Dari Wanita Untuk Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat dan pembaca IIUM Confession. Aku tau ramai masyarakat Malaysia ni suka membaca. Tambahan lagi bab luahan perasaan kaum wanita. Huhuhu.. Caring betul masyarakat kita ni kan.

Tahniah sebab korang memang penyayang. Cuba cakap tahniah dekat diri, sebut nama sendiri sebab ada perasaan ni sambil tepuk dada kiri dengan tangan kanan. Contoh.. “Nisa, tahniah sebab kau penyayang. Tahniah, kau hebat.” Ha, dah buat? Rasa apa?

Aku sebenarnya terpanggil untuk saja berkongsi perspektif aku sebagai wanita dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita terutama kaum aku sendiri. Wanita. Secara umum.

Sayang sekalian, Allah pon sayangkan wanita, sampaikan ada surah tentang wanita, An-Nisa sebab wanita ni terlalu berharga. Surah yang membela hak-hak wanita tentang hukum keluarga, perkahwinan dan sebagainya.

Okay dah. Aku bukan nak buka kelas taddabur, aku pon bukan pandai, yang tu korang cari sendiri ye. Hihihi.. Cuma kat sini aku nak tekankan, Allah sayang kau, aku, kita semua. Namun kita ja selalu lupa.

Pada pandangan aku, kebanyakan kita masih dalam pemikiran old school. Tak ada yang salah sebenarnya, namun perlu ada penambahbaik. Contoh aku ambil isu hangat yang isteri yang dicurangi. Contoh ye.

Ramai akan kata salah sang suami sebab tak reti hargai isteri, tak sayang anak-anak, tak nampak pengorbanan isteri dan macam-macam lah.

Okay, aku tak nak panjangkan bahagian suami tu sebab aku nak fokus pada kaum aku sekarang ni. Fokus pada tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia!

Sekarang aku nak tanya, pada isteri yang dicurangi ni. Kau betul hargai diri kau sendiri? Sayang diri kau? Kau nampak tak pengorbanan kau untuk diri kau? Bukan orang lain tau, tapi diri kau.

Kau rasa suami tak setia, kau setia pada diri kau sendiri tak? Kau tahu badan kau tengah luka?

Kau nampak tak rambut kau kusut tak terurus? Kau nampak baju kau kemas macam mana? Bukan je kemas masa keluar rumah, tapi masa kau dalam rumah, pakaian kau macam mana?

Bila kali terakhir kau belai diri sendiri? Ada tak kau tanya apa yang kau buat untuk diri atau orang lain sebenarnya?

Semua soalan ni tak tertumpu kepada isteri sahaja, untuk semua ya, termasuk wanita yang mungkin menjadi orang ketiga dalam hubungan. Sebab kau wanita. Mungkin ada yang kata soalan tu semua penting diri, tapi aku nak kau tengok semula. Kau sayang diri tak selama ni?

Kau harap orang sayang kau, tapi kau sendiri tak sayang diri sendiri. Kita tak mampu kawal orang lain, hati suami milik Allah. Boleh berbolak balik. Hati kau pon milik Allah. Jadi, jaga tak amanah Allah dekat kau? Kau je boleh jaga hati kau sendiri weh.

Aku tanya ni sebab aku pon macam tu dulu. Sama. Sekarang dalam proses untuk sayang diri aku, cantik-cantik kan diri tak kira dalam rumah atau keluar. Sebab wanita ni sukakan kecantikan, namun dia lupa untuk cantikkan diri sendiri. Bersemangat dengan diri sendiri.

Asal bangun tidur, yang difikir anak-anak, suami, atau kalau yang jaga orang tua fikirkan tentang orang tua juga tak kira mak, ayah atau tok. Tapi tak pernah sedar yang pandangan mata tu tak tertumpu pada diri sendiri. Lupa pandang cermin.

Cermin ada tak kat rumah tu? Pernah tengok? Usap muka sendiri tak sebelum usap suami, anak-anak?

Banyak pulak persoalan aku kat situ kan? Hahaha.. sebab aku pon kena soal macam tu. Jadi aku nak tanya orang lain pulak. Hehehe.. Aku teringin sangat tengok semua wanita berbahagia weh. Tak kiralah dah pangkat nenek, onyang, mak, anak, dah kahwin ke belum ke.

Asalkan kau wanita, aku tau kau sangat layak untuk bahagia walau apa pon ujian yang Allah dah berikan. Apa yang dah terjadi dah pon terjadi. Kau tak perlu nak terus meratapi sebab takkan ubah apa-apa.

Cuma ambil sebagai pelajaran. Yang kau boleh ubah masa depan insya-Allah yang lebih cerah. Namun kau tak boleh ubah masa depan kalau kau masih terbayang hal yang menyakitkan kau.

Belajar terima kenyataan, ubah sudut pandang, kau boleh mengorak langkah baru. Sedari diri kau yang sekarang. Apa yang kau boleh buat?

Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: “Sesugguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka.”

Aku cakap awal tadi pemikiran old school, sebab ramai mak, nenek moyang kita dulu macam tu. Asyik fikirkan orang lain sebelum diri sendiri.

Aku tak nafikan ramai juga yang jaga penampilan, jadi ratu kebaya, jadi orang tercantik dalam kampung namun sekadar luaran pulak. Hati sendiri tak jaga, mulut tak kawal. Asyik nak salahkan orang lain. Diri sendirilah paling betul.

Sayang oii.. kalau pon kau terpaling betul, adakah dengan pengakuan orang lain yang menyatakan kau betul tu akan mengubah orang lain jadi lebih baik? Ke sama je?

Sebab aku pon macam tu, aku rasa aku lah yang betul, suami aku salah. Mak aku tak patut buat macam tu. Kawan aku tak boleh tipu aku. Kiranya jalan hidup aku ni kena sempurna sesempurnanya ikut apa yang aku nak.

Ehhh… aku ni siapa ea? Hamba Allah kan? Tak layak diuji ke? Sikit-sikit salahkan orang. Aku sebagai manusia ni tak pernah ke buat salah? Ke sebenarnya tak pernah nampak atau tak mengaku salah sendiri?

Risau pulak aku dengan persoalan aku yang banyak ni. Okay kita tenang jap. Ambil nafas. Sedari nafas yang Allah beri percuma ni. Selagi jantung ni berdegup, maksudnya Allah sayang kan? Allah bagi ruang dan peluang untuk kita baiki hidup, baiki solat, baiki hubungan sesama manusia.

Aku yakin, semua manusia nak buat baik. Allah pandang usaha kita ke arah kebaikan. Nanti tubuh badan kita akan jadi jurucakap apa yang kita buat. Allah tak tanya apa orang buat kat kita, tapi apa kita buat kat orang.

“Pada hari itu (Hari Kiamat), Kami tutup mulut mereka dan Kami berbicara dengan tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan.”

Haaa.. kat sini kau jangan plak kata diri kau terima bulat-bulat apa orang buat kat kau. Reda dan sabar tanpa usaha. Sebab tak nak buat jahat kat orang. Eh.. bukan. Sebab tu kita kena belajar apa nak buat kalau orang buat hal kat kita. Balas jahat, nanti kau dikatakan jahat, ahli neraka pulak.

Jadi nak buat baik yang macam mana? Buat baik dengan kesedaran dan ada ilmu untuk bertindak. Banyak kelas online atau offline yang ada sekarang ni untuk kau belajar naik taraf hidup kau.

Mungkin akan ada bermacam alasan yang bermain dalam fikiran kau sekarang, jadi balik pada Surah Ar-Rad ayat 11 tadi.

Bila dah panjang menulis macam ni aku risau pulak. Risau ramai tak bersedia terima pendapat aku. Tepu otak kena smash, tak pasal-pasal aku plak kena smash kat komen. Huhuhu..

Okay, mungkin setakat ni dulu. Aku akan cuba sambung kalau ramai yang nak baca pendapat aku. Lagipon aku bukanlah penulis profesional atau orang yang layak untuk memberi motivasi.

Aku juga seorang pelajar kehidupan yang masih berjuang menjadi diri yang lebih baik dan nak ajak orang lain juga lakukan kebaikan.

Aku sebenarnya sedih baca dekat socmed yang penuh dengan masalah yang tak selesai berulang kali. Aku kesian sangat kat wanita yang buntu terus hidupnya.

Niat aku cuma nak kongsi pendapat aku yang sikit ni, dan sangat berharap pembaca boleh nampak, hidup ni ada harapan selagi nyawa dikandung badan.

Walau apa pon masalah hidup kau sekarang, balik pada rukun iman. Beriman kepada Allah. Dia ada dengan kau dalam setiap saat nafas kau.

Kau hebat, kau boleh buat, kau berjaya! Allah bagi ujian dekat orang yang mampu, kalau Allah percaya kau boleh, kenapa kau tak percaya diri kau?

Hidup ni bukan untuk ubah orang lain. Namun lebih kepada memberi manfaat. Berenti salahkan orang, namun bukan juga salahkan diri. Cuma kau tak faham nak buat apa dengan hidup kau.

Niat aku bercerita ni cuma nak sangat kaum wanita semua bahagia, positif, tak jadi mangsa, jadi ibu yang menjadi contoh yang baik buat anak-anak,

Jadi isteri mendengar buat suami, jadi anak yang menyenangkan hati mak ayah, jadi majikan yang selalu menyokong, jadi pekerja yang berdedikasi dan paling penting jadi hamba Allah yang diredhai.

Terima kasih sudi membaca sampai habis. Serius, aku sebagai wanita, ada naluri yang sama. Kita cuma nak bahagia. Tak kira siapa kau, bekerja sebagai apa sekali pon, profesional atau suri rumah sepenuh masa, aku percaya kau sangat hebat.

Tahniah dah berjuang sampai saat ini walau sekeras apa pon ujian yang kau terima, kau dah berjaya hadap. Teruskan berjuang ya?

Salam sayang,

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Awak salah letak baju di almari yang betul dan awak boleh terima orang balas awak dengan contohnya gilis anak awak dengan kereta. Self love ke tu?

    Ada perkara kena speak up dik supaya orang lain tak kena dan orang tahu ada perkara tak kelakar. Itu juga self love dan self respect.

    Perempuan melaser tu agaknya sebab kena kacau tak pun kena fitnah. Ada orang cakap baik-baik tak jalan. Eloklah hanya dibahasakan dari disumpah padang jarak padang tekukur atau terjadi perkara yang tidak diingini yang lebih teruk dek kerana orang lain. Apa guna mulut kalau tak pertahankan diri?

    • mulut mencerminkan hati. Semoga akak segera selesai dengan diri akak dan menjumpai titik damai. aamiinn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *