Aku terlalu open atau Ukhti narrow-minded?

Assalamualaikum..

Aku berumur 23 tahun dan baru je convo haritu. Aku ada kekeliruan sikit, (well actually banyak). Aku adalah seorang yg bersolat, tutup aurat (org kata aku budak tudung labuh but forget about the label, I just want to cover what needs to be covered, benda wajib kan) dan basically aku adalah wanita muslim. Cuma aku berkawan dgn semua orang, ya lelaki dan perempuan, freehair or not, etc. Berkawan as in berdiskusi, buat assignment sesama, sembang, hangout and things like that lah – aku tegaskan, aku cuma berkawan. One day, ada ukhti tegur aku cakap aku ni tak jaga ikhtilat dan memalukan imej muslimah, mendatangkan fitnah la apalah. Jap, aku tak bermaksud camtu pun. Takdalah sampai nak datang kan fitnah ke nak memalukan ukhti2 ni, jauh benar dia fikir, sampai hati. So aku balik dan 'celik mata reset minda'. Ok, aku akui mungkin aku terlepas pandang hal ni cuma untuk aku nak jaga 100% like Jln pandang bawah, tak bercakap dengan lelaki sangat, kawan dengan org2 yg baik (kerana sahabat mencerminkan keperibadian – ni ukhti tu cakap) aku rasa macam terlalu tinggi untuk aku gapai buat masa sekarang sebab pada aku as long as aku tak sentuh2, tak ketawa terbahak2, tak melampau lah senang crita – ok je kawan dgn lelaki/perempuan tu. Macam trip kelas masa zaman belajar dulu, kan ada trip kelas pergi situ, pergi sini. Convoi raya lagi. Aku perasan, ukhti tu tak join tapi aku join. Aku salah eh? Aku kena dgn perempuan je ke setiap masa? Dan perempuan2 tu harus dari golongan ukhtis2 ke? (Ini aku interpret dari apa yang ukhti tu cakap kt aku yg aku ingat smpai skarang). Orang freehair / biasa2 ni korang yang label dorang. Hakikatnya, semua org ada potensi jadi baik dan kdg2 aku ada selitkan nasihat apa dlm lepak2 tu. Takkan setiap masa nk dgn ukhti2 je. Aku nk dgr pandangan korang sebab aku taknak duduk dlm pemikiran aku sorang je. Apa yg patut aku perbetulkan dari segi pergaulan aku nih? Tq admin.

– Stop Labelling

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *