Cikgu Ku Garang Tapi Penyayang

Hai assalamualaikum semua, saya nak imbas balik zaman persekolahan sebab saya teringat akan seorang cikgu saya ni yang bukan saja setakat mengajar saya di dalam kelas tapi banyak bantu saya juga diluar sekolah.

Sebelum tu saya nak ucapkan “Selamat Hari Guru” Pada semua Cikgu Cikgu dan warga pendidik di seluruh Malaysia. Maaflah yea pada yang sudi baca ni jika tulisan saya ni agak tunggang langgang.

Cerita saya ni berlaku pada tahun 2000s, masa saya berada di sekolah rendah lagi. Jadi korang semua boleh agak dah umur saya dah berapa yea sekarang ni. Hehehe.

Saya namakan dia Cikgu H. Cikgu H ni memang garang sangat, suka cubit suka rotan dan denda pelajar jika ada salah memang patut kena laa kan. Pemikiran orang dulu. Berani buat berani tanggung.

Zaman tu tak menjadi permasalahan pun dekat cikgu kan nak menghukum. Balik rumah kalau mengadu dekat mak ayah, lagi ditambah perasa. Dah memang salah sendiri. Memang tak berani lah nak mengadu lagi. Nanti tambah sakit.

Saya ni pulak bukan macam budak lain, special case sikit la Dari segi fizikal. Faham-faham jela. Belanja sekolah cuma cukup beli air je. Waktu tu masih lagi air sirap 20$. Tapi selalunya tak ada pun duit belanja. Waktu tu susah lah nak cakap.

Selalunya bawa bekal nasi goreng dan minum air suam jer. Tak pun kalau haus sangat dekat sekolah saya pergi minum air dekat surau. Mak aku seawal 5 pagi lagi dah pergi kerja. Ayah yang hantar mak.

Abang saya seorang dah berada di sekolah menengah masa tu dan dia duduk asrama. Tinggal saya dengan abang yang no 2 tula. Dia darjah 4 dan saya darjah 1.

Kalau ayah balik lambat dari hantar mak kerja, saya kene gerak ke sekolah jalan kaki lebih awal sebab takut lewat sampai sekolah. Kami kena ikut jalan short cut tapi tula ikut ladang getah pula tu dan banyak lecah juga. Lagi lagi berembun pagi, atau basah disebabkan hujan.

Abang yang temankan saya sebab abang sekolah sesi petang. Saya sesi pagi. 6.15 pagi dah gerak dah pergi sekolah jalan kaki. Petang kalau ayah saya dah balik kerja. Ayah lah hantar pergi sekolah. Begitulah rutin saya dan selanjutnya

Selalunya kalau sampai sekolah mesti kami lambat. Penat pulak dengan comot berbau kotor terkena lecah lagi. Memang kena denda lah. Lagi lagi perhimpunan hari isnin tu. Kene ejek dengan pelajar lain tak payah cakaplah.

Nasib baik ada abang yang selalu defense saya depan kawan. Kalau tak memang menangis je la hari-hari kene buli.

Dalam kelas saya ni bukan tak pandai, keputusan saya cemerlang juga. Cuma saya tak serasi untuk berada dikelas atas. Selalu kena ejek juga tu sama pelajar kelas atas. Sampai saya mintak tukarkan kelas bawah semula.

Lagipun saya tak nak berpisah dengan kawan baik saya di kelas bawah tu Mimi namanya. Dia je yang boleh terima berkawan dengan saya. Selalu pujuk saya kalau kena ejek. Kelas saya campur je dengan pelajar normal lain.

Cikgu H ni selalu juga tanya saya kenapa dengan pakaian saya ni. Comot sangat. Kasut sekolah zaman dulukan putih. memang nampak sangat kotornya. Saya cakaplah saya pergi sekolah jalan kaki lepastu kene lecah. Ceritalah sampai cikgu faham.

Pernah juga saya tak nak pergi sekolah sebab penat sangat. Tapi ayah saya akan ajak saya pergi kerja ikut dia cari duit. Daripada saya duduk seorang-seorang dirumah. Pergi cari ikan, pergi menyapu sampah, pergi mesin rumput dekat rumah orang, ataupun meniaga sayur di pasar.

Lagi penat menunggu ayah siap buat semua kerja tu. Kalau pergi sekolah boleh juga main dengan kawan-kawan. Pendapatan kerja kampung pula tak menentu.

Bila ayah balik dari menyampu sampah, barang-barang reject pasti ayah bawa balik. Kadang buah mangga atau buah ape-apa ada bahagian yang tak elok,

Ayah still pilih bahagian mana yang boleh dimakan tu, ayah bagi kami makan. Sebab kami pun susah sangat nak dapat makan buah. Beli memang jarang sekali la.

Cikgu H pernah nampak saya berniaga tolong ayah saya waktu cuti sekolah. Sebab tu cikgu tahu diri saya ni macam mana. Bukannya kami ni susah, cumanya sedar kemampuan diri tu dekat mana.

Saya pun macam budak-budak lain juga. Waktu main saya main, waktu kerja saya kerja. Kadang-kadang cari tin, botol kaca, atau besi besi untuk dijual.

Kumpul duit semata-mata nak beli buku komik anak anak sidek. Normal lah kan nak sesuatu kene usaha. Kalau tak dapat beli memang baca dekat kedai tu je la.

Cikgu H ni faham lah yang cara hidup saya yang macam tu. Saya ni tak pernah dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) tapi cikgu H panggil saya untuk makan. Nama tak ada pun dalam senarai. Makan jela rezeki jangan ditolak.

Cikgu H akan ambik saya pergi sekolah walhal ramai je students yang pergi sekolah jalan kaki. Mungkin sebab saya kecik kot. Dengan beg berat lagi. Petang sibuk pulak dengan sekolah Kafa.

Cikgu H ni memang selalu ada lah untuk saya. Ramai students cakap dia garang. Bengis tapi kebaikkan dia saya sangat hargai.

Waktu hari guru tu kan ramai yang bagi hadiah “sempena hari Guru” dekat cikgu favorite masing-masing tapi saya cuma mampu bagi cikgu kan towel je yang dibungkus dengan tisu pink ikat dengan reben merah. Hehehehhe.

Ape-apa pun terima kasih cikgu kerana banyak bantu saya dan menyumbangkan jasa pada nusa dan bangsa. Ramai yang berjaya diluar sana kerana jasa cikgu.

Cerita Dari Cactus..

– Cactus (Bukan Nama Sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *