Kenapa Orang Suka Hina Aku?

Soalan tu saya mampu tulis kat sini ja. Tak mampu nak luah depan2.

Selalu saya jadi pembaca ja kat sini, hari ni rasa nak luah.

Saya seorang pelajar institute awam di ibu kota. Dah sem 2. Saya seorang yang berkulit hitam. Badan agak gempal. Dan tiada dua batang gigi kat depan.

Sebab saya kemalangan teruk masa sekolah dulu. Gigi tak dapat diselamatkan.

Saya fikir orang tak kisah dengan rupa saya. Orang ikhlas berkawan. Tapi rupa saya selalu jadi bahan ejekan dan melawak rakan2 saya..

Saya pun hanya pura2 gelak walaupun jauh disudut hati saya sangat terkilan dengan gurauan itu.

Saya tak berani nak suarakan isi hati saya. Nanti orang cop saya macam perempuan. Hati tisu.

Jadi saya kena pura2 kuat dan kebal asbab jantina saya lelaki. Tak nak orang kata kita ni lemah.

Apatah lagi saya datang nak belajar.. Saya perlukan bantuan kawan2 untuk task group dan sebagainya.

Bimbang kalau saya berontak, orang tak suka saya, orang palau saya. Tak nak pilih saya sebagai ahli group.

Tapi lelaki jugak manusia kan. Punya perasaan. Saya ni orang utara. Datang dari keluarga sederhana. Ayah saya penoreh ja.

Masa saya dapat tawaran ke kl, abang saya pernah cakap.. Dah kuat ke nak tinggal kl. Ujian kat sana bukan mudah. Kalau boleh cari la belah2 sini dia kata.

Masa tu saya tak faham maksud dia. Saya excited dapat sambung belajar. Saya fikir segulung ijazah mampu ubah nasib keluarga.

Apatah lagi, saya sorang ja dapat tawaran belajar antara adik beradik kami. Yang lain tak minat sambung belajar sebab family susah.

Tapi hari ni saya faham maksud dia. Hidup di kl sangat susah. Mental dan emosi kena betul2 kuat. Kat sini tak de siapa pun ikhlas dengan kita.

Masa di utara, tak de pun orang hina saya. Saya tak pernah rasa kekurangan diri saya. Kawan2 cikgu2 elok ja dengan saya. Cikgu2 selalu bagi semangat.

Tapi kat sini bukan saja kawan2 malah tenaga pengajar makin kuat menyakat saya.

Berdiri atas kelemahan orang untuk hiburan dah macam satu trend sekarang ni. Sedangkan orang kampung macam saya tak pernah diajar hina2 orang.

Mungkin orang bandar kurang adab..

Contoh macam tadi. Prof tu datang bawak kacang. Dia bagi sorang satu. Dia memang suka buat lawak tapi gunakan kelemahan orang. Selalunya gunakan saya la.

Dia kata saya ada teka teki, dalam banyak2 tiang gol. Tiang gol mana mudah masuk gol.

Lepas tu dia kata jawapan dia tiang gol Rykl. Sebab saya kan tak de gigi. Dia kata kacang tu tak payah buka mulut.

Masuk melalui gigi yang tak de tu. Macam bola masuk gol. Senang nak makan.

Lepas tu ada lagi la kata2 dia tu. Semua satu kelas gelak kan saya sambil tengok saya.

Saya pun senyum2 ja la walaupun saya rasa teramat malu. Dah tu apa lagi saya mampu buat kan.

Lepas tu benda tu jadi point kawan2 lain untuk gurau. Time makan ramai2 perhati saya, katanya nak tengok tiang gol.

Entah la. Saya rasa sangat malu dengan keadaan ni. Selalu rasa kenapa la mesti aku yang dibahan.

Setiap kali masuk kelas lecture2 tertentu, saya berdoa dalam hati jangan la dia bahan aku. Tolong la.

Kalau anak2 dia diuji macam ni, dia ok ke orang bahan anak dia. Mungkin hati orang bandar kuat..

Ingatkan pensyarah lelaki ja macam tu.. Perempuan pun ada jugak 2 3 orang. Contoh saya macam blur2 dalam kelas. Ada la diorang petik rupa saya. Tapi berat saya nak tulis hinaan tu.

Memang la salah saya.. Tak mampu focus dalam kelas.. Blur dan tak faham point di ajar.

Tapi kenapa la mesti kaitkan muka saya dengan masa depan saya. Dan kenapa mesti target saya ja. Student lain tak kena pulak.

Hari tu kami macam buat jualan amal. Ada benda makan semua. Datang seorang tenaga pengajar ni, dia kata eh hilang selera aku nak makan tengok budak ni.

Dia macam bisik dengan kawan dia. Tapi dia tak ajar saya la. Cuma saya tahu la dia lecture.

Dia fikir saya mungkin tak dengar. Tapi saya terdengar. Makanan tu bukan saya masak. Saya tolong jual ja. Tapi saya faham la, muka saya buat orang geli.

Sebelum ni saya tak pernah nampak kelemahan saya. Tapi sekarang ni, hanya kelemahan saya ja yang selalu saya nampak.

Hari demi hari saya dah tak de semangat nak teruskan belajar. Saya fikir belajar pun susah. Nanti habis belajar pun entah dapat kerja ke tak.

Masa tu pun mesti rupa jugak main peranan. Kadang rasa nak balik kampung toreh getah ja.

Itu yang selayaknya untuk saya mungkin. Nak hidup dengan orang bandar kena ada banyak kualiti. Kadang rasa tak mampu nak bersaing bila wujud pilih kasih dan bias.

Ada impian yang membara ja tak guna jugak kalau saya tak kuat untuk semua ni. Makin hari saya tak mampu focus dah.

Apa lecture ajar pun tak faham. Nak jumpa lecture pun saya dah segan. Fikir mereka tak selesa dengan saya. Saya selalu tergiang2 ayat geli dengan muka saya tu.

Rasa nak berhenti belajar ja. Walaupun dah sia2 masa 2 sem.

Kalau orang tak hina2 saya, saya mungkin mampu ja focus study. Sebab tak nampak kelemahan… Tapi saban hari hinaan tu buat saya rasa tak layak hidup ja.

Bukan saya mintak jadi macam ni.. Dah takdir saya terlibat kemalangan patah gigi, muka pecah, hidung pun patah. Memang hodoh la muka saya. Bibir pun herot.

Tu pun ada lecture perempuan suka kata mesti saya merempit. Padahal saya dah explain.

Masa tu hujan sangat lebat. Saya tak nampak lubang. Walaupun dah explain, tetap dia kata mat rempit bukan nak mengaku.

Allah.. Tak tau la nak cakap apa lagi..

– Rykl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

13 Comments

  1. adikku Rykl , hidup meniti dewasa ni memang keras dik , awak sendiri kena kuatkan semangat and cuba untuk tidak peduli kata kata orang . yaaa memang susah nak buat , cakap memang senang . tapi awak yang alami .

    jadikan kelemahan tu satu kelebihan okay . kalau ada masa dan duit lebih , cuba cut sugar dulu . jangan minum air manis .
    kurang minum air manis , muka kita pun akan nampak segar je .

    dan , akak cadang buat lah gigi palsu , mungkin boleh naikkan confident level . takpee kalau kurang duit boleh buat di klinik kerajaan cuma ambil masa sikit , atau cari hospital yang ada student doctor tu , biasa nya diorang ada buat services for free untuk gigi . (ni tujuan pembelajaran diorang) tapi kalau ada duit pergilaa swasta . fix yang ni dulu .

    orang takkan faham situasi kita , cuba juga cari kawan . kaalau tak ada . tak apa lah . jalan je seorang . jadi selfish untuk diri sendiri . ingat fokus utama ialah nak belajar kan , bila dah berjaya , bila dah pandai , bila ada kerja bagus . bila ada duit . semua orang akan nak dekat dengan kita .

  2. Dik, ko kumpul duit, pergi dentist & tanam gigi palsu. Yang gemuk tu boleh dikuruskan. Memang susah tapi boleh. Kulit gelap takpe. Lelaki tall & dark ni auto jadi handsome. Nanti masuk kerja dah ok la tu, jumpa circle baru. Ko study hard, cuba jadikan semua hinaan tu sebagai motivasi.

    Aku dulu gigi jongang lagi teruk dari usop santorian. Mmg teruk la hinaan hari2 nangis. Sebab aku tak cantik, aku study hard so that at least aku pandai. Aku pun tau cara selesaikan masalah gigi. Aku kumpul duit buat braces. Dua kali kena buat sebab teruk sgt. 7-8 tahun jugak aku pakai braces. Mata aku boleh jadi juling especially kalau penat. Yang tak boleh operate, tak blh buat apa2. Mata aku ok je boleh nampak mcm biasa, tak buta pun. Waktu mula2 masuk kerja as ho dulu ada la sorg hod ni ejek aku goldfish sebab mata aku. Balik rumah baru nangis. Tapi ada junior taktau kenapa aku dapat gelaran tu. Dia ckp you must be so good that he called you goldfish. Goldfish kan comel gitu. Fast forward 10 tahun kemudian, dah jadi pakar & cantik ihik ;)

    Pendek kata, yang boleh ubah tu, ubah la,,, yang tak boleh, ko hadap je. Ko study je, dapatkan pointer every sem > 3.5 so dapat ijazah with honour. Nanti senang dapat kerja. Sambil2 tu rajin2 diet & bersukan and kumpul duit. All the best dik. Jangan stress2. Ko ada potential utk lebih handsome & hebat.

  3. Adik sayang, ikut kata Doc Lily di atas…fokus belajar rajin2 dan sambil tu cari peluang utk part time work di KL – kumpul duit utk ‘buat gigi’ – tiada yang mustahil! Ada duit semua boleh jadi…

  4. Faham sangat part yg x boleh fokus sebab selalu kelemahan kita yang diberi perhatian.. kita g nk belajar, bukan masuk pertandingan model, tp tulah x blh nk tutup mulut org… Ape poin, sgt stuju ngan dr lily kat atas ni 🙂

  5. Dik, kuat yaa. Orang bandar ni bukan semua mulut jahat, cuma adik diuji mcm ni. Semoga dipermudahkan segala urusan. For now, target kuruskan badan dulu. Rasanya boleh jugak pergi klinik kerajaan mintak buat gigi (kena check hat ni). Yang part gelap tu takpe, baru macho. Boleh ikut nasihat doc dekat atas ni. And always remember one thing: make your heart is the most beautiful thing about you.

  6. Dik, akak dulu pun gigi tanggal sebab excident. Xperlu malu dik,, skarang adik pakai la mask stiap kali masuk kelas, kurangkan begaul utk jaga perasaan adik. Bila dah ok, adik bergaul balik. Satu je akak boleh ckp, pglmn akak, akak buat gigi palsu dekat swasta 2batang rm300 plus tahun 2019. So adik kumpul duit, cuba pegi dentist utk buat.. untuk dpat confident balik. Lgi satu, klo adik rasa kewangan xmengizinkan, boleh pegi klinik kerajaan terdekat abis xsmpai 30 ringgit utk buat,, dalam sebulan dh boleh pakai gigi bukak pakai tu,, klo nk tanam better dh kerja baru buat sbb mahal,, 2batang bajet 3k jgk xsilap

  7. Aku dulu lama jugak tak ada gigi depan. Rasa malu bila nak bercakap depan orang. Kalau ambil gambar pun kena pastikan mulut tutup rapat. Memang malu dik. Tapi Alhamdulillah setelah buat bridging, keyakinan diri rasa bertambah.
    Bab yg gemuk tu, kau cubalah diet dan buat Intermittent Fasting. Insya Allah boleh kurus. Apa pun banyak berdoa dan dekatkan diri dengan Allah agar diberi yang terbaik untuk kau.

  8. rykl ko pegi buat gigi palsu dulu. kalau klinik gigi kerajaan harga treatment kurang rm 20 untuk 2 batang. kalau gigi ko tak ada problem lain, tak lama sangat nak tunggu dapat gigi. nanti bila dah kerja, ada duit lebih baru tengok option lain macam bridge dan implant. sekarang kat (x) ada orang share list uni yang cari patient untuk dental students. yang itu pun boleh try.

    kalau gempal sikit tu, exercise & jaga portion makan sama.

    kulit tu gelap tu biasalah kulit orang melayu kan. yang penting kulit bersih. sekarang banyak skincare yang murah tapi berkualiti. fokus kat benda basic. kena rajin sikit je.

    jangan peduli apa orang nak cakap. lecturer yang gunakan point pasal badan orang untuk jadi bahan lawak tu sebenarnya dia nak try tutup kelemahan@insecurity dia sendiri :)/ tak ada adab.

  9. ubah benda yg awak blh ubah
    1. cut sugar
    2. pakai mask
    3. dorg bukan kawan, awak fokus study, jgn berhenti/patah semangat nk stop belajar sbb kwn2.. remember THEY ARE NOT YOUR FRIEND!
    4. jgn depend pada manusia (kwn dan lecturer), awk hidup solo, ptg2 pergi jogging/brisk walk
    5. pergi klinik gov/klinik kt uni(kalau adalah) then register utk buat gigi palsu, kalau lambat pun xpe.. tggu je
    6. habiskan study.. percayalah, ko kalau kurus auto hensem, bersusun tiber suka kat kau, yg jantan2 pun sibuk la nk kwn.. ehhhhhhhh xpyh..

    awak usaha, awak yg dapat hasil.. hidup ni keras dik.. jgn kalah dgn manusia2 ni.. jauh lg perjalanan awak.. akak doakan bahagia dan seluruh isi alam ni jadi milik awak..

  10. Kawan saya masa sekolah rendah pernah patah 2 gigi depan sebab jatuh. Jadi dia pakai gigi palsu untuk ganti gigi yang hilang tu. Nampak betul2 macam gigi real. Cuba Rykl ke klinik gigi kerajaan dan minta buat gigi palsu. Sebab Rykl student lagi, saya rasa caj dia murah.

    Lecturer2 yang mengejek dan menghina Rykl berakhlak buruk dan kolot. Mereka katak dibawah tempurung. Jangan ambil hati, jangan putus semangat.

    Zaman sekarang adalah zaman yang meraikan “inclusiveness”. Dulu kita lihat media barat cuma menonjolkan orang2 yang caucasian yang kurus, dan berkulit putih. Tapi kini, yang ditonjolkan adalah orang2 asia atau afrika, yang berkulit sawo matang atau gelap, dengan berbagai saiz badan, dari kurus sampailah plus size. Itu tak termasuk gaya rambut afro. Semua ini adalah cantik. These days, it is frowned upon to discriminate people by their appearance. Jadi, lecturer2 dan kawan2 yang mengejek saudara tu sebenarnya dah ketinggalan zaman dan masih mempunyai mentaliti di takuk lama. Don’t let them drag you down.

    Saya baru2 ni pernah bekerja disyarikat yang antara yang terbesar didunia dalam bidangnya. Syarikat tu sangat mementingkan inclusiveness dan equality. Satu hari saya ternampak seorang staf perempuan bukan islam yang mempunyai keloid (parut timbul) yang besar di belakang badan dia. Baju dia tidak menyembunyikan parut tersebut. Saya perempuan, saya tahu kalau saya ada parut sebesar itu, saya tentunya akan menyembunyikan parut tu dari pandangan orang. Tapi staf perempuan ini dengan yakin diri menunjukkan parutnya dan menjadi dirinya sendiri. Melihat itu, saya rasa kita hidup dizaman yang bagus, kerana kita tidak perlu lagi berasa malu apabila kita berbeza dari orang lain, kerana setiap perbezaan adalah unik dan diraikan.

    Rykl, nanti bila Rykl dah bekerja, Rykl akan dapat lihat bagaimana semakin bijak orang itu, semakin orang itu merendah diri. Orang yang suka mengejek fizizal orang lain ada dimana2, tapi Rykl akan lihat bahawa mereka itu takkan ke mana pun.

    Jangan putus asa, kuatkan semangat. Surround yourself with only people that like you for who you are. Ditch those fake friends that have no respect for you, you don’t need them. Banyak lagi manusia yang baik kat dunia ni, who will accept you for who you are.

  11. Assalamualaikum dik, semoga kuat ya… pedulikan kata orang setiap hari bangun pagi set dalam otak nak bantu mak ayah. Fokus belajar, dalam masa bersukan yang ringan2, rajinkan puasa. Bab gigi tu boleh usahakan pergi klinik kerajaan yg adik mampu. Akak pernah alami apa yg awk alami, ada pensyarah akak racist, selalu jadikan “orang asli” sebagai bahan lawak dia, akak ni orang asli tipu lah tak terasa, tapi akak pilih utk abaikan dan fokus dgn study dan allhamdulillah berjaya grad dgn pointer 3 ke atas dan skrg kerja dlm sektor kerajaan. Allah maha mendengar setiap rintihan kita, apa2 pun yg adik rasa jgn pernah salahkan takdir Allah, dunia ni ujian, sekeliling awk kt universiti tu semua ujian, kalau manusia menjauh adik fikir satu ja, Allah tak pernah jauh dari kita, dekatkan diri dgn Allah, jaga solat, jaga makan, jaga kesihatan in sha Allah awk akan bersinar di mata orang yg tepat dik…. :)

  12. gigi takda, boleh p klinik gigi. gemuk boleh kurus walaupun lambat. gelap boleh pakai pencuci muka sesuai dan krim. sekarang ni, belajar elok2, bagi dapat pointer cemerlang. mesti ramai pandang awak dan buat awak lebih yakin diri. Semua terhegeh nanti nak satu group dengan awak, nak kawan dengan awak. tapi kena beringat, semua tu nak ambil kesempatan ja nanti.

  13. Jangan sedih2 dik. Ko kene ambk side positive, contoh ko rasa sedih lecturer bahan ko tp side positive ko ptt bersyukur lecturer kenal ko dik. Mcm akak lecturer pom xkenal. Lg satu gigi tu ko pegi klinik pergigian kerajaan yg dekat dgn uni ko. Nanti pegi situ bgtau nak bt gigi palsu sbb gigi lama patah. Bawak student card skali, sbb biasa student free. Yg gemuk lak tu boleh usaha kurus, yg pentg ade kerajinan. Yg warna kulit jgn risau ade je org suke lelaki kulit gelap contoh mcm akak. Akak xsule lelaki kulit cerah sbb akak mudah jealous.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *