Andai Tidak Layak

Assalamualaikum kepada para pembaca, semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.

Kelmarin saya ada baca luahan oleh Sis Broken (https://iiumc.com/jodoh-10-tahun/) dan saya sangat tersentap bila baca komen2 oleh pembaca yang lain.

Luahan Sis Broken agak relatable dengan saya sebab saya juga begitu.

Dibesarkan oleh bapa yang berpersonaliti ‘Narcissistic Personality Disorder’ dan juga ‘Verbal Abuser’ membuatkan saya menjadi seorang yang introvert, overthinking dan juga anxiety.

Silent treatment adalah salah satu cara for my coping mechanism.

Apabila keluarga2 normal di luar sana selalu berbincang atau bersepakat untuk sebarang aktiviti keluarga, keluarga saya pula hanya berbincang kurang daripada setengah jam sebab communication is not our key.

Hasil perbincangan yang baik bukan perkara normal dalam hidup kami.

Bila diajak berbincang tentang perkara yang penting, perlian dan sindiran yang kami dapat untuk mendapatkan kata putus daripada bapa yang sebagai ketua keluarga.

Lebih teruk, makian pun boleh dapat kalau mood dia tengah tak baik.

Kami sampaikan perlu aware masa yang elok atau bila mood dia tengah baik baru boleh ajak bincang.

Sampai macam tu sekali kami kena alert dengan mood dan perangai dia yang ibarat ‘ticking bomb’. Gila b*bi, p*nt*t, b*d*h, p*k*m*k antara makian yang kami pernah hadap bila di rumah.

Silent treatment adalah satu2nya cara saya berdepan dengan bapa saya bila berdepan dengan dia.

Bila mana kau sebagai anak dah cuba sehabis baik jaga maruah keluarga kau, jaga maruah diri sendiri dan cuba nak fix keluarga kau tapi yang dapat hanyalah ‘bs’ maka silent treatment yang saya bagi.

Dalam erti kata lain, lantak kau lah sana.

Kembali kepada komen2 yang saya baca kat luahan Sis Broken, memang saya sangat sangat sedih bila mana ada yang kata tak perlu sambung keturunan kalau perangai macam tu.

Ye, saya juga pernah terfikir tak nak kahwin sebab trauma dengan perkahwinan ibu bapa sendiri.

Ada ke yang nak terima saya bila keluarga saya broken macam ni?

Layak ke saya nak sambung keturunan bila keadaan saya macam ni?

Sebab fikiran macam ni membuatkan saya pernah ‘ghosting’ dan bagi silent treatment kepada kenalan lelaki yang pernah berminat dengan saya.

Lebih baik saya bagi mereka silent treatment daripada bagi harapan palsu. Saya tak nak mainkan hati anak orang bila saya sendiri tak stabil.

Doakan saya dan adik-beradik yang lain mampu menjadi cycle breaker sebagaimana yang saya impikan.

Andaikata jodoh bukan rezeki saya, doakan husnul khatimah menjadi rezeki terbesar buat saya insan yang lemah ini.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *