Coretan Lelaki Overthinking

Assalamualaikum semua. Semoga para pembaca semua dilimpahi Rahmat dan keberkatan daripada yang Maha Kuasa.

Aku merupakan silent reader dalam page ini, banyak kisah hidup dan pengalaman orang lain yang dapat aku singkap melalui perkongsian yang telah diberikan.

Kadang ada yang sedih, kadang ada yang gembira, kadang ada juga yang kecewa, benarlah setiap ujian dan cerita hidup orang adalah berbeza kapal dan pelayarannya.

Izinkan daku pula berkongsi sedikit coretan hidup…

Aku M. Berumur dalam linkungan lewat 20-an, dan Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah untuk mempunyai pekerjaan yang agak stabil. Seorang anak bongsu yang manja dengan ibunya.

Luaran mungkin aku kelihatan stabil, seorang yang mempunyai semangat dan emosi yang kuat, mungkin juga orang anggap ‘alah boleh je dia buat tu’,

Tetapi apa yang orang tidak tahu adalah aku seorang yang sangat overthinking dan fragile deep inside.

Tapi aku berusaha semampu ku untuk tidak mempamerkan kelemahan aku ini di hadapan khalayak ramai.

Satu kelemahan ketara yang aku rasa adalah perasaan ‘overthinking’.

Contohnya pernah terbaru bos lantik aku untuk melakukan tugasan yang di luar dari kebiasaan yang aku lakukan.

Walaupun pada dasarnya aku yakin dan mampu melakukan tugasan tersebut, dek kerana masalah overthinking yang aku hadapi ini, perkara tersebut sentiasa berlegar legar di kepala aku.

Fikiran seperti what if aku tak boleh buat, what if ada masalah, what if itulah inilah, banyak benda yang berlegar legar di kepala aku sehinggakan ada masa membuatkan aku stress.

Mungkin pembaca atau orang luar ingat, ‘alah kau tu lelaki, lelaki kena keras lah sikit, tak boleh lemah macam ni, jangan lembik sangat boleh tak’.

Tapi apa yang mungkin orang lain tidak faham adalah aku merupakan penghidap sejenis kanser dan sekarang masih dalam pemantauan doctor pakar.

Berdasarkan pembacaan aku dan perkongsian kawan yang senasib dalam support group, ada antara mereka juga yang mempunyai masalah yang sama iaitu kerap overthinking, kurang yakin dan kelebihan diri sendiri.

Dan setiap kali aku menghadapi sesuatu masalah atau isu, bukan sahaja overthinking, tetapi aku juga entah kenapa tiba2 akan merasa sangat merindui ibu aku, entah kenapa tiba tiba terasa sangat homesick.

Untuk pengetahuan pembaca juga, aku merupakan anak yatim, kematian ayah sejak kecil lagi, jadi hanya kepada ibu sahaja tempat daku meluah rasa.

Tetapi, keadaan ibu aku pula sejak kebelakangan ini kurang sihat, ibu aku penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Aku sebenarnya sangat risau akan keadaan kesihatan nya.

Disebabkan itu, aku tidak pernah lagi meluahkan sebarang masalah atau isu kepada ibu aku kerana risau akan kesihatannya yang kurang baik.

Segala masalah, isu atau perkara yang menjurus kepada overthinking aku simpan rapi dalam diri aku.

Aku sebolehnya tidak ingin menceritakan masalah yang aku hadapi ini kepada rakan rakan ku terutamanya kepada rakan sekerja kerana aku pernah terbaca pada satu artikel,

‘Elakkan untuk berkongsi masalah peribadi kepada sesiapa pun terutamanya kepada rakan sekerja’.

Kadang kadang masalah overthinking ini datang tanpa diundang, aku cuba untuk senyum pada luaran, tampak gembira seolah olah seseorang yang tidak mempunyai masalah, tetapi dalaman aku sebenarnya sedang bergelora.

Aku sentiasa mengadu kepada Allah untuk mengangkat, memberi kesembuhan kepada aku daripada masalah ini.

Aku tahu aku boleh lakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan itu dengan kemampuan yang aku ada tetapi perasaan overthinking ini tersangat mengganggu focus aku.

Mungkin kah aku perlu peneman hidup untuk berkongsi rasa, suka dan derita???

Boleh nasihatkan aku tak untuk tidak terlalu overthinking over small matter?

Boleh bagitau aku tak yang ‘I Can Do This?’

Mohon doakan aku diberi kemudahan, mendapat jodoh yang baik, yang boleh menerima diriku seadanya, dan boleh menerima dan menyayangi keluargaku terutamanya ibuku sebaiknya.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. get professional help, jgn self diagnose.. ada duit pergi jumpa doktor yg betul.. it could be just your personality, too soon to declare..

    im a perfectionist, fast and no delay punya person, nsb baik company suruh buat APA test (by thomson) cost per head rm300(covered by company).. alhamdullilah, i know my trait and personality.. in fact, semua kt ofis dh blh tone down sbb dh kenal personaliti diri.. suprisingly bos i pun dh makin baik,memahami and tone down..

  2. Hey Assalamulaikum confession hope you doing well semoga Allah bagi kesembuhan ,kalau saya yang tak ada kawan sangat ada pon 2,3 orang je cuma ada part tertentu je saya cerita ,tak suka cerita masalah saya dekat kawan takut membebankan orang

    okay first kau cari kawan ,kalau tak ada kawan yang sesuai untuk mengadu masalah aku lebih prefer pergi kaunseling klinik kerajaan ada rm1 agensi kerajaanacam lppkn Rm5 dorang ada buat juga online ..kalau malu aku just call talian kasih untuk bercerita masalah yang aku tengah hadapi

    Hubungi Talian Kasih di talian bebas tol 15999 atau menerusi pesanan WhatsApp ke nombor 019-2615999 untuk sebarang pertanyaan dan info terkini mengenai KPWKM..

    Menulis dalam diary kerisauan listkan dan fikiran dengan rational berbaloi ke fikiran aku ni betul ke benda ni akan jadi ..list je I’m try n menjadi.

    Last sekali mengadu pada Allah. Macam cliche yes mmg cliche tapi bila kita bangun malam tahajud sangat lega n rasa semua beban masalah kita hilang macamtu jer

    SEMOGA ALLAH ANGKAT SEMUA MASALAH ENCIK DAN ENCIK DISEMBUKAN OLEH Allah.Amin

  3. Hi M,

    Saya pun ada overthinking yang terover dan anxiety yang sampai nama kawan sendiri boleh lupa…bila orang atasan bagi arahan melalui verb, keluar dari bilik boss terus blank dan lupa. Ipar saya ada suruh makan supplement magnesium megalex kalau tak silap untuk anxiety, lepas ambil supplement ni badan akan relax and tenang, so bila otak relax sedikit sebanyak over thinking tu dah tak teruk sangat. tapi apa2 pun boleh minta nasihat doctor dulu sebelum ambil ya.

  4. Sy pun ada masalah overthinking jgk, penat kan…. kdg2 tu rasa mcm nk ketuk2 je kepala haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *