Nilai Seorang Tukang Cuci

Selamat sejahtera kepada pembaca, saya perkenalkan diri sebagai anak tukang cuci.

Saya berharap saudara pembaca mendapat pengajaran dari secebis kisah ini.

Mari kita mulakan dengan mengenali Si Tukang Cuci.

Ibu tunggal anak 5 berusia akhir 40an, kuat berkerja dari usia muda untuk menghidupi anak-anaknya. Bekerja di sebuah pejabat yang sederhana sebagai tukang cuci.

Ibu selalu berkata orang di pejabatnya sangat baik. Selalulah belanja makan, beri makanan kepada ibu untuk dibawa pulang.

Ya saya juga selalu memerhatikan ibu hampir tiap minggu ada saja makanan dibawanya pulang ke rumah.

Ketika kesempitan wang ringgit, ada yang menghulurkan bantuan. Syukur kepada Tuhan kerana mempertemukan kami dengan orang baik.

Tahun berlalu, ibu masih bekerja disini, orang pejabat sering bertukar ganti, tetapi masih baik-baik sahaja. Baik dari pegawai hingga ke bos, semuanya baik.

Ibu menganggap mereka seperti keluarga sendiri. Selalu melakukan kerja tambahan walaupun bukan dalam skop kerjanya, ibu kata jangan berkira kudrat dengan orang yang selalu bantu kita.

Aku juga saksi ibu selalu pulang lewat. Terkadang 6-7 petang belum juga pulang.

Masa berlalu, ibu makin dimakan usianya. Kudratnya masih ada walaupun tak sekuat masa mudanya. Dia masih bekerja sepenuh hati.

Sehingga lah pada satu hari, ada seorang staf disini memprotes didepan bos.

Katanya kenapa harus orang tua ini ikut setiap jamuan? Kenapa kami menanggung setiap belanja dari jamuan itu yang akhirnya dipanggil juga si tukang cuci ini?

Ibu tak sepatutnya tahu butiran mesyuarat itu, tapi atas dasar serba salah, seorang staf sampaikan kepadanya. Menangislah si tukang cuci ini.

Orang yang dianggap sebagai keluarga rupanya pembenci.

Ya memang ibu ikut jamuan itu, itupun setelah diminta dan dimaklumkan oleh bos atau pegawai yang menyelia jamuan. Katanya sudah dibayarkan bahagian ibu..

Selain membazirkan wang, staf itu juga menyatakan ibu melawan cakap. Ada saja permintaan pegawai, ibu lawan.

Yang sebenarnya, pegawai minta buatkan sesuatu yang diluar kudrat ibu. Malah luar skop kerja ibu. Bukannya ibu tidak terangkan kepadanya. Memang ibu tidak mampu.

Saya terkilan dan sedikit sedih apabila mendengar cerita ibu. Tidak terucap kata untuk tenangkan ibu.

Saya mohon para pembaca mendoakan kami si anak tukang cuci ini mampu mengubah nasib keluarga kami. Supaya ibu tak perlu lagi bekerja. Doakan ya.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan saya.

– Anak Tukang Cuci (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga bertambah¬≤ rezeki kamu sekeluarga. Yg complain tu lupa, kita hidup dlm dunia ni atas dasar berkongsi…

  2. Dik, awak kena belajar sungguh2 tau.. jangan kecewakan harapan ibu awak… awak anak yg baik… tanamkan semangat utk naikkan taraf kehidupan awak sekeluarga satu hari nanti.. Anty x suka org yg judgemental, cleaner ke pak guard ke, tukang kutip sampah DBKL ke, semua Anty tegur n selalu ckp thank you.. Anty doakan awak All the best & dont give up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *