Hinanya Ada Anak OKU

Assalamualaikum. Aku Melur. Anak tiga, dua yang hidup. Satu OKU, satu edisi terhad.

Aku seorang ibu yang bekerja dan berdikari. Aku kena cerai sebelum PKP oleh suami.

Mula-mula aku ingat, suami nak ceraikan aku sebab hasutan mak dia. Sekarang baru aku tahu rupanya suami aku (masa tu) tak boleh susah.

Contohnya, tak boleh bangun pagi hantar anak OKU ke sekolah khas, hantar ke terapi.

Oh, suami aku masa tu shift berbeza. Jadi masuk lambat dari orang biasa.

Kalau ikut aturan, cantik dah, aku urus awal, dia urus anak-anak2 yang lewat sikit ke sekolah/taska.

Mak dia sibuk melagakan aku dan suami; katanya aku dominan, aku boros, aku tak dengar kata. Aku adalah punca dapat anak cacat.

Wallahi, aku menafkahi diriku sendiri, dan wang gaji aku menyara suami yang bergaji RM7k.

Yang dibuatnya, bayar loan asb RM200k, tolak beli saham syarikat RM500+ sebulan, bagi mak bapak dia duit bulanan,

Dan gaji aku semua untuk anak-anak dan bayar makanan suami aku sekali.

Pendek kata, aku tanggung suami, suami tanggung mak bapak yang ada elaun dan pencen swasta.

Setiap 5hb aku dimomokkan “sayang, duit abang tinggal RM100” fahamlah aku, aku perlu gunakan duit aku kelangsungan keluarga.

Semua simpanan/harta aku bergolok gadai. Tiada. Kosong.

Terkontang-kantinglah aku dan anak-anak dihalau dari rumah ibunya (yang pada asalnya setahun sebelum dihalau, untuk menjaga ibu dan bapanya yang sudah uzur).

Orang kata rumah itu seperti reban ayam, aku tetap bersyukur rezekiku pada waktu itu.

Aku diceraikan dan Alhamdulillah inilah nikmat yang paling aku syukuri.

Aku rupanya tidak perlu lagi menambah beban menanggung sarat membenci menanggung suami bergaji tinggi.

Aku dicerai melalui email. Dan sebulan selepas dicerai, bekas suamiku berkahwin dengan wanita professional yang dijanji temu dalam aplikasi cari jodoh Islamik. Anak orang kaya mungkin.

Dunia ini kecil tatkala kad walimah sampai, orang mengetahui pengantin lelaki itu duda beranak OKU. Cuba menutup mempunyai anak OKU.

Mungkin bagi kamu semua sudah menang, sudah berjaya duduk di rumah kaya bak singgahsana. Aku tahu kau sorok pada dunia atas kezaliman kau.

Sepanjang diceraikan, aku dan anak-anak cuba memulakan hidup baru. Aku tukar tempat kerja, cari tempat tinggal.

Masih bertatih menongkah ujian. Aku ini hampir rebah. Anak-anak sedih.

Aku juga banyak rugi dalam ‘pelaburan’ perkahwinan. Masih membayar pinjaman menolak upah bulanan.

Ada terjumpa bekas majikan yang mengejek bagaimana aku tidak betah menjaga suami.

Adakah kau tahu, wahai Puan, aku ini mempunyai anak OKU yang begitu senang penderma benih meninggalkan tanggungan?

Aku ibu yang kini merajuk dengan Tuhan.

Lagi aku merintih, lagi aku diuji.

Sedih bukan kepalang.

Kononnya memilih cinta selepas berkahwin.

Tanda didahi lelaki bukan jaminan,

Kalau anak sendiri ditinggalkan.

Buat anak-anak gadis yang mencari jodoh,

Carilah yang tahu erti tanggungjawab dan amanah Allah.

Bukan lari bila terbeban.

A good son doesn’t guarantee a good husband/father.

Pohon doa kalian bagi kesembuhan anak-anakku ini. Aku masih berjuang, untuk sebuah kehidupan yang membahagiakan.

Mei 2024,

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *