aku,anjing dan part time(part 2)

assalam admin 4 bulan lepas aku confess kat sini. Dan bersyukur sangat aku masih hidup dan boleh lagi confess kat sini.

By the way, aku nak share experience aku bekerja dekat pasar raya hari tu. Shift aku start dari pukul 5 sampai pukul 9 malam. Hari pertama bekerja, manager tak bagi rehat untuk solat magrib. Sebab memang 4 jam tu kena straight kerja. Aku dah menangis fikir duit tu halal ke tak ye kalau disebabkan kerja tapi tinggal solat. Mujur hari kedua, Allah bukakan hati manager yang seorang lagi, dia cakap aku boleh solat selama sepuluh minit, dengan syarat aku datang awal 10 minit. Aku bersyukur sangat sampai kadang-kadang aku masuk 15 or 20 minit awal. Bersyukurlah kat Malaysia, mostly bos orang Islam, so masalah untuk solat tak ada sangat, nak solat ke tak nak solat je.

Aku mula-mula kerja tempat makanan, susun-susun barang atas rak or ambil stok dari stor. MUla-mula kerja banyak kena hafal tempat, dan aku banyak keliru benda-benda ni kat mana. Lagipun masalah Bahasa pun ada juga. Kadang-kadang orang Tanya aku jeruk halia ke, tepung beras kat mana,dan mostly aku tak faham apa yang dia orang nak. Ada pelanggan yang baik hati, kalau aku tak faham, dia senyum je kata tak apa. Kalau aku jumpa barang yang dia nak siap pat on my back and ucap terima kasih pun ada. Kalau jumpa pelanggan macam ni, aku tengah homesick pun jadi rasa tak sedih. Ada juga pelanggan yang marah-marah sebab aku tak tahu. Kalau hari macam tu, on the way balik rumah memang menangis la sebab kena marah. Seriously, aku jadi insaf kejap. Fikir balik kalau sebelum ni aku pernah marah pekerja pasar raya ke. Kita tak perasan pun kalau ada termarah orang yang bekerja kat kedai tuh, tapi bagi pekerja kat situ ucapan terima kasih or your smile can make a different untuk hari tu.

Lepas tu sebab manager tengok aku tak boleh buat kerja, dia tukar ke bahagia servis. Mop lantai, angkat bakul, cuci tandas or kutip troli dari tempat parking. Kadang-kadang kerja dekat kaunter pun ada. Ada juga la kena bungkus babi dekat pelanggan. Tapi aku bertahan 2 bulan je sebab, last-last memang Nampak manager tak suka aku kerja kat situ. Dari 5 hari seminggu dia turunkan jadi 2 hari seminggu. Dekat Malaysia dulu, bila tengok Bangladesh kutip troli, even aku tak hina secara lisan, dalam hati terdektik juga, ei busuk la bangla ni, menyibuk la. Tapi dekat sini, Allah bagi aku rasa kerja jadi kuli, buat apa yang bangla tu buat. Kalau dekat Malaysia, dengan result spm straight A, fluent 3 Bahasa, belajar engineering, setakat kerja kat pasar raya, mesti boleh dapat la kan. Kat sini, Allah rendahkan ego aku, Even kerja yang senang dekat pasar raya pun aku tak boleh buat, siap kena pecat lagi. Dari hari tu, pandangan aku dekat orang yang bekerja dekat pasar raya pun berubah, aku jadi lagi respect pekerjaan mereka.

Ada juga benda positif yang aku dapat. Masa aku bekerja kat situ, kawan aku dari Negara China pernah cakap yang aku ni rajin. First time dalam hidup aku orang cakap aku rajin. Parents aku bukan jenis yang suka puji anak-anak. Mak aku selalu cakap yang aku ni malas, suka buat kerja separuh jalan, Bila aku tengok balik kehidupan aku yang lepas, baru perasan yang aku ni rajin. Dan tu adalah satu kelebihan aku, Kadang-kadang satu perkataan yang kita tuturkan dekat orang boleh memberi kesan untuk seluruh hidup dia. Dan masa final year ni aku jadi lagi rajin untuk belajar, Kaunselor aku pun pernah cakap yang aku ada beautiful spirit, Even aku tak tahu makna beautiful spirit tuh, tapi perkataan tu buat aku nak berubah jadi lagi baik. So, seriously guna la perkataan positif dalam berbicara.

Lastly, permohonan scholarship aku dah diluluskan. Aku bersyukur sangat-sangat. Aku rasa ni adalah hadiah Ramadhan yang paling bermakna untuk aku. Dulu aku Tanya Allah, kenapa bagi aku sakit sampai aku tak boleh tumpu study, kena repeat tahun,apa hikmah Allah bagi aku sakit? Tapi baru aku tahu antara sebab permohonan aku diluluskan adalah sebab aku sakit. Seriously aku tak tahu apa lagi hikmat yang lain, kenapa masa untuk aku berada di bumi asing dipanjangkan untuk setahun.Tapi memang kehidupan macam ni kan. Faith is trusting God even you don't know HIs plan. And aku tak berapa yakin yang Allah akan makbulkan doa aku untuk scholarship, Maybe lepas ni aku kena cari part time yang lain. Tapi aku ada terbaca ayat ni. “When God inspires your tongue to ask, know that He wants to give." – Ibn AtaAllah. Yakinlah yang doa kita akan dimakbulkan. Macam teori dalam buku the secret, kalau kita yakin akan sesuatu, kita akan attract apa yang kita fikir.

Cara lain untuk doa dimakbulkan selain solat hajat, try istighfar banyak-banyak. Boleh tengok ceramah dr maza dekat youtube pasal istighfar. So, untuk bulan puasa ni, aku nak teruskan istighfar, Mana tahu antara sebab Alah panjangkan masa aku dekat sini adalah untuk temukan aku dengan jodoh orang sini kot Doakan ak mudah grad and mudah dapat jodoh ye.

– daffodil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *