Aku Tak Tahu Nak Rasa Apa

Hi. Aku Star, perempuan. Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada admin kalau cerita ni tersiar.

Aku dah lama jadi pembaca kat sini, tapi kalini aku rasa aku nak share sebab aku rasa serabut dan keliru dengan perasaan sendiri.

Umur aku tahun ni 22. Aku merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan. Aku ni tak pernah bercinta langsung dari zaman sekolah menengah sampailah ke STPM.

Ya, aku tak pernah bercinta kerana yang pertama aku sedar diri aku ni gemuk dan tak cantik. Yang kedua, semestinya, tak ada yang confess. Kalau ada pun macam main² dan tak ada relationship pun.

Dulu pun pernah lah berkenalan dengan seseorang di WhatsApp, dah pernah rapat dan aku jatuh hati pada dia sebab dia panggil aku ‘sayang, hun’ (masatu aku sangat naif, jadi bila sebegitu aku terus jatuh hati, umur aku pun masatu baru melonjak usia 15/16 tahun).

Aku jatuh hati pada dia, dan kami berjumpa sebab kebetulan satu Matrikulasi dengan kakakku. Tapi lepas sahaja kami berjumpa dia terus cut off aku, dan elak untuk chat.

Rupa-rupanya, bila aku selidik dia seorang yang jenis pandang rupa. Dan start dari situ aku terus trauma dan tak percaya kalau ada orang puji, atau cakap yang baik² pada aku. Kepercayaan aku musnah.

Aku seorang yang overthinker dari kecil, jadi sewaktu benda ni jadi, memang teruk aku overthinking sampai menangis, sampai aku rasa semua orang kat dunia ni benci aku sebab rupa aku yang hodoh dan gemuk ni.

Ya, aku overthinking sampai aku rasa kalau sekecik² benda pun aku rasa orang benciii sangat pada aku. Sudahlah aku membesar dengan kata-kata kejian orang, budak kecik pun mengeji aku gemok secara tiba-tiba di khalayak ramai.

Aku rasa orang berbadan besar faham perasaan sakit dan pedihnya bila tiba² kena bodyshaming ni. Tambah pula insiden ni, dan aku silap aku jatuh hati pada dia. Okay masuk cerita yang aku nak sampaikan.

Maaflah pengenalan aku panjang pula. Baru-baru ni, aku baru sahaja bermain satu game online di mana kita boleh berbual-bual dengan sesiapa sahaja menggunakan avatar yang kita suka. Ada server atau world international atau lokal.

Di sana, aku banyak berjumpa dan berbual dengan orang-orang. Kadangkala kalau bernasib baik, boleh terjumpa orang yang satu universiti dengan kita.

Memang seronoklah bagi aku, boleh sharpkan communication skill dan tambah kawan & connection kat Malaysia ni.

Senang cerita, aku suka sangat dengan game ni dan aku tegur hampir setiap orang yang aku jumpa, dan berbual-bual untuk mengetahui kisah hidup mereka.

Namun di sana, selepas beberapa hari, aku ada terjumpa seorang insan ni, aku namakan dia Fiy. Kami ni asalnya berbual-bual tentang game sampailah ke kisah hidup.

First time aku berbual dengan dia, dia jenis yang periang dan suka bergurau. Aku pun begitu, suka bergurau dengan orang.

Entah macam mana, dari ke game kami berbual di Instagram pula, suatu hari dia confesskan pada aku yang dia suka aku.

Aku ni, tak pernah bercinta dan disebabkan dulu aku pernah kena, aku takut dan sangat sangat berhati-hati untuk tak terlalu suka. Dia kata aku ni type dia, chubby, comel, pakai spek. Dia selalu puji cakap aku comel dan dia suka sangat kat aku.

Oh untuk pengetahuan, aku tak bagi gambar aku kat dia sebab tak manis kan bagi gambar kita pada lelaki yang kita baru kenal?

Jadi dia cuma tau muka aku melalui Highlight story yang pernah aku share. Itu pun tak nampak muka atau nampak sikit je muka sebab aku tak suka tunjuk muka di sosial media kerana ada kawan² lelaki yang follow aku di sana.

Dari segi percakapan dan tone dia, dia jenis yang soft dn manja (dia anak bongsu). Aku pun selesa je cakap dengan dia dan dia faham yang aku taknak couple macam orang lain, bersayang-sayang, i love you semua.

Aku accept luahan hati dia, sebab aku tak sangka ada orang sangkut kat aku, hahaha.

Sebab aku rasa based on my suara dan juga gambar yang sipi-sipi ada muka aku, tak ada yang akan direct bagitau dia suka aku. Mustahil! Tak pernah terlintas langsung benda ni akan jadi kat aku. Sangat impossible!

Fiy, dia ni orangnya ada rupa sebenarnya. Jadi kalau nak dibandingkan dengan aku ni.. Aku ni memang tak cantik dan gemuk. 

Aku berterima kasih pada dia walaupun dia nampak aku ni gemuk tapi dia kata dia suka.

Aku appreciate cara dia, cuma aku masih ragu-ragu. Benda ni jadi sebab trauma yang pernah aku kena dululah. Dan disebabkan aku kenal Fiy ni online, aku takut dia akan berubah once dia jumpa aku face to face dan aku sangat trauma dengan benda tu.

Disebabkan itu, aku bagitahu dia yang aku tak dapat nak sayang dia mcm org lain awal-awal. Aku bagitau pada dia, aku akan cuba untuk sayang lepas dia datang ke Semenanjung. (Fiy ni orang Sabah)

Dia akan datang ke sini lepas dia kerja. Dan untuk jangka masa tu aku rasa boleh makan setahun untuk tunggu dia datang. Aku bagitau macamni, dan dia kata dia faham, dan dia tak paksa langsung aku couple dengan dia.

Dia faham dan dia pun kata dia nak aku dan dia fokus career masing-masing dahulu. Part ni, aku respek dah dengan dia. Nampaklah yang dia ni seorang yang sabar.

Tapi, aku ni jenis overthinking. Dia selalu tanya kabar dan mesej baik-baik, tapi dalam hati aku terfikir, kalau dia ni buaya macam mana? Kalau dia rasa bosan sebab tunggu aku lama sangat macam mana?

Kot2 la dia rasa nak menunggu jumpa aku ni lama sangat kan, so dia pasang lain. Manaaaaa laaa tahu, kan? Macam-macam bole jadi kalau setakat couple ni.

Alang yang berkahwin pun boleh cerai centu je. Aku tersentuh dengan cara dia mesej dan caring tu, tapi dalam masa yang sama, sumpah aku sangat doubted dengan dia.

Dia tak ada apa- apa pun yang menunjukkan dia ni buaya, cuma aku overthinking dan trauma aku tu menyebabkan aku memang tak dapat nak betul-betul sayang dia, selagi kami tak berjumpa.

Kadang aku rasa bersalah aku rasa macamni. Aku takut perasaan Fiy tu memang valid. Tapi aku takut masa depan.

Tapi aku jugak tak nak kecewakan dia kalau dia betul-betul sukakan aku. Dan disebabkan aku selamani tak pernah bercinta dan bermesej rapat dengan lelaki, bila jadi macamni aku rasa macam tak real.

Aku macam tak percaya yang dia ni terima aku seadanya. Faham tak? Aku suka dan appreciate dia, tapi pada masa yang sama aku ragu-ragu.

Aku tak nak hati aku patah untuk kali kedua untuk insiden yang sama, iaitu ditinggalkan slps jumpa face to face. Aku trauma. Aku masih tak sudi nak bagi hati aku pada Fiy.

Buat masa ni, aku cuma layan mesej dia je tapi hati aku masih ragu-ragu. Tapi, aku betul-betul appreciate kehadiran dia dalam hidup aku,

Dan dia pun banyak nasihat jangan terlalu insecure dengan diri sendiri, sebab ada je orang suka dan selesa pada aku, kata dia. Dia banyak nasihat jgn terlalu insecure.

Macam tahu² je dia tu, hmm. Aku juga ada kata pada dia, yang aku akan tunggu dia untuk datang ke Semenanjung. I will wait for him, walaupun setahun nak kena tunggu.

Sebab aku nak test, sampai bila perasaan Fiy tu boleh bertahan, mana lah tahu nanti dah hujung-hujung dia berubah jadi bitter pulak. Manusia kan berubah-rubah.

Kalau sampai jumpa nanti, perasaan dia masih kuat, aku terima dia, tapi kalau itu tak terjadi, aku terima jugak takdir tu. Sebab benda ni ada dalam jangkaan aku.

Jadi untuk sekarang ni, aku cuma layan dia sebaiknya sebab dia ada mesej. Cuma itulah, hati aku masih macam menolak kenyataan yang ada orang suka aku.

Takutlah kalau dia hanya sekadar suka sebab dia agak-agak aku ni lawa tapi bila jumpa rupanya aku ni tak cantikk. So sebab tulah aku rasa macam, gilaa. Mustahill.

Mana ada orang nak aku.. Aku gemuk.

Kami memang bermesej tapi aku letak boundaries untuk tak cakap ‘sayang’ dan aku pun tak suka sangat kalau dia guna ayat tu dalam chat. Sebab aku memang plan lah kalau nak macam tu, nantilah kahwin. 

Kalau setakat couple ni, sampai bila je boleh bertahan?? Sampai bila? Orang yang couple bertahun² pun tak kahwin. Orang yang kawin pun cerai.

Jadi yeah, aku takut dengan masa depan. Apa patut aku buat sebenarnya ni?

Aku rimas fikir, aku sukaa, ya aku sukaa tapii aku takut dan ragu-ragu. Kawan-kawan, betulke tindakan yang aku buat ni? Atau aku terlalu protective pada diri sendiri?

Terima kasih sudi baca☆

– Star (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Dik awak ni masih sangat muda. Tak usah nak fokus sgt ttg cintan cintun ni , teruskan dlu bina kerjaya dan hidup. Nanti lps kerja dan pandai jaga diri, Insyaallah akan ada yg nak. Ni benda overthinking dahlah jauh mcmni tk payah fkir sgt sbb dari penceritaan pun nmpk mcm masih muda lelaki tu. Saya pun gemuk tpi org nk ke xnak xpe wat peace wat lek je eh dik

  2. awak tk overthinking atau terlalu protective, ini yg awak kena ada utk org yg LDR, lebih baik awak bagi jer gambar muka awak kat dia, bagi dia tengok awak betul2 utk elakkan masalah2 lain bila dia datang jumpa awak, klu dia dh tengok muka awak betul2 dan dia masih nk jumpa awak, itu menunjukkan dia betul2 ikhlas dan sukakan awak, tapi lepas tu kalau dia semakin menyepi, awak fahamlah maksud tu camna…. apapun tetaplah sentiasa berhati2

    • setuju! mungkin kena slow slow bagi hint sikit sikit dekat dia lagi. jadi, nanti kalau apa apa jadi sebelum face to face tu, awak dah bersedia.
      btw, jadikan benda ni semangat untuk awak ke berat badan ideal. ada orang nampak gemuk tapi berat dia ideal je dan dia sihat, that will be no problem, lepas tu if nak kurus ke apa atas preference awak. saya doakan awak jumpa dengan orang yang betul2 ikhlas suka dan nakkan awak.

  3. Hmmm camne nak tau dia terima awak seadanya kalau muka pon awak tak tunjuk. Jgn main teka teki dgn diri sndri. Tunjuk je muka baru awak tau. Lelaki mmg cakap gitu sbb dlm fantasi dia awak cantik cuma rasa insecure. Mmg ciri ni jadi idaman lelaki. Lagipon nk kawin nnti nk kena tunjuk jgk. Takkan lps kawin pon nk tgok sipi2 dagu, pipi, telinga. Back to reality, jgn hanyut sgt dengan mainan emosi dik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *