Aku Wanita Berjerawat

Salam semua. Aku umur 33 tahun. Dari remaja aku ada masalah jerawat yang teruk. 

Benda ni jadi lepas aku kedatangan haid pertama ku. Iaitu ketika aku umur 15 tahun. 

Faktor persekitaran aku, maksud aku broken family. Mak yang sibuk cari duit untuk anak2 menyebabkan dia tak peduli masalah jerawat aku. 

Ye la, hidup dia ja sangat sibuk. Aku terbiar dan membesar macam tu ja. 

Aku pun time2 tu apa sangat la boleh buat. Habis2 sapu bedak sejuk. 

Mula2 aku ingat benda ni biasa. Fikiran ketika umur aku belas2 macam tu ja la. Malu memang la malu.. Kawan2 lain muka elok, muka aku teruk gila. 

Sampai orang gelar aku nad jerawat. Memang tu gelaran aku la. Ye la kat sekolah orang nama sama, senang la gelar macam tu baru orang kenal. 

Makin besar macam tak de kesudahan masalah ni. Bekas2 jerawat jadi sangat hitam. Tumbuh lagi jerawat2 besar yang sangat sakit. Sampai bernanah kadang tu. Geli sangat rasa. 

Lepas spm aku kerja kat kedai kain. Kedai tu dalam mall. Aku kenal brand2 produk muka dari situ. 

Mula la aku tukar macam2 produk. Tapi tak de kesan. Mungkin aku tak de kesabaran jugak untuk stay lama pada satu2 produk. 

Sebab bila pakai, aku rasa muka aku pedih sangat. Bila tak tahan. Aku stop. Jerawat keluar makin banyak. Lepas tu pakai brand lain pulak. 

Time tu sumpah aku down gila. Duit habis banyak tapi tak de kesudahan. Stress sama kot, makin teruk jerawat naik. 

Semua jerawat tu besar2. Kadang2 gatal sangat, sampai aku picit sendiri jerawat tu. 

Lepas tu nak tengok muka sendiri pun rasa jijik gila. Sebab berparut teruk. Aku akan cover bekas2 tu dengan bedak yang tebal. Compaq powder. 

Tapi tu kan minyak. Makin tak selesa la muka aku. Selalu gatal2. Masa tu apa ja rawatan aku tak buat. Semuanya buat. 

Rawatan resdung la, lendir lintah la bekam muka. Segala jenis produk segalanya aku bantai. Tapi tak de yang serasi. 

Kawan2 chinese ada la rekomen itu ini. 

Tapi dengan gaji aku, tak mampu aku nak buat rawatan muka macam diaorang. Produk diaorang pun dekat beribu. 

Pun macam tu, aku mula simpan2 duit. Aku beli satu produk ni. Dia jual dekat facial muka. Kawan chinese yang rekomen. Produk tu dari jepun. 

Tapi cina tu cakap aku kena buat treatment. Kalau tak muka aku tak akan ok.. Sebab dalam dia dah rosak. Pakai la produk apa pun,kalau dalaman tak ok, luaran dia tak akan ok. 

So dia suruh buat treatment dulu. Tapi treatment pun mahal. Berikat perut aku nak cantikkan muka. Sampai main kutu.. Time tu habis dekat 2ribu. 

Tapi 2 minggu dah nampak kesan. Aku rasa happy gila. Itu la saat yang paling happy seumur hidup aku. 

Time ni muka ok sikit. Aku continue pakai produk dia ja. Lama2 makin better. 

Dia ada nasihat aku banyak benda. Aku follow semua nasihat dia. Minum air masak banyak. Jangan guna compaq pwder.. 

Jangan guna benda berminyak. Jangan buat liang pori tersumbat, kena rajin cuci muka. Cuci muka pun ada caranya. Dan macam2 lagi. Cina tu memang baik la. Bantu aku banyak. 

Jerawat aku semua dah kecut. Dan tak de naik jerawat dah. Parut hitam2 tu dah jadi sekata dengan warna kulit asal ku. Kalau tak bertompok muka aku. 

Sekarang yang tingal cuma bekas2 jerawat. Muka ku yang berlubang2 tu makan masa untuk sembuh kata cina tu. 

Semua orang tegur muka aku dah elok. Mak aku pun cakap elok dah muka kau. Tanya aku pakai apa. Memang gembira betul aku rasa masa tu. Tak pernah aku dapat pujian seumur hidup. Ni yang first. 

Time ni mula la aku rasa lelaki2 pandang aku. Sebelum ni aku tak tau la orang pandang ke tak.. Aku sangat low confident dengan masyarakat. Nak angkat kepala pun malu. 

Tiba mak aku cakap ada orang meminang aku. Time tu aku tak de perasan kat sapa2 pun walaupun keiginan nak berdamping dengan lelaki tu ada ja. Tipu la hati tak terusik bila tengok pasangan lain dekat mall tu. 

Tapi aku sdar mana ada laki nak dengan muka aku yang hodoh ni. Tapi masa tu muka dah ok. So aku setuju ja la. 

Tapi bekas suami aku tu duda. Tak tahu la berapa kali kahwin cerai. Aku tak tanya pasal past dia.. Aku cuma bersyukur ada orang nak terima aku. Sangkaan aku macam tu la. 

Lepas kahwin ingatkan hidup aku bahagia. Rupanya tak. Bekas suami aku kerja bawak lori. 

Oh ya, aku lepas kahwin tak continue buat facial.. Sebabnya kos dia mahal.. Sebulan mau dekat 300 kos facial ja.. Masa tu la. 

Belum lagi produk2 dia.. Aku dah tak mampu hidup macam tu.. Orang2 kaya boleh la gaya hidup macam tu. 

Lagipun lepas kahwin aku berhenti kerja. Suami tak bagi kerja. Dia jenis baran dan kuat cemburu. 

Suka fikir aku ada laki lain walaupun tak de hal macam tu.. Nafkah pun jarang bagi. So mana la mampu nak maintain muka bila nak makan pun duit tak cukup. 

Bila tak pakai produk tu, jerawat mula naik balik. Aku ada pergi farmasi cuba ubat itu ini. Memang tak kesan. Makin teruk muka aku. Jadi macam dulu2 balik. 

Aku ingat bila muka dah ok, tukar ke produk muka lagi murah akn ok. Rupanya tak. Makin teruk jadinya. Kulit pun makin hitam. 

Cina kat farmasi tu cakap kesan2 lama tu tak akan hilang dah.. Sebab aku dah dewasa.. Ada la dia explain pasal sel la tisu la. Aku makin down. Dia cakap masalah hormon sama. 

Sebenarnya yang paling aku sedih, bekas suami aku asal balik ja mesti hina2 aku. Siap dia kata dia sebenarnya tak suka pun aku.. Kahwin sebab orang tua suruh. Sebab kesian kat aku. 

Dia kata ikutkan dengan muka aku ni, bagi free pun orang tak nak.. Dan macam2 lagi celaan dia. 

Dia mula cakap2 macam ni bila muka aku start berjerawat balik. Sebelum ni pun tak de la dia layan aku baik sangat. Selalu jugak aku makan penampar. 

Asal balik ja ada ja dia marah apa2. Akan ada ja apa2 tak kena kat mata dia. Tv terbiar tutup pun salah. Buka pun salah. 

Lepas tu tuduh aku tido dengan laki lain. Padahal dia jugak cakap aku ni bagi free pun orang tak nak. Lepas mengamuk2 dia akan paksa aku layan batin dia. 

Ada sekali masa kami nak bersama, tiba2 dia berhenti. Aku tanya kenapa. Dia kata geli aku tengok kau ni. Hilang selera aku. Langgan pelacur lagi bagus. Keluar duit berbaloi dari engkau yang free ni. 

Ya Allah hancur hati aku. Sampai mati aku tak akan lupa ayat tu ye.. Sehina itu dan serendah itu ja maruah aku kan. Aku lagi hina dari pelacur di mata dia. 

Aku ni dah la jenis jiwa2 soft. Menangis ja aku sepanjang masa. Ya, selama aku hidup menangis ja yang aku tahu. Air mata ni dah jadi sahabt baik aku. 

Dia kan bawak lori. Jarang jugak la dia balik rumah. Time tu aku pregnant. Dia buat isu kata tu bukan anak dia la apa la. Katanya dia jarang2 balik macam mana boleh mengandung. 

Ya Allah beratnya dugaan aku. Last2 dia ceraikan aku.. Anak sorang perempuan. Dia memang tak pernah ambik peduli la. 

Siap dia larang anak binti kan nama dia. Katanya tu bukan anak dia. Punya dia benci aku kerana muka aku ni. 

Atau sebab lain ke aku tak tahu la. Aku sendiri rasa dia mungkin benci sebab muka aku. Aku suruh dia buat ujian dna kalau tak percaya. Dia diam ja. 

Seingat aku selama jadi isteri dia,aku tak pernah buat apa2 yang salah. Dia bagi duit atau tak bagi, tak pernah aku mintak. Makan pakai dia tetap aku siapkan walaupun guna duit simpanan sendiri setiap kali dia balik. 

Aku dah cuba jadi isteri yang baik untuk dia melainkan tak mampu cantikkan muka aku. Sebab aku hormat dia sebagai suami. Tapi ini jua balasan yang aku dapat. 

Aku rasa macam cepat betul hidup aku berlalu. Belum aku jumpa solution untuk satu masalah, dah berangkai2 masalah lain timbul. 

Sedar tak sedar dah 5 tahun aku single mom. Time tu aku start pakai produk timbang kilo la. Sesuai dengan bajet aku. 

Berkesan. Walaupun awal2 teruk betul jerawat aku. Tapi agen tu kata jangan berhenti. Kena tahan walaupun pedih. 

Lepas tu muka makin putih, tapi jerawat masih timbul cuma dah tak banyak. Lama2 aku malas peduli la. 

Cuma aku perasan, walaupun luaran kulit macam licin.. Tapi boleh rasa dalam dia macam biji2. Sebenarnya macam boleh rasa kulit tu macam tak sihat. Ye la chemical kan. 

Lepas tu lama2 krim tu macam dah tak kesan. Bila tak kesan, muka aku jadi gelap. Bertompok. Jerawat mula naik besar2 macam asal balik. Tapi tak banyak la naik. Cuma muka macam makin hitam. 

Aku sampai tak tahu nak buat apa dah la. 

Pakai ja apa yang aku rasa macam ok.. 

Malas nak ambik peduli masalahnya. Malas dah nak jaga2 muka. Nak fikir pasal muka. Rasanya dah bukan usia aku dah. Aku dah ada tanggungjawab yang lagi besar. 

Aku bersyukur dalam pada tu, Allah bagi aku anak. Aku hidup untuk anak aku ja. Masa dan fikiran aku pun teralih sebab nak focus anak kan. 

Andai aku hidup berkeseorangan, mungkin aku akan kemurungan walaupun dugaan aku nampak kecik untuk orang lain. 

– Nad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. sis, instead of experimenting dengan skincare and facial treatament you cant afford baik you pergi hospital kerajaan with fees RM5 mcm tu je kot and cakap nak jumpa dermatologist. Macam kawan chinese you cakap, kena ubat dari dalam jugak. Usually Dr akan prescribe accutane and some other meds yg akan regulate from inside of your body, dgn cara tu je kulit you akan heal. sbb you mentioned jerawat bernanah kan bukan jerawat pasir. so i suggest dari you buang duit, you pergi je govt hospital. Kena sabar sikit part queue je. Goodluck anon. Jgn rasa rendah diri. Every problems has a solution melainkan kematian, remember that.

  2. sis, p hospital gomen nnti doc akan bg stock sbulan pil nama doxycap. mkn tue and akan nmpk perubahan slps 10 mggu. abes stock ubat p lg kk mtk lg. slps 10w jrwt ilang tatau p mne. klo ade gastrik better mkn ubat tue slps mkn. pglaman sye and now im free from jrwt .

  3. Umur 33 muda lagi. Saya doakan semoga awak sentiasa diberikan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.

  4. Kuat dugaan kak, mogaa terus kuat, bersemangat.. pedulikan kata2 hinaan org. jdkan pembakar smgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *