Secret Admirer Nak Kahwin

Hai korang. Aku ada terbaca 2 siri kisah secret admirer yang psycho tu, (https://iiumc.com/kerana-reunion-ii/).

Aku teringat kisah aku. Nak jugak bercerita. Walaupun biasa2 je ceritanya. Aku nak tanya pendapat korang, tapi bacalah dulu kisah aku ni.

Masa Form 1 dulu, ada budak kelas sebelah ni minat aku. Dia minta kawan perempuan dia kirimkan salam. Aku asalnya tak kenal, tapi bila dirisik-risik, aku jadi kenal.

Macam dalam cerita sebelum ni, sama lah. Budak lelaki ni letak surat2 dalam buku bawah meja aku. Macam-macam la panggilan dan kata-kata. Geli pun ado jugak. Tapi aku buat relaks je.

Dia bagi hadiah. Bagi pin tudung. Belanja makan kat kantin. Belanja air milo (masa ni milo cikgu2 je minum, mahal woo bagi budak sekolah).

Bagi macam-macam semua aku tak terima, aku bagi member-member aku. Siap nak bagi fon, gelang, cincin emas. Perghhh. Hari2 mesej, nak call. (Masa tu takde wassup lagi)

Masuk Form 3, ditakdirkan kami kena jadi kawan sekelas. Dia pendiam, jadi aku tak banyak borak. Aku tetap buat macam biasa je.

Sampai la satu masa, dia kantoi. Buku nota dia ada gambar aku yang dia curi-curi snap dalam kelas tambahan.

Mengamuk dia bila tahu kantoi. Dia koyak2 buku dan buang. Patut aku la mengamuk kan sebab ambil gambar aku curi-curi. Dasar lohhh!

Beberapa tahun berlalu, kami kawan je macam biasa. Last jumpa dia, dia dengan kawan2 lain datang raya rumah aku masa lepas SPM.

Tu first time dia datang rumah aku, lepastu ada la dua tiga kali dia kata nak singgah bagi barang alang2 lalu situ. Tapi aku tak ada kat rumah.

Hampir 10 tahun lepas SPM tiba2 dia contact. Aku punya la fikir dia dah move on, ye la. Benda dah lebih 10 tahun punya cerita.

Dia tanya aku, ada peluang lagi ke untuk dia, aku cakap tak ada. Sebab memang aku tak boleh terima dia lebih dari seorang kawan. Aku doakan dia dapat jodoh yang terbaik.

Dia kata ok. Lepas tu terus dia hilang. Kami tak contact.

Selepas 2 tahun, baru2 ni dia pm aku dekat telegram. Tapi aku tak perasan. Tak balas. Jadi dia pm di wassup pulak.

Dia jemput aku pergi kenduri dia hujung bulan depan. Alhamdulillah dia dah move on. Walaupun aku still single. Hahaha.

Cuma aku ada satu persoalan, perlu tak aku pergi majlis dia? Aku memang suka memenuhi jemputan member2 ni.

Cuma, part dia ni aku risau jadi macam kisah yang reunion tu.

– Aisyah (nama tipu-tipu)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *