Aku kenalkan nama aku Yaya (bukan nama sebenar). Aku nak cerita pasal kehidupan aku mengadap bekas suami & keluarga mentua toxic. Cerita panjang tapi aku ringkaskan. Aku kenal suami aku tahun 2017 di muka buku.
Mulanya aku tak layan tapi entah la aku boleh balas chat dia dekat muka buku. Lama kelamaan dia bawak aku jumpa keluarga dia, mula2 memang aku dilayan baik, serba serbi baik, pijak semut pon tak mati la.
Mula2 berkenalan aku dah tahu dia nie kaki curang, ramai perempuan yang support dia dari segi duit tapi dia selalu menyakinkan aku satu hari dia akan berubah, aku percaya masih bagi peluang, mana tak sayangkan.
Dari dia keja basic 1600 sampai dia kerja basic 3500 (kerja as driver je). Genap 4 tahun berkawan ibu dia suruh kami bertunang, yela kesana sini mesti ada je aku dalam gambar keluarga dia. Nak dijadikan cerita time tu kita semua kena PKP, so terpaksa tunda tunang.
Bulan 10, 2020 aku terus akad nikah kecik2 saja. Tak dinafikan aku happy sangat2 dalam ramai2 wanita yang dia kenal aku yang dia sahkan. Tapi ku sangkakan panas rupanya.
Tahun 2021 ada seorang perempuan dm aku dekat ig, bagi tau aku “sis suami awak ada perempuan lain” aku sebenarnya dah boleh agak sebab naluri seorang isteri sangat kuat, tapi tak apa aku nak tengok sejauh mana.
Hari demi hari dia mula berubah, jarang sentuh aku, balik kerja lambat, selalu cuti sakit, ye laaa nak dating punya pasal dengan gf2 dia.
Aku hanya jalankan kehidupan aku macam biasa, seperti orang lain kerja duduk rumah, tak banyak kawan. Walaupon aku tahu dia dengan perempuan tersebut, aku diam je.. kalau aku tanya kang aku kena maki kena tengking, nak mengaku memang susah la.
Pernah aku bertanya dia siap jawab buat apa nak susah2 dengan wanita lain sedangkan aku dah susah senang dengan dia. Kalau bergaduh dia akan diam last dia tidur, aku terpingga2 nakkan jawapan, last2 aku pon tidur.
Aku ringkaskan cerita la yee kalau aku cerita memang panjang, masuk tahun 2022 dia banyak gila berubah, aku pulak tukar kerja sana sini.
Sampai la satu hari dia whatsapp aku dia kata dia dah tak ada hati dengan aku dah, perasaan dia kosong, aku mengigil mennangis, aku tanya apa salah aku, dia kata tak ada salah apa2.
Pernah dia ugut nak lafaz cerai dalam whatsapp, aku kata nanti kita pergi mahkamah settle betul2. Bulan 8, 2022 aku masuk kerja baru alhamdulillah aku dapat kerja yang dekat dengan rumah.
Tengah2 aku siapkan report aku dapat whatsapp dia lafaz, aku ceraikan kau dengan talak 1.
Aku kata kenapa satu kenapa tak 3 terus. Aku bagi kau masa 3 hari untuk kau selesaikan semua dekat mahkamah kalau tak aku viral semua gambar2 kau. Yaaa dia settle semua dalam 1 hari.
Satu hari keluarga dia datang jumpa kami dan nak tahu apa punya sebab kami jadi macam ni, dan dia memang salahkan aku 100%, ayat bapak mentua aku satu saja, lelaki boleh kahwin 4.
Aku senyum, mak mentua aku siap kata, “ibu tengok Yaya asyik main fon saja, masak pon main fon, rumah tak ada perubahan, asyik pakai baju yang sama je” dia tak tau ke anak dia tak pernah bagi aku duit nafkah. Pakaian dalam aku pon aku beli sendiri.
Aku hanya diam sajaaa. Aku sayang perkahwinan aku. Bulan 10, tempat aku kerja buat dinner besar2an, aku pergi sebab dah habis eddah, Allah maha kaya aku menang lucky draw bernilai RM50ribu.
Alhamdulillah orang pertama yang tahu mak aku sebab dia ada time susah senang aku. Selepas pihak sebelah sana tahu aku dapat semua tuu mula la berbaik2 dengan aku.
Aku cakap satu saja ehh kenapa nak berbaik, aku kan pengotor, tak pandai urus diri, busuk, bukan keluarga makcik kutip saya kee.
Lepas aku kata macam tu mula la pelbagai cerita keluar pasal aku, aku tak kenang budi la, aku tak hargai keluArga diorang la, macam2.
Yang lebih menyakitkan aku sampai saat ini aku difitnah, aku kena cerai sebab aku tak mau mengandung, sumpah demi nama Allah aku tak akan maafkan keluarga diorang.
Bekas laki aku apa lagi atur segala strategi la nak pikat aku semua, bagi bunga, bagi makanan, call ajak keluar macam dulu, nak pulihkan hubungan kami. Aku tolak sekeras-kerasnya.
Satu hari gf dia datang jumpa aku, bagitau semua kebenaran dia pernah gugur anak ex aku. Aku gelak je dia merayu siap sujud kaki aku suruh nikah balik then dia nak jadi madu aku.
Kau dah sondol rumah tangga orang lepas tu kau dengan tak malunya dapat jumpa aku, mana urat malu kau. (pasal perempuan nie apa je yang dia tak pernah mengata pasal aku, habis 1 tempat kerja dia tahu aku cerai, siap cakap aku mandul)
Akhirnya terbongkar semua itu plan merata berdua nak jatuhkan aku. Senang cerita diorang berdua tak nak tengok aku bahagia happy. Nak2 aku baru dapat lukcy draw lagi la dia nak semua duit tu.
Ex aku bukan 1 perempuan saja, ada saja perempuan whatsapp aku, dm aku mintak hutang yang berpuluh2 ribu, janji nak kahwin, dah bagi duit terus hilang..
Akhirnya aku nekad tukar no, pindah kerja. Alhamdulillah aku happy sekarang dengan kehidupan aku walaupon aku tahu diorang berdua masih nak stalker2 kehidupan aku, aku dengan siapa, keluar pergi mana. Media sosial aku dah stop, aku dah delete semua.
Satu pesanan aku, kalau kita dah tahu pasangan kita curang dari awal perkenalan, fikir baik2.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah Yaya.. awk dah buat sesuatu yg ‘mnguntungkan’ diri anda, dpd rugi selamanya.. kdg2 heran jugak kpd kaum lelaki ni (x semua), apa yg diorang suka sgt ‘curang’ ni, x kisah la yg dah kawin or mse bercinta, kes nya lbh krg sama je.. nk ‘test market’ ke, yg diorang ni masih ‘laku’ lg kot.. yg pompuan toksah dok kata la, dah klaw ada yg melayan, blanja mkn dsb., onz jek.. mula2 mmg la mcm kwn je, tp bla dah slalu bersama, tepuk sbelah tgn xkan menjadik, kan.. korang ada akai, pikiaq la sendiri.. buat majlis kawen, kdg tu ada yg ‘gah’ mcm wedding of the year, sanggup berhabis, bergolok bergadai bagai, dgn wang hantaran ribu riban, tp kawen x sampai brp thn, habis camtu je, lps tu klaw ada jodoh, kawen lg, kluaq blnja ‘hangus’ lg.. mmg hangusla ko sampai ke tua.. tu x msuk bab t/jwb, nafkah dan bagai2 yg x slesai2 mse ko kawen tu, suma nk kna jwb d Akhirat nt.. ko rse2 bule lulus cemerlang ke.. exam kat dunia ni pon susah nk lulus, inikan pulak di Sana nu nt, siap dgn pakej ‘siksaan’ nya skali.. tu pasal lelaki yg ‘bijakSana’, dia betul2 ada niat yg baik, baru nikah.. bla dah nikah, dia didik isteri & ank2 dia betul2, supaya jd “saham akhirat” dia nt.. mmg, lelaki bule kawin sampai 4 (serentak pon bule), tp larat ke ko nk menjawab t/jwb kpd semua bini2 n ank2 itu slesai tanpa ada ‘defect’ yg bule dakwa ko di Sana.. kalo rse bule, silakn lah.. sorry la, ‘terbebel’ ckit, kot2 ada yg x sedaq2 diri lagi.. maaf norr, ada loghat utaqha ckit2.. wasalam