“Aku tak nak jd doktor dah!!”

Salam

Maaf tajuk munkin tak berapa bagus, namum itulah aku.

Aku merupakan salah seorang pelajar perubatan tahun 3. Aku bukanlah jenis yg suka & ada banyak masa nk tulis pasal ni. Tp aku tulis moga bermanfaat for someone.

Aku budak medic, tp tak bermakna aku pelajar yg cemerlang. Kisah SPM aku, mohon jangan diungkit. Itu merupakan sejarah silam aku. Alhamdulillah, aku skrg berpeluang belajar dlm bidang ni berkat doa parents aku.

Of course aku sgt happy mula2 belajar medic dulu. Yelah ni cita2 aku sejak kecik, impian parents aku juga. Selangkah demi selangkah, alhamdulillah aku sekarang masuk alam clinical kt sebuah hospital di Sarawak. Bila dh masuk clinical years ni, mmg hidup kau akn berubah 360 degree. Masa ni korg akn rasa hidup seorg doktor sebenar.

Tp bukan tu yg aku nk cerita. Aku just nk kongsi & luahkan betapa peritnya aku nak lalui perjalanan dlm bidang perubatan ni. Hari2 hidup aku penuh dengan tekanan, sbb kne marah ngn Doktor pakar, sebab kne siapkan case write up, presentation. Semua tu memerlukan otak yg geliga & mental yg kuat. Tp aku? Aku tak ada otak yg geliga. Aku perlu usaha yg berganda2 utk setanding ngn kawan2 yg lain. Mental aku tak lah sekuat mana. Aku pn punya perasaan yg kadang2 aku memang nk give up drp bidang ni. Giler apa belajar susah2 tp kerja nanti bukanlah dijanjikan 100% akn mendapat tempat.

Hidup sbgai seorg pljr tak akan lari drp exam. Nak cerita pasal exam pula, hampir setiap exam aku kena reseat. Aku dah tak tahan belajar medic! Aku tak nak jd doktor dah! Tu luahan hati aku hampir setiap kali fail xam.

Namun Allah tu Maha Mengetahui, setiap kali aku down, dy hantar someone yg bleh motivate aku. Ya, bila difikirkan balik, kenapa aku perlu berpatah balik sedangkan peluang ni hanya datang sekali.

Hidup ini, tak akan lari drp cabaran & ujian. Adik2, kawan2, & diriku sendiri, saat kita ditimpa kegagalan, terimalah dgn positif . Mungkin Tuhan nak kita usaha lebih gigih. Mungkin juga Tuhan tangguh kejayaan kita, utk tengok sejauh mana kesungguhan kita mahukan sesuatu. Yelah, masa tak dapat bukan main lg doa spya Allah bg. Bila Allah dh bg, kita tak bersyukur? Kawan aku ada cakap,”Everytime u think about quit, think about people which dont have the chance”. Bila dh dapat peluang, usahakan hingga berjaya, jangan toleh ke belakang dah!

Apa yg aku nak sampaikan, jgn mudah melayah bila ditimpa ujian & kegagalan. Yakinlah setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya. Moga kita terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam apa sahaja bidang yg kita ceburi.

May Allah bless u guys. Terima kasih sudi membaca luahan hati aku yg hina ni. Salam

-Lutfillah-

– Lutfillah

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

21 Comments

  1. Salam dik. Biasa terjadi bila medical student msuk clinical year, baru dpt tgok dan fahami life sbnr seorang doktor. time ni mmg ramai rasa nk give up dan menyesal. Sbb masa kita sekolah dlu, matrik dlu x pernah ada org cerita pasal ni, klu ada pun kte x memahami lg waktu tu. Bila clinical years dh sibuk dgn ward work, oncall, cwu present case, kena marah ngn specialist, mo, nurse, baru kte faham apa yg kte bakal hadapi jauh lg payah dr ni.

    Just kuatkn semangat, teruskan usaha, ikhlaskn niat, iNshaAllah akan dpermudahkan jln awak menuntut ilmu. Nk jd doktor bukan perlukan otak yg geliga dik, tp plg penting attitude, usaha. dlm batch akak dlu hny bbrp org shj yg geliga dan genius, selebihnya yg rajin teramat. Stay kt ward smp lewat mlm2, ad yg oncall atas kerelaan sndr, dtg oncall weekend2 time org lain tgh guling2 atas katil. Siapa yg rajin dialah yg plg byk dpt belajar dr patient, plg byk exposure. yg genius tp x rajin dtg ward, natijahnya fail juga exam.

    Utk exam, clinical exam di msia mmg scary kn dik, lebih kpd rezeki awak dpt case apa, specialist mana. Kita usaha sehabis baik, dan doa byk2 moga Allah murahkn rzki awk dpt case yg awak tau dan mudahkn exm awak. Waktu present exam tu, hny Allah yg pegang hati kita dan hati specialist tu. Kt uia klu fail exm, xde peluang reseat, kena repeat posting/ repeat year. Bila Allah bg awk peluang reseat, inshaAllah Dia sedang membantu awak.

    dan nasihat akak, selalu share ilmu dan ajar kwn2. Sbb byk sgt topic nk kena revise, kte mmg x sempt nk bc detail satu2, tp bila kte n kwn2 share n ajar apa yg kte dh revise, inshaAllah it helps a lot. May Allah ease u to be a safe doctor, kuatkn semangat ye.

  2. Kerjaya doktor memerlukan seseorang yang lebih memikirkan keadaan pesakitnya. Kalau jadi tapi lebih fikirkan pasal gaji ke overtime ke, boleh bukak klinik sendiri. Hehe

  3. salam dik. sy paham sgt perasaan tu. nak2 bile exam clinical da around da corner. rase nak pecah kepale. uia medic die sistem pon sgt tough. my friend rmi yg repeat yr bkn sbb xpandai tp xde rezeki. die punye penderitaan tu xstop kat situ je.. time mula2 stat keje perasaan nak quit working dtg 3x sehari..selalu je terpikir kenape la amek medic. betapa la stress nyaa. dahla mase blaja dah stress. keje lg super duper stress. tanggungjawab mase keje sume kt bahu u. kekadang jeles tgk kwn2 lain yg keje ofis hr. weekend dpt cuti. dpt holiday. tipu la kalau takde rase jeles. tapi kan one thing sy nak pesan kalau kite ikhlas dan redha kerja krn Allah. iAllah ganjaran di akhirat kelak menanti kita.. even awk senyum n bg slm kat setiap pt setiap hari time ward round pon da dpt pahala. apetah lg kalau kite merawat mereka. pahala tu ade di mane2 cume kite xnampak. yg pntg kena betulkan niat. dr skrg awak blaja pon sbnrnye awk dah bole kumpul pahala dgn jumpe pt setiap hari. so jgn give up ye sis. perjalanan masih terlalu jauh. mesti ade hikmah kenapa Allah letak awak kt jalan ni. kena kuat semangat dan niat blaja dan kerja krn Allah. ok adik

  4. Hujan rintik. Saya bermalas-malas keluar dari kilang. Menaiki siput gondang yang lebih dua bulan tidak dibelai dan dimandikan ini kasihan pula dibuatnya.

    Saya terus menuju ke Bandar Nilai. Mahu berjumpa dengan pasangan doktor yang dari malam tadi berPM-PM mahu bersua muka dan berkongsi cerita.

    Kami berjumpa di sebuah kedai makan. Berkenalan dan saling memuji satu sama lain.

    Puan dan Tuan, suami isteri adalah bekas doktor. Pencen dah pun.

    Kisahnya bermula dari awal Puan Doktor ini bertugas di sebuah hospital satu masa lalu. Beliau ditempatkan di banyak bahagian dan jabatan yang menguji kehandalan beliau.

    Katanya, dulu-dulu siapa dapat jadi doktor perubatan ini sudah macam hero di kampung. Jiran seantero mukim akan datang dapatkan rujukan sekiranya ada anak-anak yang sakit.

    Menariknya, kerja di hospital semasa muda menjadikan beliau kurang daya perasaan. Beliau kerap dimarahi oleh doktor senior sekiranya tidak merawat dengan betul, tetapi hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang beliau tahu ialah mengutuk doktor-doktor senior ini sesama kawan-kawan. Doktor ialah profesyen yang bukan semua orang boleh miliki.

    Beliau berjumpa dengan suami di hospital yang sama. Berkahwin dan memperolehi seorang anak perempuan. Sudah jadi ibu, masa semakin terhad. Nak menyusu, pam susu, balik pula nak hadap anak, suami on call dan berbagai ujian di hospital menjadikan beliau semakin tidak boleh ditegur. Pemarah.

    Pernah dua tiga kali pesakit yang boleh diselamatkan tetapi atas sebab cuai, lalai, silap sendiri, akhirnya meninggal dunia. Katanya, hidup mati itu ketentuan Tuhan. Biasa dan normal.

    Sampailah satu hari, anak beliau pun sudah dewasa dan beliau mengahwinkan anaknya. Waktu itu, beliau sudah menjadi doktor senior yang menuju ke nombor pencen.

    Bulan demi bulan berlalu, anak sendiri sudah berbadan dua dan semakin sarat.

    Waktu ini air mata si suami sudah mengalir perlahan-lahan. Saya hanya diam dan teruskan membuat catatan.

    Rupanya, Anak dan menantu kemalangan semasa mahu pulang ke rumah mereka. Puan doktor ini dan suami bergegas ke hospital. Menantu sudah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, anak pula di dalam dewan bedah.

    Beliau dapat masuk dan melihat sendiri wajah anak yang penuh dengan darah.

    “Selamatkan bayi! Selamatkan bayi!!”

    Jerit seorang doktor, doktor pelatih lain yang seramai empat lima orang bergegas membuat itu ini.

    Beliau jadi marah. Anaknya sendiri juga perlu diselamatkan. Bayinya dapat dikeluarkan. Tidak cukup bulan dan terus dibawa ke bilik lain. Sedang anak Puan doktor ini akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

    Beliau menangis. Saya juga ikut menangis.

    “Khairul, nyawa memang tak boleh digantikan dengan apa pun,”

    Saya angguk.

    “Masa anak saya pergi, mata dia mengadap saya. Demi Allah hingga sekarang saya masih tak boleh lupa,”

    “Saya pergi kepadanya, tutup matanya lembut-lembut dan cium dahinya yang masih panas,”

    ***

    Selepas selesaikan pengkebumian anak dan menantunya, beliau berbincang dengan besan untuk meminta izin menjaga bayi itu. Besannya setuju.

    Beliau menyambung cerita,

    Katanya, anak beliau sepatutnya boleh diselamatkan jika penerimaan pada waktu itu laju dan terus membuat rawatan. Kebanyakan doktor pelatih hanya banyak memikirkan penat, jadi buat kerja banyak sambil lewa.

    Beliau teringat zaman mudanya, begitu jugalah beliau. Sungguh, marah doktor senior kepada doktor muda itu sangat perlu, dan doktor muda perlu kental hadapinya dengan positif.

    Mana-mana doktor, tak punya masa nak panggil masuk bilik dan marah-marah. Jika silap waktu itu, waktu itu jugalah perlu ditegur. Jika kena mood tidak baik, nasiblah kena maki hamun.

    Hari ini, cucu beliau dijaga dengan baik. Marah selalu katanya, tak marah nanti tak jadi orang.

    Itulah peneman. Itulah penyeri. Di akhir pertemuan tadi, beliau tunjukkan gambar kahwin anak tunggalnya. Subhanallah. Manis keduanya. Saya pula naik emosi.

    Kami berpisah di situ. Naik sahaja motor sampai ke tol saya masih bermandi hujan air mata.

    Antara ayat yang paling melekat ialah,

    “Apa pun tanggungjawab, itu adalah tugas berat. Sebab itu yang tua dan sudah penuh beribu juta pengalaman ini akan marah dan bising kepada yang muda-muda. Saya harap sangat tiada lagi yang dapat pengalaman macam saya. Allah ajar saya cukup-cukup.”

    “Saya ada seorang itu sahaja anak. Orang lain yang ada empat lima orang, meninggal seorang ada lagi anak-anak lain. Saya? Hilang semua! Semua anak saya dah tak ada,”

    Ya Tuhan. Besarnya ujian mereka.

    Kawan-kawan,

    Jika mahu pegang karier yang besar, maka persediaaan awal perlu dibuat. Bukan sebab prestij nama kerjaya tersebut. Ia adalah tanggungjawab.

    Khairul Hakimin. Muhammad,
    Biarlah kena marah di dunia. Yang penting belajar.

    • Haha.. x da la sy tension sampei peya… hehe. Chill syg jgn stress kan diri. Blaja exam kena la few month before bok x tension. Mun seminggu sblom exam bok mok study sapa x tension

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *