Dilemma Rumah Banyak Aircond

Hi semua. Aku Aleen. Aku just nak share cerita aku pasal rumah mak mertua aku yang banyak aircond sampai jadi beban.

Isu aircond ni sebenarnya salah satu je pon, tapi dia trigger yang lain-lain.

Mak mertua aku orang kampung. Anak-anak dia pun kerja kampung and duduk serumah (3 keluarga).

Cuma anak bongsu dia, which is laki aku je kerja kat pejabat and jauh sikit. Luar dari kampung.

Mak mertua, ipar duai aku jenis pasang aircond banyak-banyak kat rumah. Semua bilik aircond. Ruang tamu 2 aircond 5hp. Sampaikan kat dapur pun letak aircond. Dia kata, Malaysia ni panas sangat.

Dan, yang lebih parah pula, bila rumah dah penuh aircond dan selesa, jiran, sedara mara keraplah datang duduk, malah tidur kat rumah mak mertua sebab selesa ada aircond.

Anak cucu semua diangkut duduk kat rumah mak mertua. Dah jadi macam tempat berkumpul pelarian dah aku tengok huhuhuhu.

Akibatnya, bil elektrik rumah mak mertua cecah ribu riban sebulan.

Lepastu adik beradik dia yang duduk serumah bising-bising pasal bil dan tak pasal-pasal minta suami aku tong tong sekali bayar bil bulanan.

Tapi, nasib baiklah laki aku ni cerdik. Dia hujahlah, part yang dia bantu ialah beri duit bulanan kat mak mertu aku je. Itu je tanggungjawab dia sebab dia pun ada keluarga sendiri yang nak dinafkahi.

Iyelah, kami sendiri walau mampu dan gaji total suami isteri cecah 10k, kami pun ukur baju di badan sendiri.

Rumah kami yang sederhana besar 4 bilik ni, hanya ada aircond di bilik tidur utama saja. Bilik anak-anak semuanya masih gunakan kipas.

Sebab, kami dah bincang suami isteri, yang aircond ni dikira sebagai kehendak je. Belum tahap keperluan dan anak-anak kami biasakan hidup sekadarnya cukup dengan kipas.

Even kami sendiri pun, dibesarkan hidup sederhana dengan kipas. Dah bekerja dan ada rumah sendiri, barulah rasa selesa sikit, dengan pasang aircond.

Apa yang kami pentingkan, gaji bulanan tu ada lebihan simpanan untuk pendidikan anak-anak. Biarlah takde aircond seluruh rumah pun.

Apa yang jadi kat rumah MIL aku buat aku muhasabah banyak benda. Walaupun isu awalnya pasal aircond & bil elektrik je.

1) Ukur baju di badan sendiri. Hidup ikut kemampuan kita. Isu bill ni, setiap bulan mereka bisingkan. Tak tenang betul tengok hidup mereka. Mereka sendiri yang cari masalah dan tak urus dengan baik.

2) Mampu beli aircond bukan bermaksud mampu bayar bil aircond kalau kita tak manage penggunaannya. Sama juga macam mampu beli kereta, bersamanya ada kos minyak, selenggara, insurans dll.

3) Biar banyak rumah, jangan banyak orang. Aku pun tak faham kenapa semua nak duduk ramai-ramai sampai 3 keluarga kat rumah tu. Bila duduk ramai ni, nak uruskan kos keluarga tak mudah. Sebab banyak kepala.

Guna aircond contohnya. Kalau dalam family kecil kita dan duduk rumah sendiri, kita boleh je decide, waktu bila sepatutnya penggunaan aircond.

Waktu nak tidur ke, waktu belajar ke atau bila waktu dah panas sangat baru on. Bukan 24 jam. Jadi, jimatlah sikit penggunaan elektrik tu.

4) Jangan ikat hidup kita dengan beban sampai tak boleh menikmati kehidupan. Keluarga kami selalu kena perli dengan adik beradik suami sebab setiap tahun pergi bercuti bawa anak-anak.

Walhal, kami menabung dan berjimat dengan jarang makan luar dan ofkos bil elektrik seadanya sebab aku memasak setiap hari walaupun aku pekerja profesional. Bekal anak and suami aku buat walaupun masak simple dan campak2. (Thanks thermomix!)

Anak-anak pun happy sangat bawa bekal sebab sekolah dia ada lebih 1k murid, diorang malas nak beratur masa rehat kat kantin.

Aku rasa keluarga mertua tu boleh je pergi bercuti walau dekat-dekat kalau mereka manage bil elektrik ribu-riban bulanan tu. Satu keluarga mungkin boleh save dalam RM300 sebulan untuk tabung cuti.

5) Pentingnya untuk ada common sense. Iye, zaman ni common sense is not common anymore. Dah kenapa jiran tetangga, sedara mara semua nak datang ramai-ramai macam buat lawatan sambil belajar setiap hari kat rumah orang lain?

Kalaupun Islam memuliakan tetamu, bukan begitu adabnya. Bukan tuan rumah je perlu santuni tetamu, tetamu juga perlulah beradab juga.

Apapun, aku jenis tak bersuara and tak masuk campur pun pasal hal2 bil dan perbincanagn keluarga MIL. Sebab baik macamanapun, kita menantu masih orang luar.

Cuma baru-baru ni aku sikit terganggu bila MIL aku bising kat suami aku pasal rumah aku panas bila dia datang sini.

Dia suruh aku pasang aircond kat ruang tamu and semua bilik anak-anak supaya bila mereka semua datang boleh tumpang bilik tidur anak-anak aku. Tak mungkin kami nak pasang semata-mata sebab mereka. Keperluan anak-anak kami lebih utama.

Dan ayat paling menghantui aku sekarang, bila mak mertua aku cakap,

“Hujung bulan mak nak datang. Kalau takde aircond lagi, mak, kak long dan nurul tidur bilik kau (bilik tidur kami)” btw mak mertua aku memang jenis bossy dan mengarah-arah ye.

Sorry no!

Bilik tidur aku dan suami memang tempat paling privacy sampaikan anak-anak pun tak boleh masuk.

Iye, bilik tidur kami ialah tempat paling intim yang aku betul-betul jaga dan takde sesiapa pun boleh akses. Suami aku pun memang dah set rules ni.

Maaflah kalau aku nampak berkeras hal ni. Pandangan korang semua macamana?

– Aleen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Solution dia ko buang je ekon bilik ko kak. Klu dia bising2 suruh dia pindah kat kutub. Tp ramai je family jenis berhimpun satu rumah mcm tu. Ko boleh perli2 suruh bt rumah panjang dlm rumah mertua ko kak. Biasa family mcm ni dia prasan dorg family terpaling akrab letew ..

  2. suggestkan adik beradik suami yg 3 sekeluarga tu tong-tong duit tukar wiring rumah tu jadi 3 phase. cara kiraan cut off dia lain sikit kalau 3 phase tu, sedikit sebanyak boleh bantu jimat banyak. tak sesuai rumah banyak aircond tapi masih pakai single phase sbb tu bill jadi beribu sebulan. mcm rumah saya ada 5 biji aircond, 1 di ruang tamu, 4 di bilik masing2, kami memang selalu on waktu nak tidur je atau weekend yg memang panas sgt haritu. aircond ruang tamu buka bila ada tetamu datang sahaja, dah disiplin mcm ni pon bill tetap dalam range 400++ using 3 phase, lagilah kalau maintain single phase memang ribu ribu la nak bayar.

  3. Tahniah, awak wanita yang bijak. Biar orang mengata, asal kita tahu kemampuan diri kita. Jangan ikut sangat cakap mentua tu. Next time, kalau diorang nak datang, sewakan homestay yang ada aircond utk diorang.

  4. buat bodoh je and tkyah layan MIL tu and stand firm utk haramkan bilik sis dari org luar masuk, MIL sis ni should know well kita dtg rumah org sbg tetamu je and bukan kewajiban pon ekon tu. yg paling penting kesejahteraan family sis dulu.

  5. Laaa…ingatkan i je ada masalah ni. Cuma bukan dgn mil, dgn sil. I kelua dgn husband, balik tengok anak sil i bersama menantu dia lelaki tengah baring atas katil bilik i dan suami tengah bagi tidur anak dia umur setahun lebih, i bukak pintu terkejut tengok, siap syyhhh² kan i pulak sebab taknak bagi anak dia terjaga. Aduhaii… i terus bgtau suami i, suami i tanya lah kakak dia, boleh kakak dia cakap ye..cucu dia tak boleh panas kalau nak tido..kena masuk bilik aircond. I tak faham betul orang mcm ni, sejak tu i dah tak close sangat dgn sil i sorang ni yang lain okay beradap je.. dah 60an kot, sil i sorang ni dgn anak² dia mmg tak reti jaga adap bertandang. Cuma i tak sangka la bilik tuan rumah pun buat mcm tu. Mmg jenis tak beradab. Sejak tu jugak bila group ni nak datang i terpaksa cipta alasan, i taknak dah layan tetamu takde adab mcm ni.

  6. Masa diorg datang, kau matikan fuse ekon kat main switch box tu kak.. Pastu cakap ekon rosak..
    Silap² time tu jugak diorg balik..
    Tak boleh layan sgt kehendak org..
    Sbb bila kita susah belum tentu org nak tolong even family sekalipun..

  7. Paling setuju bab privacy bilik… Cuma geramnya bila kakak ipar pernah datang rumah ni.. Pastu dia biar anak2 dia masuk master bedroom… Ye laa takkan aku nak perati 24 jam.. Masa aku busy masak diorang masuk.. Lompat atas katil.. Mak dia? Sibuk main fon kat ruang tamu (berdepan dengan master bedroom) pastu bila aku masuk bilik tu.. Yg anak2 dia sibuk nak masuk.. Bukannya suruh anak2 dia berhenti ketuk pintu bilik.. Lagi dia tanya aku buat ape dalam bilik tak keluar” eh biar lah aku dalam bilik aku dalam rumah aku bukan rumah kau atau bilik kau” dalam hati je laa begituu hmmm…nak cerita kat suami rasa serba salah sebab dia pun dah penat bila balik kerja.. Haihh..sekarang setiap kali dengar dia nak datang rumah aku.. Boleh terus murung aku dibuatnya.. Rasa gelap je dunia.. Please jangan jadi tetamu yg boleh menggelapkan dunia tuan rumah.. Beradab dan tolong ada common sense

  8. Setuju dengan awak, bilik tidur suami isteri diaorg takde hak langsung nak menjenguk apatah lagi nak tumpang tidur semata2 nak ekon. Tak malu betul MIL awak. Please kunci pintu bilik awak time diaorg datang yer, baru padan muka.

  9. Pasang aircond kat bilik lagi 1. Cari yg 5 star rating. Kalau MIL datang saja sirih dia tidur bilik tu. Yg bilik awak tu tak oerlu on aircond hari2. Still boleh jimat letrik. Kesian orang tua dah tak selesa bila terlalu panas. Zaman dah berubah. Dulu2, kereta pun tak ada aircond, ok jek satu famili boleh ke sana ke mari.
    MIL pun tak dah tak berapa lama saja lagi ada, bagilah keselesaan pada dia selagi dia bernyawa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *