tanggungjawab besar. Tanggungjawab terhadap mak mereka takkan berhenti sampai bila2, mak dan ayah la.. Ayah pon ade port jugak. Andaikata mereka dah beristeri, mereka bertanggungjawab nak jaga isteri, nak sayang isteri. Bile dah beristeri, ade rezeki dapat zuriat pula. Then tanggngjawab jaga anak2 pula. Amanah yg lelaki dapat amat2 lah berat. Wanita pon berat gak, tpi amanah kaum adam dan hawa ni tak sama. Lelaki memimpin, wanita dipimpin dan membantu lelaki memberi keputusan. Lelaki selalunya berfikir secara logik, manakala wanita selalunya berfikir secara emosi. Satu keputusan yg baik adalah keputusan yg logik dan emosi.

Berani aku cakap, wanita akan faham situasi mak aku. Sape yg sanggup tgok org yg dia sayang, dalam konteks aku adalah mak aku, bekerja selama berpuluh tahun tp semua gaji diambil oleh si suami. Gaji yg dulunya sikit, skrg dah byk tp byk2 pon x function sebab gaji xdapat. Ayah aku dah fail bab nafkah ni. Beliau dah salah faham soal nafkah ni. INGAT!! Nafkah lelaki bukan tidur je ngan isteri. Byk lagi nafkah yg perlu diberikan.

Dah aku sebagai anak lelaki, mestilah aku kena buat something utk bantu mak aku drpd terus dianiaya ayah. Sebab tu lah aku apply study leave. Masalahnya aku dah apply berbulan lebih dah, satu jawapan pon x dapat. Apply study leave kat kuliah lain senang je. Kat KAED, punyalah susah. Bak kate org, org kaye apply BRIM pon dapat. EH tetibe.

Wajarkah aku disoal begitu oleh DDSA kuliah? Akibat aku tak dpt2 study leave, aku tak ke kelas. Aku dapat byk warning letter. Ingat aku ni pemalas ke? Ake org susah. Aku pernah dissmissed kat cfs pj dulu sebab aku kerja cari duit, makan kat tong sampah dan macam2 lagi. Kat gombak ni pon aku kene cari duit sendiri. Aku pilih study leave bukan sebab ape, study leave ni berbeza dgn teruskan sem ni dgn drop subjek berat2. Study leave ni, aku perlu bayar sikit je kat finance.

Ni, aku dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Kawan2 aku dah mula benci aku, lecturer pon dah mula benci aku, dan ramai lg benci aku. Aku tak salahkan mereke membenci aku, sebab mereka tak tahu hal sebenar. Org lain takkan faham satu2 situasi itu selagi mana mereka tak mengalami situasi itu. Tapi tak smue org begitu. Kadang2 tak perlu berada kat situasi tu pon org tu boleh faham.

Allah uji aku macam2 lepas aku dapat hidayah ramadan lepas. Aku tahu segala masalah keluarga aku, dari A sampai Z. Segala masalah, punca masalah dan cara selesaikannya. Sekarang aku dah tahu punca sebenar masalah kami. Kisahnya begini, ayah aku dah dipergunakan oleh seorang bomoh tua. Bomoh tua ni dah mati sekarang. Bomoh ni dah letak saka dia kat keluarga kami bagi memecah belahkan kami. Tambahan pula kami ni tak solat dan baca Qur'an apatah lagi. Lagi senanglah utk benda2 kotor ni masuk kat kita. AKu ni dah macam naruto tapi berbeza sikit, ada satu 'burden' dalam diri dan keluarga. Saka yg ditinggalkan bomoh ni dah memberi byk beban kpd kami. Akibatnya kami senang dibenci org. Bukan beci la, ia lebih ke arah org senang menyampah kat kami. Itu yg aku alami dari aku kecil sampai sekarang. Aku pon pelik, knapa kami ni org tak suka sgt. Walaupon kami xde buat salah pon kat diorang. Aku tertanya kat Allah dlm solat istikharahku dan solat hajatku, dan Allah tunjuk kat aku ttg benda saka2 ni. AKu kalini agak pasti yg saka bomoh tua ni mungkin dalang utama, tpi andaikata bukan, aku anggap apa yg aku terima ni ujian drpd ALLAH.

Rupa2nya, Allah nak tunjuk kat aku yg aku kena buat sesuatu dari sekarang. Aku dulunya bukan seorang yg mcamni. AKu tak suka minta tolong org, EGO tinggi. Tapi kalini aku kena mula berubah. Manusia ni perlu ada ego masing2, tapi jgn terlalu ego. Org benci org yg terlalu ego ni. Kalini aku memerlukan bantuan banyak pihak. DAn of course lah bantuan dari Allah. Selama ni aku dok bertawakkal je kat Allah. Tu silap aku, setiap tawakkal harus ditambah dengan usaha dan do'a.

Lelaki ni diciptakan ada ego masing2. Laki2 ni, walaupun ada masalah, dia takkan critakan masalah dia kat org lain. Macamana sekalipon keadaan masalah dia, kalau boleh biar dia sorang je sttlekan masalah tu. Andaikata laki2 tu mula ceritakan masalah dia, maknanya mereka perlukan pertolongan, bukannya cacian dan tohmahan.

Korang bayangkan… Wakpe aku dikira mereka reka cerita oleh setengah pihak. Katenye aku ni dah pengaruh drama melayu dan cam adaptasi novel. Aku akui aku tak minat baca novel, sebab aku jenis pembaca yg lembab. Memang org boleh cakap begitu, dan takkan lah aku mereka reka crita, tapi crita tu memalukan diri aku dan keluarga aku kat org. Aku buka aib aku sendiri. BAik aku reka crita yg naikkan nama aku dan family aku. Biar org respect kat aku.

Memang kisah aku tak sangka boleh buat satu novel. Nak kata punyalah susah nak dapat hidayah Allah ni, lagi2 aku yg berasal dari keluarga yg IslamPadaIC ni. Muslim, tapi tak mengamalkan apa yg diperintahNya. Tpi alhamdulillah kami takde pula berjudi, minum arak dan lain2. Dari situ lah aku kata, kesian kat org2 kafir. Dilahirkan dr keluarga kafir, dan tak didedahkan ttg Islam. Diorang dok maki2 org muslim ni, tapi tak tahu kenapa mereka perlu benci muslim. Sebab apa, kalau ditanya kat mereka apa yg diorang benci sgt muslim ni, jawapanhampir sama. Aku respect kat UIAM, buat subjek RIM ( Religions in Malaysia ) kat cfs dulu. Subjek tu membuka mata aku ttg agama2 lain. Aku bersyukur dilahirkan muslim. Tak perlu penat2 mencari hidayah Islam. Hanya perlu mencari Hidayah Iman. Dr situ lah aku mula follow Ustaz Zakir Naik, dan ustaz2 dan ustazah2 yg lain.

Tapi itulah sebabnya Allah ciptakan otak dan akal kat manusia. Akal ni lah yg membezakan kita drpd makhluk2 Allah yg lain. Setiap bayi yg lahir di dunia ni, tak kira apa agama mak dan ayah mereka adalah muslim, cuma up to their parents yg mendedahkan ttg agama apa yg dianuti. Akan tetapi Allah ciptakan akal fikiran kat manusia supaya kita berfikir, dn berusaha mencari hidayahNya. Kita boleh claim kenapa kita macam ni, bukan macam tu, tpi tu la sebab Allah bg kita akal, supaya kita berfikir, bukan menyalahkan org. Memang kadang2 salah org lain yg membuatkan kita macam ni. tapi kita tak boleh la menyalahkan org lain yg sebabkan kita jadi lagu ni.

Berbalik pada isu keluarga aku. Memang logik akallah utk aku dan siblings aku menyalahkan mak dan ayah aku. Tpi ni lah yg aku nak gtau kat mereka. Jgn menyalahkan org walapun memang antara punca besarnya kita bersalah drpd mereka. Di situlah Allah nak kita belajar memaafkan org lain, dan meminta maaf.

Aku bukan sengaja apply study leave ni. Satu, nak settlekan masalah keluarga. Dua, aku nak ubh diri aku ni. Korang layan anime One Piece tak? Crew Luffy ambil masa 2 tahun kot nak training sebelum masuk New World. Diorang tahu had ability masing2, hebat, tapi masih tak cukup hebat. Aku ambil kos yg byk presentasi. Aku jenis talkative. tp aKu lemah presentasi dan buat slides.. Aku tahu ability aku had mana skrg ni. Sebab tu lah aku apply study leave satu sesi (setahun – yakni 2 semester panjang, semester 1 ni dan semester 2 ni). Aku nak asah bakat aku ni cukup2. Aku bercita2 nak jd CEO syarikat aku. Seorang CEO mesti hebat org nya. DAn mesti confident dan berintegrasi tinggi, pandai presentasi dan pandai meyakinkan org. Tpi aku tahu had aku skrg ni, aku tahu aku boleh pergi had mana je dgn skills yg ada kat aku skrg. Aku berada di platform yg betul yakni palapes. Tp platform sahaja tak cukup, Aku kena ubah diri sendiri. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tak berusah ubah kaum tersebut. Aku apply ni byk hal tersurat dan hal tersirat. Aku byk kena belajar lg dr skrg.

Masalahnya punyalah susah aku nak dapat kebenaran study leave kat KAED, kuliah aku. Pengurusan atas mantap tp org bawah pulak memain. AKu tak cakap pengurusan KAED xbaik, baik je, cuma perlu dipermantapkan.

Aku sanggup jumpa byk org hebat. Prof. Ilyas, Prof. Torla, Tuan Wari, DAto Mizan, Dato Zaleha dan sape2 je kalau ia perlu utk settlekan isu study leave ni. Aku sanggup kerana niat aku betul dah. NAk bantu mak aku yg teraniaya dan nak bantu keluarga. DAn dalam masa yg sama, aku nak bantu diri aku sendiri. Nak jd CEO, tp kualiti ade tak mantap mane. Tp aku taknak le camtu. KAang niat aku dr baik, kepada publisiti pulak.

Panjang lagi kisah aku ni. Memang boleh buat novel la, best selling kot. Hihih. Tapi aku ni bukan seorang penulis yg hebat. Aku dr dulu tak pernah dapat A dalam penulisan. Sbab tu aku masih mencari calon isteri yg pandai menulis. Mane le tahu, kot2 best seller pulak. Dah jumpa dah calon tu, tapi, tulah tergantung di tengah jalan. Tak go go dr dulu lg.

Dari kisah aku ni, mungkin ade yg mengenaliku. Aku kalo boleh taknak bgtahu pon sebab ia mengaibkan aku. Tp aku bgtahu ni sebab aku memrlukan pertolongan, do'a dan aku harap kisah aku yg tak seberapa ni jd pedoman hidup korang. Aku kalo boleh nak jumpa org yg alami situasi yg sama macam aku. AKu nak tanya macam2 kat dia.

Aku tahu ujian yg aku terima ni, tak truk mana pun kalo nak dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW khasnya. Tp baginda tu khatimul anbiyaa', rasul dan kesyangan Allah. Aku ni manusia biasa, baru nak kenali islam, dan aku tak kuat mana pon. Cuma selama ni aku ingatkan apa yg aku alami selama 21 tahun hidup ni, aku ni mangsa keadaan. Rupa2nya mak aku yg aku sayang sgt tu yg mangsa keadaan sebenar. Ya Allah! Tak pernah aku jumpa seorang yg cam mak aku. Mana nak jumpa seorang wanita yg ounyalah sabar dan tabah, dah la penghidap barah berbelas tahun, manakal segala gaji yg diusahakan selam hampir 30 tahun hidup bersama suami, diambil sepenuhnya oleh suami. Kalau aku jumpa perempuan atau wanita yg mcm mak aku definitely aku akan kahwininya dengan sepenuh hati. Tapi kalau tak jumpa sekalipon, yg pandai ambil hati mak aku ni pon aku sanggup nikahi. Selama ni mak aku senyum hanya untuk membahagiakan org sekeliling. Tetapi dalam hatinya sedang menangis. Aku dah taknak dah tgok beliau menangis dah lepas ni.
…….
Sedih memang sedih. Aku taknak emosi sgt2 ni. Aku tak minat nangis2 ni. Tapi aku ni walaupun anak lelaki, aku diajar cara anak perempuan oleh mak aku. Aku dibiasakan utk masak, menjahit, menghidang makanan, mengemas rumah, menyapu sampah, hormati org tua, bercucuk tanam, berkebun dan macam2 lagi. Aku bersyukur dikurniakan hati perempuan dan fikiran perempuan dalam diri lelaki ini. DAn aku bersyukur aku lahir2 seorang lelaki, dimana ada hati lelaki dan fikiran lelaki. Tak sanggup aku jd perempuan, macam2 kena jage, kejap boleh solat kejap tak boleh. Fuhh Seb baik aku lelaki. Rapatnya aku dgn mak aku, aku diajar selok belok hal perempuan, baju apa yg dipakai, sesuai ke tak, cara memujuk perempuan dan cara perempuan berfikir amnya. Alhamdulillah ia menjadi sebahagian dalam hidup aku. Tetapi aku byk lagi kelemahan. Dan sebab tu lah aku nangis, lagi2 bila berkaitan mak aku. Tak sanggup dah aku tgok mak aku sakit dan trus sakit.
……..
Kepada sesiapa yg mengenaliku, aku maafkan korang andaikata ada kesalahan yg korang tak perasan. Tapi andai kata aku pernah buat korang kecil hati, besar hati, bujur hati, dan terguris hati, maafkan aku lah ye.
…………..
Sambil2 ni nangis ni, aku nak promote satu makanan ni ha. Aku menjualnya dan ia akan menjadi sesuatu kegemaran korang. Memandangkan aku org Perak, jenis minat makan asam. Actually bukan org Perak je yg minat makan asam. Saje nak bangge dgn negeri kelahiran. :)
Nanti akan terjualnya Asam AngryBird. RM 1 satu bungkus. Dalam bungkus, dulunya ada 3 biji. Tapi aku mengambil keputusan nak jual 4 biji RM 1. Keunikan rasa Asam AngryBird ni menyebabkan sye berani letak harga ni. Even org yg tak gemar makan asam pon suka makan asam ni. Ianya tak masam seperti asam masin, dan ia tak manis sgt macam gula2. Ia juga terjual dlm pack yg besar. harga satu pack RM 12. Tapi kalo dibeli banyak harga ( lebih dr 3 pack) menjadi RM 10 satu pack. Adilkan? Ahhaaa.. Rasanya tak tergambar dengan kata2. Korang kene le rase dulu, baru faham apa yg menyebabkan sye cakap Asam Angrybird, Unique Taste. Sye dalam proses pembungkusan dan penjenamaan. Nanti ia akan terjual inshaAllah.
Kebanyakan org yg tak minat asam sebab takut lupa. Org2 yg hafiz Qur'an dan dalam proses menghafal Qur'an tak makan asam2 ni. Sebab ada hadis Rasulullah SAW yg menyatakan yg makanan2 masam menyebabkan kita senang lupa. Jangan risau, sye berani jamin yg Asam AngryBird, Unique Taste ni tak bg kita cepat lupa. Malah ia bg kita release stress InshaAllah. Bukan nak cakap lah, tp org perempuan kan tiap2 bulan akan alami menstual cycle. Time ni diorang akan stress slalunya, so benda2 masam, benda2 manis ni lah yg mengubati kesakitan tersebut. Aku berani cakap ni walaupun aku lelaki, takde menstrual2 cycle ni ha. Tapi berbalik kpada story aku td, aku rapat ngan mak aku, rapat2 aku membuatkan aku ada hati dan fikiran perempuan di samping hati dan fikiran lelaki Alhamdulillah.
Akan tetapi, Asam AngryBird, Unique Taste ni bukan target wanita sahaja. Semua boleh minat dan makan. Serius, sedap BEB!! Nanti akanku sewa kiosk di Centre, nak promote dan jual Asam AngryBird, Unique Taste ni. Beli ye! Jangan tak beli! Kalo tak beli, rase dulu pon boleh. :D

– #Daud (bukan nama sebenar)

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *