Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca IIUM Confession.
Pada umur 4 tahun, saya pra-sekolah di sebuah sekolah rendah yang berdekatan dengan rumah saya.
Masa pra-sekolah, saya berkenalan dengan seorang kawan perempuan, iaitu Alia (bukan nama sebenar). Saya dan Alia berkawan baik sehingga ke hari ini.
Masa tamat pra-sekolah pada umur 6 tahun, saya dan Alia masuk darjah 1 di sekolah rendah yang sama kami pra-sekolah.
Memandangkan kami bersekolah di sekolah yang sama, kami berkawan baik sehingga saya terpaksa berpindah ke sekolah lain sebab adik saya tak diterima masuk ke sekolah saya.
Saya berpindah sewaktu saya darjah 5. Saya berpindah secara mengejut dan tidak sempat untuk memberitahu Alia. Kami hanya dapat berhubung pada hari sekolah sahaja, tak pandai guna telefon pada waktu tu.
Semestinya saya sedih untuk meninggalkan Alia supaya saya dan adik saya dapat bersekolah di sekolah rendah yang baru.
Bermula darjah 5 sehingga darjah 6 di sekolah rendah baru, saya tak berhubung langsung lost contact dengan Alia. Dah tamat sekolah rendah, saya dan kawan sekelas akan berpisah untuk masuk ke sekolah menengah form 1.
Hari pendaftaran form 1, saya dimasukkan ke sekolah menengah cina, tak ada pilihan sekolah menengah lain sebab ikut tawaran masing-masing.
Saya takut dan gementar sebab tak ada sorang kawan pun sama dengan sekolah menengah saya. Saya sorang ja yang dimasukkan ke sekolah cina.
Namun, hari pendaftaran form 1 saya terkejut sebab Alia pun masuk di sekolah menengah cina yang sama dengan saya.
Saya tak pernah terfikir yang kami akan berjumpa kembali. Saya sangat gembira sebab terfikir yang kami akan berkawan baik macam dulu.
Pada masa yang sama, Alia ada kawan baiknya sendiri, Intan (bukan nama sebenar). Mereka berkawan lama masa kami pra-sekolah. Saya tak kenal Intan sebab masa pra-sekolah saya hanya berkawan rapat dengan Alia.
Saya dapat tau mereka kawan rapat masa darjah 5 dan 6 (saya sekolah rendah lain waktu tu). Saya rasa macam third-wheel dan orang asing yang ganggu hubungan kawan baik mereka.
Saya pernah mengajak Alia untuk duduk berdua semasa sesi taklimat form 1 sebab masa taklimat hanya boleh duduk berdua ja.
Saya ingat lagi saya kata “jom duduk sekali”, Alia kata “kena tanya Intan dulu sebab boleh duduk berdua ja”
Saya rasa terkilan Alia lebihkan Intan berbanding saya. Dari situ saya sedar mereka memang berkawan lama berbanding saya dan Alia. Mungkin punca saya berpindah tu jadi sebab hubungan kawan baik antara saya dan Alia renggang.
Akhirnya, saya duduk juga dengan Alia sebab Intan bagi keizinan.
Saya hanya dapat sekelas dengan Alia masa form 3 ja, selebihnya mereka berdua ja sekelas dari form 1, form 2, form 4 sampai form 5. Saya rasa macam orang asing dalam kawan bertiga… sebab apa-apa memang mereka berdua ja tanpa saya.
Sepanjang sekolah menengah, saya banyak makan hati dengan mereka.. keluar outing tak diajak sebab dah tau ayah saya tak bagi keluar, kemana-mana memang mereka berdua.
Saya faham tapi banyak terkilan. Saya mampu diam dan hadap ja sebab nak jaga hati Alia.
Masa form 4, tambah sorang kawan lagi, Aina (bukan nama sebenar) kawan sekelas saya. Jadilah geng disitu, saya Alia Intan dengan Aina.
Tapi nasib tak baik juga buat saya, mereka kawan bertiga, apa-apa outing memang saya tak ikut sebab ayah saya tak bagi keluar sebarangan tanpa sebab. Mungkin faktor ni pun jadi sebab saya dipinggirkan dalam geng tu.
Apa yang saya boleh buat, hanya fokus belajar untuk spm ja. Saya dah anggap “belajar” tu cara untuk saya lupakan perasan terkilan dan sedih sekejap sebab dipinggirkan oleh mereka. Banyak benda saya terkilan.
Saya tak berani nak luah, takut mereka takmau berkawan dengan saya dah. Saya cuba banyak cara untuk ambik hati Alia balik supaya rapat macam dulu tapi tak berjaya.
Saya redha dan terima ja kuatkan hati untuk hadap semua benda. Mereka sama-sama ambik bidang sains tulen, saya pula ambik bidang perakaunan untuk spm.
Dah tamat spm, ayah saya suruh masuk form 6. Saya cadang kat Alia dan Intan untuk masuk form 6 dan mereka setuju. Saya gembira sangat time tu walaupun berat hati nak hadap lagi situasi “left-out”. Aina pula terus berkerja lepas tamat spm.
Hari orientasi form 6, saya dapat sekelas dengan Alia. Kami berdua memang gembira sangat time tu masing-masing nervous nak belajar form 6. Habis ja hari pertama orientasi form 6, semua kalut nak balik rumah.
Masa jalan balik, kami cari Intan..tapi Intan muka monyok sebab dapat kelas tak sama dengan Alia sebab mereka ingat student sains tulen dapat duduk kelas sama-sama. Takpa saya sedar perkara tu tapi saya diam kata apa time tu kalut nak balik rumah ja.
Skip to minggu pertama pembelajaran form 6, saya gembira sebab dapat sekelas balik dengan Alia setelah sekian lama… tapi gembira tu sekejap ja sebab saya dapat tau Alia dan Intan nak berhenti form 6 untuk ambik pra-diploma di uitm yang sama.
Maksudnya, mereka dapat sambung peringkat diploma di universiti yang sama… tinggallah saya sorang di form 6 tanpa kawan baik. Saya dapat tau rupa-rupanya mereka dah lama plan untuk sambung pra-diploma tanpa saya..
Betul lah orang cakap jangan ikut kawan kalau nak sambung belajar tapi tahla saya gembira dan sedih.. mixed feelings.. mostly grief.
Saya pun sorang masa form 6, tapi alhamdulillah classmate form 6 semuanya baik-baik tak ada kelompok sebab semua berpisah dengan kawan baik.
Hari Alia dan Intan hantar surat berhenti form 6, kena hantar surat ke guru kelas. Time tu guru kelas saya tengah mengajar..
Alia datang ke kelas saya untuk hantar surat berhenti form 6, mestilah ada Intan.. masa tu saya sebak nak menangis sangat-sangat tapi tahan ja…
Di situ nampak macam Alia macam dah tak peduli dengan saya.. saya faham Alia mesti ada pilihannya sendiri untuk sambung belajar tapi kenapa mesti dengan Intan..
Saya tak kata apa-apa hanya mampu terima dan hormat keputusan mereka. Saya teruskan semangat di form 6.
Mereka belajar di uitm yang sama, dah jadi roomate, dan hari ni mereka intern (diploma) di satu hospital yang sama cuma department lain-lain.
(Saya terus skip sebab nanti jadi panjang cerita)
Satu hari, saya test untuk tak ws apa-apa dengan Alia sebab nak tengok dia akan cari saya ka tak… betul lah ada quote “ Don’t waste your time on people who doesn’t care about you.”
Alia tak ws saya apa-apa pun kalau saya tak mula ws dia. Jadi, saya dah tak contact ws apa2 dengan dia..
Sekarang saya baru sedar yang saya tak penting bagi mereka. Saya pelan-pelan angkat kaki dari friendship ni untuk mula fokus diri sendiri, respect diri saya, jaga hati saya sendiri dan buat hal sendiri.
Saya dah buat banyak effort untuk perbaiki hubungan kawan antara saya dan Alia tapi tak pernah menjadi.
Rasa macam one -sided friendship..
5 tahun saya cuba untuk ambik hati Alia sebagai kawan baik dan berkawan dengan Intan. Saya tak salahkan Intan sebab saya sendiri pun ada salah juga macam pindah sekolah tak bagitau Alia.
Tak tahu la apa kekurangan diri saya sebagai kawan, salah saya dan sebagainya sebab macam susah Alia nak terima saya balik… Saya banyak sangat makan hati, terkilan, sedih dalam berkawan.
Apapun saya maafkan apapun kesalahan mereka dan saya harap mereka bahagia. Saya tak ada perasaan benci dendam apa sekali pun.
Doakan saya dikurniakan kawan-kawan yang bermanfaat dan baik-baik untuk saya.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Biasalah tu… Kita diajar untuk berbuat baik sesama manusia.. mesti la ada fasa hidup manusia nk berkawan nk ada geng.. tp ingat la g sekolah kita belajar, kalau dapat geng sekepala tu bonus.. kalau xde kita dah dapat ilmu berguna yg dipelajari..sama jugak kita kerja matlamatnya nk sara diri, dapat geng sekepala tu bonus.. yang perlu diselesaikan adalah klau org menganiaya merosakkan kita.