Tak Nak Kahwin

Hai, aku perempuan 35 tahun. 5 tahun lepas rasa aku pernah jugak tulis dekat sini tentang aku yang tak kahwin lagi.

Kalau dulu aku rasa macam sedih gitu belum kahwin tapi reda je belum berjodoh. Tapi sekarang aku rasa tak nak kahwin.

Sikit tentang aku, perempuan yang tak pernah bercinta, not financially stable, hidup masih huru hara, mungkin boleh dikatakan terlalu berdikari.

Tahap berdikari bukan cuma dine in sorang, wayang sorang, shopping sorang. Zaman sekarang buat benda ni macam dah normalkan.

Tapi aku balik rumah lepas kerja, ok je tak bercakap dengan sesiapa, layan perasaan sorang sedih ke gembira ke, aku rasa ok je.

Esok nanti back to normal macam biasa atau aku pujuk diri sendiri. Kawan-kawan dan orang sekeliling akan ingat aku ok je. Dah biasa.

Kisahnya, tetiba mak aku nak kenalkan aku dengan anak kawan dia. Aku tak tau kenapa aku tak nak.

Baru nak berjumpa dengan family lelaki tu, tapi mak aku macam dah konfem nak suruh aku kahwin.

Aku dah rasa nak lari, tak nak pun jumpa, kalau kena jumpa pun aku dah plan nak buat perangai. Teruk kan aku.

Dulu punyaaa aku minta doa jodoh, tapi sekarang aku dah rasa tak nak kahwin.

Aku masih punya fitrah seorang perempuan. Seronok je tengok orang bercinta, suami isteri ke, tetap aku ada rasa nak macam tu.

Tapi masa yang sama aku tak rasa aku boleh bagi komitmen bila dah kawin. Aku dah biasa seorang. Apa-apa aku hadap sendiri susah aku. Mak aku pun tak pernah tahu aku susah.

Jadi aku tak rasa aku boleh kahwin. Aku tak boleh kongsi rasa aku, aku tak selesa untuk cerita apa yang aku rasa. Bila takde komunikasi, mesti ada yang makan hati, kan?

Sedangkan mak aku pun selalu makan hati dengan aku, dan aku cuma boleh minta maaf dan minta doakan aku yang baik-baik je.

Macam mana aku nak duduk sebilik dengan orang asing yang mungkin akan makan hati jugak dengan aku?

So, aku nak minta pandangan korang, apa sahaja, baik buruk aku terima. Aku nak kena buat apa ni?

– Leia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Gi la jupa kenal dulu, ni jupa pun tak dah macam macam fikiran negatif. Kenal dan tengok keserasian…. Kalau tak serasi takperla beritau mak dah bukan jodoh.

    • There’s no such thing rasa x boleh kawen. Sbb u letak everything heavy on yourself , the feeling ( insecure u, or komitmen y u rasa x selesai2) , u seem stuck. Be clear dgn benda2 baik2 inside u, i can see u as a good person , u turn out tulis benda2 negetif tntg diri u sbb u reflek secara overall kehidupan u, kejadian2 besar hidup u. Try enjoy2 dan appreciate small thing u buat, adjust emosi u kalau rasa negetif esp tntg diri.
      Insya Allah di sekian waktu nanti u sedar y kita perempuan sememangnya hawa di rusuk Adam( jumpa lelaki y tepat u). Mudahan u lebih tenang dan positif ya.
      0-0 ya.

  2. Loosen yourself a bit. Kau masih ada rasa seronok berpasangan. Tp overthinking sblm benda terjadi. Apa pun, cuba la dulu pegi jumpa. Independent mana pun sorg pompuan tu, mesti ada saatnya dia perlu sorg lelaki. tp yelah..pompuan yg terbiasa semua sendiri ni biasa mmg over konfiden. Rasa diri boleh buat semua, rasa cukup. I’ve been there before. Aku doakan lelaki tu nnt melengkapi kau. Takkan buat kau rasa terbeban dgn kehadiran dia nnt. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *