Aku yang lemah
Assalamualaikum. Maaf nukilan kali ini agak panjang. Moga admin postkan. Aku perlu bantu rakan2 sekalian.
Teringat kembali sekitar 2009, Aku terasa mahu pakai tubuh labuh. Padahal waktu itu seluar jeans dan tshirt menjadi pakaian harianku. Aku tanpa memikir panjang pun memakai tudung labuh. Tak sampai 3bulan, aku kembali kepada yang asal. Time tu aku takpernah fikir apa pandangan orang. Aku belajar seperti biasa.
Masuk penghujung 2011. Aku cuba sekali lagi berubah bertudung labuh. Setiap kali ada orang ke Mekah aku suruh doakan aku supaya istiqamah.Aku ingat time ni aku jenis kejap pakai stoking kejap tak pakai. Masa ayah aku hantar pi class. Dia pesan “ pakai lah stoking kalau sayang kan ayah “ . Aku pun mula memakai stoking. Rupanya kali kedua masih aku xmampu beristiqamah.. Aku kembali ke asal dengan pakaian lamaku. Aku tahu raa bersalah tapi aku biarkan ia pergi begitu sahaja.. Aku habiskan sisa zaman sekolahku dengan begitu sahaja.
Masuk 2013, aku tetapkan niat balik. Alhamdulillah stoking aku masih pakai kerana teringat pesan ayahku setiap kali keluar. Aku cuba untuk kali ketiga memakai tudung labuh. Aku dekatkan diri kepada Allah. Aku baca2 buku pasal agama. Aku di sebuah universiti. Belajar seperti orang lain. Makin aku sibuk belajar semakin nipis imanku. Aku tukar penampilanku memakai tudung bidang 45balik. Tudung labuhku semua didalam almari balik. Hanya allah ya tahun aku sedih sebenarnya. Tapi selama aku pakai tudung 45 aku pastikan tutup bhgian depan dan blkg ku. Semua suruhan allah aku buat dari yang wajib hingga ke sunat. Tapi dalam sama aku bercinta. adakah disebabkan itu aku susah berubah ???
Adakah allah marahkan aku? Ego sangat ke aku? Dah tiga kali aku cuba berubah tapi tak lama. Sedihnya allah yang tahu.
-pendosa-
– Pendosa
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/