Aku Tak Nak Kurus

Salam sekalian pembaca IIUM Confessions.

Aku cakap awal-awal ye aku sensitif orangnya. Cepat terluka dengan komen yang mengecam. Tapi aku masih terbuka dengan pendapat dan pandangan.

Aku berumur 29 tahun. Sudah berkahwin, ada anak lelaki yang comel baru berusia 4 tahun. Berat aku 60kg, tapi nampak terlalu bulat sebab aku rendang orangnya. 153 cm. Aku faham BMI aku dah lebih dahsyat.

Alhamdulillah setakat ini suami aku tak pernah complaint. Cuma dia akan ingatkan biarlah gemuk tapi bukan sakit.

Jadinya aku tetap jaga portion makan aku. Aku tetap exercise 30 minit – 1 jam di rumah dengan treadmill atau skipping rope. Kadang aku buka aerobics kat youtube menarilah depan tv dengan anak.

Orang sekeliling aku lidah boleh tahan ye. Berapa kali aku diselar gemuk, tong dram, banyak lemak dan sebagainya. Lebih pula baru ni raya, ada yang lama tak berjumpa “Eh makin kembang kau ni”.

Sampai in law aku, masa adik ipar pertama aku report kat mak mertua aku adik ipar bongsu pergi dating, ayat pertama dia, “Dengan Debab siapa lagi gemuk?”

Sedangkan badan aku lebih kurang je dengan mak mertua aku ni. Kenapa tak comparekan dengan diri sendiri je.

Alhamdulillah aku setiap tahun buat medical checkup asbab masa mengandungkan anak, aku sangkut GDM.

Dulu aku takde lah gemuk pun. Aku pernah 45kg, 40kg pernah berada di fasa terlampau jaga badan. Tapi bila aku kurus, yang kurusnya cuma di bahagian badan, peha je. Pinggul aku tetap lebar sebab genetik.

Boleh bayangkan tak? Itu menjadi asbab untuk lelaki pandang aku? Bukanlah semua lelaki tapi aku dah hadap 4-5 jantan gatal dari boyfriend orang ke suami orang.

Kemudian aku membesar dengan jayanya. Masa mengandung berat aku 76kg. Selepas bersalin berat aku turun mendadak ke 48kg. Setahun aku jaga body dengan berat tu.

Tapi bila masuk kerja selepas cuti tanpa gaji setahun, ada mulut gatal jantan buaya memuji “Dah kurus ni makin cantik” “Cantik badan kau sekarang” ada yang kurang ajar “Makin sed** badan”.

Aku tak kisah jika pujian tu datang dari wanita. Tapi aku geli datangnya dari buaya jantan. Lagi geli yang berstatus anak dah berderet.

Asbab pakaian ke? Aku bukanlah pakai macam terlalu besar. Tapi sebab pinggul yang lebar, pakaian tetap akan nampak bentuk di bahagian tu.

Jadi bila aku semakin gemuk, tak ada sorang pun yang tegur dengan nafsu. Semua tegur dengan jijik. Aku jadi selesa.

Bukanlah bermaksud aku tak sentap bila orang suruh aku diet, kurus dan sebagainya. Aku dah lali. Aku selesa dengan diri aku sekarang. Aku dah tak ada lagi tiba-tiba orang whatsapp “Cantiklah body”.

Tak semua orang gempal tu nak kurus. Ada yang selesa dah. Ada yang confident bila kurus. Ada yang dah cukup confident dengan badan gempal. Cukup asalkan kami tahu jaga diri kami. Kami ada cerita sendiri.

– Debab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *