Alam ghaib dan aku.

Assalamualaikum, first of all thanks admin for approving this confession. Aku bukan student IIUM. Aku cumalah student kolej swasta. Well, tajuk aku macam agak menyeramkan kan? But the fact memang bagi aku seram pun. Kekadang aku sendiri takut dengan diri aku. Entah kenapa aku pun tak tahu. Aku didamping sejak kecil. Actually, family aku bersih. Cuma arwah tok sedara aku ni orang berubat. Selalunya orang panggil dia bomoh je. Cousin aku pun ade ilmu perubatan sebab ayah dia mewarisi ilmu tok sedara aku. Ayah aku pun sama. Tapi yang hairannya, even cousin aku ade ilmu perubatan turun temurun, dia tak jadi mangsa macam aku. Aku cuma belajar sikit dan aku still tak berapa nak mahir dalam menggunakan ilmu perubatan tu. Selalunya aku memang takkan guna kecuali kalau terdesak.

Dari kecil aku selalu jadi mangsa. Aku akan dengar and aku akan rasa ‘benda’ tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bila something happen dekat family aku macam ayah aku kena ikut ke, abang aku kena ikut ke, mesti aku yang akan rasa and aku yang akan kena tempias. Pernah sekali, mak aku kena santau tapi aku yang mimpi bebukan. Mak aku cuma tak lalu makan je. Aku pulak yang rasa loya. Sakit sana sini. Mak aku? Macam kena gastrik je. Bila pergi berubat, ustaz tu tanya mak aku, pernah mimpi itu ini semua. Aku diam and aku yang tolong jawab. Ustaz tu pandang je aku. Apa yang dia pandang pun aku tak pasti tapi lepas dia ubatkan mak aku, dia ada nasihatkan aku supaya kuatkan iman and sentiasa patuh perintah Allah. Aku akur. Sebelum mak aku, abang aku yang kedua pernah kena santau jugak. Masa tu lepas aku kena histeria. Aku ingatkan ustaz yang rawat aku dah buang segala benda dalam badan aku, rupanya tidak.

Bila ayah aku bawak berubat dekat kawan dia, dia suruh aku masuk tapi bila aku jejak kaki je dekat situ, aku dah mula pening kepala, aku dah mula rasa panas. Aku cakap aku nak duduk dalam kereta sebab aku tak suka keadaan macam ni. Aku tak selesa. Kali ni lagi pelik, abang aku yang kena santau tu releks je. Takde sakit, takde ape. Ustaz tu rawat dia pun muka dia macam takda perasaan. Aku je yang tetiba meracau sambil menangis sebab tak tahan sakit. In a sudden aku hilang.

Sedar sedar aku dah lembik, longlai. Ayah aku dah mula risau sebab muka aku pucat lesi tak macam selalu. Bila ada kes baru datang, ayah aku suruh aku duduk belakang dia and ayah aku suruh aku tutup mata dengan telinga. Entah kenapa aku akurkan tapi aku still boleh dengar ape yang perempuan tu jerit jeritkan. Aku pelik. Memula aku tak fikir ape pun, aku cuma fikir ni semua dugaan untuk family aku. Mungkin sebab aku satu satunya anak perempuan dalam family yang aku kena macam ni. Tapi bila dah lama aku ingat balik apa yang terjadi selepas aku kena histeria tu, aku rasa pelik.

Sebelum kena histeria pernah la aku mimpi yang bukan bukan. Siap kena angkat tidur dapur. Tapi lepas histeria makin menjadi. Aku tak hadir ke sekolah pun kawan aku kata aku hadir. Aku accident pun dengan benda halus, terasa macam gila sebentar sebab tetiba je aku jatuh and badan berdarah darah. Makan jangan tanya, kawan aku sampai rasa macam bukan aku yang makan sebab walaupun aku ni badan berisi tapi takdela aku nak makan setiap kali breakfast, tea, lunch, tea and dinner. Aku makan bila rasa lapar je. Tapi makan macam jembalang pun still badan makin susut. Itu lagi buat aku rasa hairan.

Bila masuk hutan je mesti aku rasa seronok. Rasa macam, this is my life. Aku pun tak tahu kenapa tapi alhamdulillah lepas berubat, aku dah okay but still aku tak boleh lari dari merasa dan mendengar benda benda halus ni. Kawan aku takkan dengar apa yang aku dengar and derang takkan rasa apa yang aku rasa. Ada yang tanya aku, aku ni bukan orang biasa biasa ke sebab derang boleh rasa bila aku jejak kaki masuk rumah je derang akan rasa lain. Aku tak tahu apa yang terjadi and apa yang bakal terjadi. Sejak masuk kolej ni aku harap agar takde gangguan halus berlaku tapi aku silap. Sejak jejak je kaki aku mula rasa macam macam tapi aku sembunyikan. Aku kuatkan diri and dekatkan diri dengan Allah.

Bila masuk tahun kedua aku, junior mula masuk. Yes! Masing masing bawak pendinding sebab kolej aku ni kolej Christian so memang sini full of tanda salib tapi aku tak kisah asalkan derang tak halang kami untuk sujud kepada Allah and bertoleransi dengan kami pun dah cukup bagi aku. Bila junior masuk, mulalah aku rasa macam macam. Gangguan makin kuat. Siap pernah ada histeria dua kali. Yang kali pertama tu aku baru balik dari Melaka and in a sudden aku masuk bilik semua budak melayu group aku berkumpul dalam bilik. Bila aku tanya, derang kata ada histeria dekat dalam dewan. Junior kena rasuk and aku speechless dekat situ.

Kawan aku suruh aku turun sebab dia kata bila aku jejak kaki masuk kolej budak tu terus diam. Tapi aku taknak sebab aku risau aku yang kena. Lepas settle kes histeria tu, ada lagi kes histeria baru. Kali ni dia tak kena histeria menjerit jerit macam yang sebelum ni. Dia cuma duduk diam diam je dalam badan budak tu sampai aku rasa budak tu dah makin pelik sebab asalnya kami dua rapat. Bila aku bergambar aku tak nampak muka dia, aku nampak muka orang lain. Bila aku duduk dengan dia aku rasa tak selesa macam selalu. One day, aku dapat mesej dari kawan dia bagitahu yang itu bukan budak yang aku selalu duduk lepak sekali.

Aku terus naik atas laundry and jumpa dengan budak yang aku rapat tu. Aku tengok ramai lagi yang ada tapi aku kuatkan hati and pergi duduk sebelah dia. Yes masa tu aku rasa segalanya. Aku duduk aku baca apa yang patut aku hembuskan. Esok tu masa nak masuk kelas petang tetiba budak tu cari aku. Dia suruh kawan dia panggil aku. Bila aku jumpa dengan budak tu, aku terus tanya dia siapa and apa urusan dia nak jumpa aku. Masa tu memang aku dah tak sedap hati tapi aku tetap nak tolong budak tu walaupun kami tak sama agama. Aku percaya budak tu baik.

Lepas settle semua, aku sendiri kena tempias *lagi sekali*. Nasib kali ni aku mampu lawan. Aku hantar balik dekat tuan dia and tuan dia pun dah kena teruk. Tapi aku tak berdendam, aku sabar dan lepaskan je. Tapi lepas semua kejadian yang terjadi dalam hidup aku, aku masih pelik. Kenapa aku? Kenapa aku dapat rasa? Kenapa bukan orang lain? Kenapa aku mudah untuk ‘dia’ nak berkawan? Aku nak life macam orang lain. Bahagia tanpa gangguan. Aku takut nanti akan effect generasi muda aku. Aku cuma perlukan pendapat. Apa patut aku buat? Makin aku dekatkan diri dengan Allah, makin aku diuji dengan ‘dia’. Kawan aku pun ada masalah yang sama dengan aku, tapi dia tak seteruk aku. Aku ni entahla, kekadang aku rasa diri aku ni gila. Tolong, aku perlukan nasihat. Aku bagitahu ayah aku pun dia hanya mampu suruh aku kuatkan iman. Aku harap ada orang dapat bantu aku. Terima kasih and assalamualaikum. :)

– Mel :)

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *